Saturday 24 March 2018

JODOH LAMBAT

Assalamualaikum,

Hari ini tiba-tiba nak cakap pasal topik jodoh since cuti sekolah dan ramai yang kahwin time gini. Sis skrol down, skrol up, tengok suma update pasal kahwin. Tak kisah la ornag tu sendiri kahwin atau menghadiri kenduri orang. Kawan sis pun ada jugak yang kahwin cuti ni, tapi since majlis tu kat kampung, sis xboleh nk pi. Padahal sis suka sangat p majlis kahwin sebab nak tegok pelamin dan bergambar atas pelamin. Ambil berkat orang kata. Tapi, nampak gayanya berkat xsampai-sampai ni. Cane?

Ok, umur sis dah 28 tahun ni. Lagi 2 tahun, welcome to 30 series. Ya Allah.. cepatnya masa berlalu. Rupanya dah lama sis tinggalkan dunia belajar dan masuk dunia kerjaya. Memang tak sangka. Sis habis belajar masa umur 23, dan kini 28. It about 5 years already. Cepatnya...

Dulu orang cakap, masa belajar tu cari jodoh.. tapi, sis ni suka kebebasan, sis selesa dengan apa yang sis ada.. orang ada boyfriend, sis xambil kisah sebab sis xnak ada boyfriend. Bagi sis, menyusahkan je ada boyfriend. Tapi, kawan sis yang ada boyfriend tu dah kahwin pun.. dan sis masih lagi begini.. single mingle lonely... Mama sis pun dah bising-bising. Pastu mula cakap anak dia memilih.. Yes, of course kena memilih.. I want to live with that guy for about 20-50 years (Kalau ada jodoh panjang), bukan nak hidup seminggu, and cerai. Oh Allah, help me!

So, until recently, I've met this one guy. Ada yang post-post sebelum ni, sis macam heart broken sebab that guy treat sis as friend.. and I wish he is my jodoh. Entah la nape.. sis rasa dia la jodoh sis ysng sis tunggu. Tapi, after talking to him, he admit he xready nak kahwin lagi sebab responsbility towards family. Dia anak lelaki dan patut ambil tanggungjawab tu. Sis cuma talking to him ja, bukan sis konfes kat dia.

After that, sis decided to confess kat dia. Tapi, before that, sis try tanya my beloved friend, Mr. Adib.. He said better not confess sebab keadaan akan jadi awkward.

He advice to me like, kalau betul mamat tu jodoh kila, kila jangan berhenti berdoa pada Allah, at the same time, kawan macam biasa, get to know him. Kila kena ingat, hati makhluk ni Allah yang pegang. Dan bila tiba masanya, Allah akan gerakkan. Mamat tu xbersedia lagi, so, biar je.. Kalu suka, pendam sorang-sorang, jgn konfes. Kalau dia jodoh kila, InsyaAllah, Allah akan gerakkan hati dia dan now, kila just keep praying, solat hajat, istikarah.. InsyaAllah, the right man akan muncul.

So, sis macam, yes.. betul jugak.. dengan umur sis, sis xmo kapel cam budak remaja. Sis nak masuk akhir 20 dah ni dan awal 30. It scary to think sis nak kapel2 cam budak2. It is not nice.

So, mungkin jodoh sis lambat, tapi sis harap jodoh sis tu is the best. Biar lambat, asalkan jodoh sis adalah manusia yang terbaik. Mungkin sis xready, mungkin dia xready, so, Allah hold dulu pertemuan tu. Who knows kan? But, by the time we meet, I really hope he will be my best man yang mampu membimbing sis, menjaga sis dan sabar dengan perangai sis yang entah pape ni.

Tapi, frankly speaking, sis rasa that guy, mamat yang sis suka tu jodoh sis. Masa first time sis tgk dia.. there's something about him. I cannot stop my eye from looking at him. Sis suka tengok dia, cara bercakap, suara dia, and makes me want to know him more. Betul.. tapi, xtahu la kan.. kalo sis silap. Ye la, perasaan ni, naluri ni bukan selalu betul.. Tapi, memang sis harap sangat he is the one for me.

Ok, tu je nk bebel pagi ni. Yang terbaca pasal ni, sorry, I tulis merapu.

Ok, bye!

Wednesday 21 March 2018

IT HURT INSIDE

Assalamualaikum,

I don't know why.

It just hurt when someone you love, don't love you back.

How do you know? We just know the facts, but we hope it won't be true.

You know how hurt the reality is? Especially for someone like me.. who are really hard to fall for someone., and when you fall for that one guy.. and you know that one guy have no feeling for you except the feeling as a friend.

It hurt and really hurt.

Everyday, you hope there will be a message from him, asking you, "Weyh, wat apa?"
But, there is none and you still hoping for that message. But, deep inside you heart, you know.. there will be no messages like that from him. Unless, I text him first and the conversation start.

But, how come, that I will the the one who start first? Then, he will know I interested in him alone, and he will be away from me, and lastly, I lost him, as a friend. So, for what I start it at first?

But still, thinking of him, make me hurt inside. I wish I can forget him.. but, truth is.. I do not want this feeling gone. I really like this guy. REALLY LIKE HIM.

Oh Allah.. what should I do?

My heart is hurting and I know it. As long I like him.. it will heart forever.

IT HURT. IT HURT AND IT HURT.

Suddenly I hope the time flies fast and the memory of him flash away with the wind without any trace. Go away and leave me as me before.

Bye!

Monday 19 March 2018

KEEP IT AS A GOOD MEMORY

Assalamualaikum

Hari ini nak meluah perasaan jugak.

Sebelum ni, aku ada post pasal aku berkenan dengan this one guy kan?

Hurm.. opkos la nothing happened between aku dan dia, but, dia tiba-tiba ada bengkel kat MOSTI hari ni, Isnin (19.03.2018). Dia ada wasap aku on 17.03.2018, gtaw yang dia akan p MOSTI dan ajak jumpa. I punya excited... tuhan je tahu.

So, hari ini pada 19.03.2018, kami jumpa.. dan kuar makan, borak-borak. Aku happy sangat boleh borak ngan dia. I don't know why, tapi aku suka sangat dengar dia cakap. Dia bukan cakap kosong, dia bercakap ada isi, & aku respek sangat benda tu.

So, aku nak keep kejadian hari ni sebagai satu memori dalam hidup aku.
Let say, aku bukan dengan dia, at least I know I pernah suka dekat someone yang macam dia.
Tapi. of course la aku nak dia sebagai jodoh aku.

Ok, tu je la ri ni.

I really wish he is the one for me.

Ya Allah, dengarilah rintihan hati ini. Semoga dia adalah untuk aku. Amin.

Wednesday 7 March 2018

TIPS INTERVIEW KERAJAAN (SEKADAR PERKONGSIAN)- PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Assalamualaikum,

So, hari ni, sebab sangat xsibuk since ramai pegawai yang ada pergi event Majlis Apresiasi Mosti (08.03.2018), ada masa terluang untuk mencoret sedikit perkongsian.

Nak kata, saya ni hebat, I am not, cuma manusia biasa, tapi boleh berkongsi sedikit tips untuk temuduga kerajaan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya ye. Sebab, setiap orang punya pengalaman yang berbeza-beza.

So, here we go:

1. Soalan yang salu orang awam tanya, macam mana nak kerja kerajaan?
 Jawapan:
         Saya mohon melalui website SPA. Kat situ, isilah apa yang diminta dan kita apply jawatan                   yang  kita nak. Tapi, perlu banyak bersabar kerana tak semua jawatan ada kekosongan. Kena               selalu check dan update. Selain SPA, boleh mohon di SPP (yang ni bahagian pendidikan) dan             boleh mohon di Job Malaysia.

         Let say, ada kekosongan jawatan, SPA akan hantar e-mail dan SMS kepada kita mengatakan               kita berjaya dan diminta untuk menduduki peperiksaan online. Yang online ni ada 3 bahagian:

      1. Pengetahuan am
      2. Matematik
      3. Personaliti
         Tips nak jawab yang ni? Senang je, untuk pengetahuan am tu, korang p baca buku pengajian               am tingkatan 6 (I know since i bekas tingkatan 6). Matematik? Yang ni, xboleh nak cakap apa             melainkan korang ada otak yang cergas dan sangat pick up dengan trick soalan (In my case, my           mom duduk sebelah, dia yang tolong kira since i bukan ada otak yang cergas dan cerdas.                     Alhamdulillah berjaya. Thanks mama). Personaliti, korang jwb dengan jujur. Tu je..

Well, jika berjaya peperiksaan online, korang kemudian dipanggil untuk temuduga. Jeng jeng jeng.. ini tips base pada pengalaman ye.

2. Soalan yang korang salu tanya, apa soalan yang ditanya semasa temuduga?
Jawapan:

Base pada pengalaman kan, soalan-soalan selalunya akan berbeza bergantung kepada penemuduga. Orang salu cakap kita kena tahu dasar-dasar kerajaan, maksud gagasan 1 Malaysia, rukun negara dan lain-lain. Tapi, masa saya kena interview dulu, LANGSUNG TIDAK DITANYA. serius, penat weh aku google cari semua tu. Dasar ekonomi baru, dasae wawasan 2020, transformasi nasional 2050 (TN50) dan lain-lain. Ini mungkin sebab jawatan saya tu adalah PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29. Kalau pegawai tadbir diplomatik mungkin akan ditanya. So, jaga-jaga la ye.

So, apa soalan WAJIB yang ditanya? Get ready jawapan ye!

1. Kenapa nak kerja kerajaan? Adakah kerana elaun dan kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada penjawat awam? 

- Ni soalan tricky. So, macam mana nak jawab? Sebab mmg betul pun penjawat awam banyak kelebihan. Law jawab, 'YA, KERANA TERTARIK DENGAN KELEBIHAN-KELEBIHAN TERSEBUT' atau 'TIDAK, BUKAN KERANA KELEBIHAN-KELEBIHAN ITU' (nampak sangat pembohong)- matilakonak.. JANGAN JAWAB BEGINI. 

Masa saya dulu, saya jawab lebih kurang camni, "TIDAK DINAFIKAN PENJAWAT AWAM MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN. IANYA MERUPAKAN SATU BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM. TETAPI, ADAKAH KELEBIHAN-KELEBIHAN ITU YANG PERLU DIKEJAR, SEDANGKAN KERJA UNTUK MEMBERI KHIDMAT YANG TERBAIK KEPADA MASYARAKAT ADALAH LEBIH PENTING? JIKA TIDAK KOMITED DENGAN KERJA, ALANGKAH RUGINYA KERAJAAN MEMBELANJAKAN DUIT KEPADA PENJAWAT AWAM. MASING-MASING TEPUK DADA TANYA SELERA. 

2. Sanggup ke dihantar ke Sabah Sarawak? Duduk di luar, bukan di kampung? (Since saya kerja di kampung for almost 3 years after graduate)

Masa jawab, "SANGGUP SEBAB IA SATU MASA UNTUK KELUAR DARI TEMPURUNG DAN MENGENALI TEMPAT DAN BUDAYA LAIN SELAIN DI KOTA BHARU. MUNGKIN BERAT HATI DAN SEDIH, TAPI IANYA ADALAH TUGAS YANG DIAMANAHKAN, JADI TERPAKSA TERUSKAN."

3. Ada persamaan tak jawatan yang dipohon dengan kerja sekarang?

My answer was "YES, dari segi.... bla bla bla expalain"

4. Jika ada persamaan, kenapa nak berhenti dan kerja ni?

Time ni, saya dah cuak dan stuck sebab xsangkan akan ditanya. But, I do my best. Saya jawab, "YA MEMANG SAMA. TAPI BUKAN EXACTLY 100% SAMA. JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR ITU SENDIRI BESAR BIDANGNYA DAN MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK MENCEBURI BIDANG BARU SEPERTI...... bla bla bla explain.

5. Ada apa-apa soalan tak nak tanya?

So, gais! Please prepare one ot two question untuk ditanya kepada panel. Selalunya, saya tanya cabaran untuk kerja dan nasihat kepada kami yang baru ni. camtu je. But, please prepare.

Soalan lain? Banyak jugak soalan ditanya, tapi, berkisar kepada kerja lama saya. Not very important. So, i just highlight yang penting je. Yang penting you jawab dengan tepat dan padu , kasi panel puas hati, konfem xtnya dah.

Selain preparation tu, please buat solat hajat selalu, minta dibukakan dan dilembutkan hati panel dan supaya kita xstuck dalam interview. 

Dan, the most important is, you know you do the best and no regret at all. Tawakal dan redha. Kalau berjaya, Alhamdulillah, kalau gagal, you call it GAGAL BERMARUAH, dan don't give up.

Sebagai tambahan, jangan kedekut duit nak beli buku-buku tips interview kerajaan. I bought 2-3 books for this interview. Baca dan fahami. Tak payah nak beli e-book bagai.. p je mana-mana kedai buku, cari dan belilah. Dalam buku ni, ada contoh soalan yang akan ditnya, so, korang boleh prepare jawapan. TOLONG JANGAN KEDEKUT OK. BUKAN MAHAL PUN. SELUAR JEAN LEVIS BOLEH BELI, NI NAK BELI BUKU TAKAT RM25-30. TOLONG YE.

Dan, percaya pada rezeki Allah Taala. Orang salu cakap, ada kabel baru senang masuk kerajaan. 
THIS IS TOTALLY WRONG! Saya sendiri xde kabel pun, and I can enter government sector. Sebab ia bukan isu you ada kabel atau tak, tapi ia mengenai hubungan you dengan Allah. You percaya tak dengan perancangan dan takdir Allah, sejauh mana kebergantungan you dengan Allah and how much you depends on Allah. Allah akan tolong you when you really need HIM. So, don't ever lose hope on HIM. 

Ok, tu je setakat hari ni.

Semoga bermanfaat. 

Sunday 4 March 2018

I WISH, YOU ARE THE ONE

Assalamualaikum,

Malam ni nak meluah perasaan sikit. 

I am interested in this one guy who I met at PTM. He is nice and incredibly clever. He is Pegawai Sains gred 41. He is Kelantanese, same to me. He is small, which is think not very suitable with me yang gemuk ni. He is soft spoken, full with informations which is really makes me interested in him. 

Kami dalam satu kumpulan. So, if anything yang i xfaham regarding sains, i tnya dia. Dia boleh explain bagi i faham. So, i suka tanya dia. 

Tapi, aku xberani nak jalan2 dengan dia, sbb takut nt dia pikir lain kan.Tapi, jauh di sudut hati, aku mmg nk kenal dia dgn lebih lagi. He is such an interesting guy to know. 

Sepanjang 8 hari berkursus, my eyes always looking for him. I pernah moody the whole day when I found out he was sick and warded at hospital because of some illness. Sebab I xboleh tgk dia. And, ptg tu, he showed up, my mood come back to normal.

Yang hari balik dari kursus tu pun, aku boleh moody 1 hari. For the same reason. _BODO_

So, I wish you are the one for me. 

Tapi, mungkin dia xrasa macam apa yang aku rasa kot sbb dia tanya pasal this one girl. He want to ask her out.. T_T

So, aku pun cam redha je la Mungkin bukan dia utk aku. But I really wish, my jodoh is him. 

So, aku sakit hati sorang-sorang. Tak tahu nk ckp kat sapa. & I still sakit hari even now. 

Nampak x kenapa aku xnak ade perasaan camtu. Because it hurt..

Ok, tu je la wat masa sekarang. 

Saturday 3 March 2018

ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (SIRI PTM)

Asslamualaikum,

Ini adalah sambungan bagi PENJAWAT AWAM: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (1). Boleh klik link ni, ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Seperti yang diberitahu dalam post yang sebelum ni, salah satu syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan awam adalah menghadiri Kursus Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya. 

Jadi, saya telah menghadiri PTM dengan jayanya pada 24.02.2018 sehingga 02.03.2018 (8 hari 7 malam) bertempat di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. PTM ini adalah anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) since saya adalah warga MOSTI. Tapi, ada juga yang anjuran JPA, dan korang boleh join juga. PTM ni tak semestinya anjuran kementerian kita. Tapi depends la pada korang nak pergi yang under JPA atau kementerian. Yang penting, kena pergi PTM, kalu tak nak terkandas!

Kenapa perlu hadiri PTM ni? Ini sebabnya:


  1. Memberi pendedahan kepada pegawai awam mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem kenegaraan, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam.
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotism pegawai, supaya berketrampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju.
Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan dengan setiap kumpulan terdiri antara 10-11 ahli. Since kami adalah 61 orang, so, 5 kumpulan mempunyai 10 ahli dan 1 kumpulan mempunyai 11 ahli. Kami dikehendaki untuk memberi nama, mencipta logo & war cry untuk kumpulan masing-masing. Since kami adalah dari MOSTI, nama kumpulan perlulah bertemakan Sains, Teknologi dan Inovasi. 

Jadi, kumpulan saya diberi nama Autotech. Autotech merujuk kepada Automatik Teknologi di mana pada masa hadapan kebanyakan teknologi adalah automatik iaitu mampu untuk bergerak sendiri mengikut arahan yang telah ditetapkan. 

Autotech team!
Kumpulan-kumpulan lain pula adalah seperti berikut:

  1. Molecule
  2. Infenion
  3. Prevision
  4. Kainotamia
  5. The Quarks
Nama kumpulan pun kreatif you guys!!


Jadi apa pengisian kepada PTM itu sendiri?

Kita tengok semula sebab menghadiri PTM seperti yang di atas. Antara pengisiannya adalah:

  1. Overview perkhidmatan awam
  2. Pemikiran kritis dan inovatif
  3. Peranan & kemudahan penjawat awam
  4. Pengurusan pelanggan
  5. Ketrampilan diri
  6. Pengurusan kewangan
  7. Sistem pentadbiran negara
  8. Hala tuju Negara
  9. Menjana negara sejahtera & bahagia
  10. Nilai-nilai murni
  11. Dasar Wasatiyyah Negara
  12. Pengurusan rohani
  13. Pengurusan integriti & keselamatan 
  14. Hala tuju & dasar Mosti
  15. Laluan kerjaya dalam perkhidmatan awam
  16. Pengurusan kewangan
  17. Negaraku Berinovasi
  18. Mengutamakan masyarakat
  19. Pembangunan sahsiah diri & ujian psikologi
  20. Pengurusan integriti & keselamatan  (Isu rasuah & integriti)
  21. Tatakelakuan & tatatertib perkhidmatan awam
Ini adalah cerama-ceramah yang perlu didengar, difahami dan diterap dalam diri setiap penjawat awam agar mampu untuk membawa Malaysia ke satu aras yang lebih tinggi. 

Manakala bagi aktiviti berkumpulan pula, kami dipupuk dengan nilai kerjasama, saling menghormati, saling percaya antara satu sama lain, saling menyokong dan sentiasa berkongsi idea, belajar untuk meluahkan pendapat , belajar untuk mendengar pandangan orang lain dan menjadi satu pasukan dengan kelebihan tersendiri. 




Secara keseluruhannya, PTM adalah satu platform untuk pegawai baru memahami tangunggjawab sebagai penjawat awam dan menjadi 'team player' yang baik dalam sesuatu organisasi. 

Memang tidak dinafikan PTM membosankan apabila tiba untuk mendengar ceramah tetapi bosan itu mengajar erti sabar dan kita perlu bersabar dalam apa jua keadaan.

Dan PTM itu sendiri mencipta satu kenangan yang akan disimpan di dalam hati setiap peserta di mana ia adalah sesuatu yang bernilai pada masa hadapan. Ia boleh membuatkan kita tersenyum sendirian tatkala mengingati PTM. 

Peserta PTM bagi siri 1, tahun 2018 MOSTI
Apa yang menarik dengan PTM Mosti ini adalah, pertemuan kami semua pegawai baru MOSTI dan agensi-agensi di bawah MOSTI seperti:

  1. Agensi Remote Sensing Malaysia
  2. Agensi Nuklear Malaysia
  3. Jabatan Matereologi Malaysia
  4. Lembaga Perlesenan Atom Malaysia
  5. Planetaruim
  6. Pusat Sains Negara 
  7. Jabatan Kimia Malaysia
Yang menariknya, kami dapat mengetahui fungsi setiap jabatan masing-masing, berkongsi pandangan dan lain-lain. Seronok belajar sesuatu yang baru. 

Saya sendiri juga belajar sesuatu yang baru and it was really a great platform to learn and sharing. Such a great experience!!

So, setakat ini dululah buat masa ini. 

Nanti kita share lagi!

War cry: Autotech, autotech, barulah maju (Gaya dato' vida)