Tuesday, 5 June 2012

GETTING OLDER...

Hari ini bertarikh 5 Jun 2012. Sebenarnya aku just nak share cerita tentang exam aku yang semakin dekat ni. Sedar x sedar, aku hampir menghabiskan baki sisa tahun 2 aku berada di UKM. Tanggal 13 Jun 2012, aku akan menduduki exam aku yang pertama.

Selepas tamat exam pada 28 Jun 2012, aku akan sambung belajar untuk short semester plak. Dan bila short semester habis, aku akan masuk tahun 3.. (ggrrrr... tahun akhir... ) macam xpercaya pulak aku akan berada di tahun 3 nanti. Rasanya, aku baru sahaja masuk UKM ni. Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk tahun 3. Cepatnya masa berlalu...

Bila dah masuk tahun 3 nanti, aku semakin mendekati dunia pekerjaan. Hurrmm.. xsangka aku akan jadi seorang dewasa. Rasanya otak dan pemikiran aku ni belum bersedia ke arah itu, ye la, cakap pun still macam budak- budak lagi, xmatang langsung. Hehehe... xsangka sungguh, usiaku ini bakal menjangkau pada 23 tahun pada tahun 2013, iaitu tahun depan.

NO MATTER WHAT HAPPEN, I WILL GETTING OLDER..
~ IT IS TOO HARD TO FACE REALITY ~
AAARRRGGGHHHHHHH!!!!!


Rasanya, baru semalam aku pakai baju sekolah, pergi sekolah, makan dengan kawan- kawan, fokus pada STPM, exam STPM, dapat result yang agak best jugak la, masuk UKM, jadi pelajar tahun 1.. dan sekarang tahun 2, dan bakal jadi pelajar tahun 3 seterusnya menjawat jawatan graduan dan CEO Syarikat Aqeela SDN. BHD.. (Angan- angan semata) Hehehe.. sebab aku akan apply for PTD myself. Xkisah la berapa kali aku akan apply, tapi aku nak jugak jd PTD.. Bukan sebab kerja itu kerja glamor, tapi sebab aku memang berniat untuk kerja PTD and explore many things yang aku xsempat nak explore sepanjang aku belajar di Malaysia ni.

So, untill next time,
TQ,
~ MAy be peace upon you ~

Thursday, 31 May 2012

RAHSIA HATI..

Orang kata, pendam perasaan itu menyakitkan kan?? Memang sakit sangat bila kita pendam je, nak luah pulak takut, so asyik dok pendam jek..terpaksa pula berhadapan dengan orang yang kita suka setiap hari,  sampai kita hati kita tu da penuh dengan perasaan, then akan sampai satu peringkat, kita terpaksa luah.. Masa tu, kita akan rasa berdebar, malu dan sebagainya.

Sebenarnya aku pernah punya pengalaman macam ni. Tuhan je taw betapa seksanya batin aku. Kenapa?? Sebab kita kawan ngan dia, kena selalu berhadapan dengan dia, bila ada perempuan dekat dengan dia, nampak mesra, makk aiii... cemburunya!! Tapi, walau bagaimanapun, orang yang dia paling suka layan adalah aku. Itulah yang menyebabkan aku pernah suka kat dia. Tapi, masa tu still budak- budak lagi, umur pun br 14 tahun.. So, benda couple2x ni memang aku tak mahu la sebab nt mama marah. Takut!! Pasal tu la aku pendam je.

Sebab nak elakkan diri dari dia, aku gi sekolah teknik. Sampai la kat sana, perasaan aku tertanya- tanya, adakah dia suka aku? Sebab layanan dia kat aku dulu pelik sikit.. hehehe.. ~ tersenyum tingat zaman dulu ~
So, aku pendam je perasaan tu sampai la aku form 6, upper 6. (lama x??) Then, aku jumpa fb dia, so, aku minta no fon. Aku ni da xsanggup da pendam perasaan lagu tu kan. Da letih. So, i decided to tell him what i feel towards him. Dan, guess what? Dia cuma cakap 2 patah perkataan je, ' MINTA MAAF'. Maknanya, luahan hati aku telah ditolak.

Tapi, walaupun ditolak, aku xnangis, xsedih, mungkin sebab aku dah dapat agak jawapan dia. Hati aku rasa teramat lega, macam da xada bebanan yang perlu aku heret bersama aku. Alhamdulillah..

Dan sekarang, seriously, aku da xsuka kat dia lagi. Aku anggap dia macam kawan sahaja. Rasanya, aku xboleh nak suka kat dia pasal, aku memang xde perasaan kat dia.

So, kalo dulu, aku cakap xmaw couple sabab mama marah, dan sekarang.. aku xmaw couple sebab Allah marah dan couple itu haram. Nampak x apa hikmah di sebalik kejadian- kejadian yang telah menimpa aku??
Ia membuatkan aku ni menjadi seorang yang lebih baik. Betapa Allah menyayangi hambanya.

Kesimpulannya, aku masih single, but not available. Even kalo aku suka kat someone pun, aku xkan cakap. Jodoh- jodoh ni kerja tuhan, so, biarlah Allah yang tentukan. Kali ni, kalau aku pendam pun, ia xlah seperit dulu, sebab mungkin kerana aku serahkan semuanya pada Allah swt.

So, dalam hidup ni, bila kita ada letakkan pagar antara nafsu dan akal, dan kembali kepada Allah swt, pasti kita akan peroleh ketenangan. Insyallah..

So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Wednesday, 30 May 2012

~ NO TITLE ~

No title???? HAhaha.. pelik kan?? Tapi, entri kali ini sememangnya bertajuk ' NO TITLE '. Kenapa?? Sebab memang xade ape pun yang aku nak share sekarang melainkan, esok, pada 31 Mei 2012, merupakan kelas aku yang terakhir untuk semester ini.

Sedar xsedar, aku semester 2 ni sudah mahu habis dan aku akan memasuki semester 1 tahun 3 pula... Pantasnya masa berlalu, tanpa sedar aku semakin menghampiri dunia pekerjaan. Macam mimpi ngeri pulak.. ye la.. orang kata dunia universiti ni merupakan a great moment ever. Dan i have to admit it. Sayangnya nak tinggal dunia ni.

Dunia pekerjaan akan memberi satu komitmen baru buat diri aku. Well, siapa tahu apa komitmen tersebut? No one. Yang pasti, tanggungjawab aku semakin banyak dan aku akan jadi semakin sibuk, dan nasib baik aku, aku sememangnya suka kehidupan yang sibuk kerana aku sebenarnya workholic. Hehehe...

Exam pun xlame lagi. Minggu depan study week, yang konfem2x aku xbalik kerana beberapa sebab. Apa pun sebab tu, memang bukan datang dari aku. Kalau ikot hati, aku memang mahu balik. Rindunya satay kat kelantan... Nyum nyum... Rindu ngan adik2x dan family..

So, itu je la buat hari ini...
Untill next time,
~ May be peace upon you ~

Sunday, 27 May 2012

Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL)


This is PTSL..
My favourite place...


Entri kali ini adalah berkaitan PTSL. PTSL adalah perpustakaan di UKM, dan ia juga perpustakaan terbesar di Asia Tenggara dan menjadi rujukan banyak pihak. Apa yang aku nak ceritakan di sini adalah bukan berkenaan PTSL semata- mata, tetapi sedikit berkenaan diri aku dan PTSL.

Pada asalnya, aku hanya memandang PTSL sekadar sebuah perpustakaan sahaja di mana ia tidak memberi apa- apa manfaat kepada aku selain untuk mencari buku dan meminjam buku. Pada aku, itulah fungsi sebenar perpustakaan. Oleh itu, sepanjang aku berada di tahun 1 di UKM, aku tidak pernah menjejakkan kaki ke PTSL selain pada minggu orientasi sahaja. Bagi aku, tiada sebab untuk aku ke sana, aku tidak faham, kenapa ramai yang suka pergi ke PTSL? terutama untuk belajar, dalam bilik pun boleh la weh.... - inilah fikiran aku.

Apabila aku mula berada di tahun 2, semester 1, aku mula berjinak dengan PTSL, menemani kawan- kawan meminjam buku dan tidak timbul walau sedikit pun dalam diri aku untuk mengenali PTSL. Masuk semester 2, aku mula mengenali PTSL, kerana tugasan aku pada semester ini memerlukan aku untuk menggunakan rujukan buku. Pada mulanya, aku rasa itu sangat leceh. Internet kan ada... susah je nak pinjam buku...

Tapi, entah bagaimana, aku jatuh cinta dengan PTSL. Aku suka dengan suasana di sana. Terasa aman dan tenteram perasaanku apabila berada di PTSL. Dan, kini aku pengunjung setia PTSL. Aku selalu ke sana jika berkesempatan. Aku membuat tugasan di sana, belajar di sana, solat di sana. Betapa aku sangat menyukai PTSL. Dan port aku di sana adalah bahagian Koleksi Asia Tenggara dan di Koleksi Am, di mana meja aku adalah berdekatan dengan  kedai fotostat dan bilik pascasiswazah. Sedikit sebanyak, aku mula memahami kenapa pelajar- pelajar suka berada di PTSL.

Selalunya, bila aku berkunjung ke PTSL, aku pasti akan balik lewat petang. Misalnya, aku ke PTSL pada jam 10 pagi, petang jam 6, baru aku bergerak pulang ke bilik. Malahan, jika ada kawanku mengajakku ke PTSL pada waktu malam pun, aku sanggup pergi. Rasanya aku sudah kemaruk dengan PTSL.

Sebenarnya perpustakaan bukanlah tempat aku aku sukai. Setiap kali masuk perpustakaan, pasti aku dapat rasa satu beban yang berat di bahuku. Aku sendiri pun tidak tahu sebabnya. Tapi, kini, PTSL merupakan tempat kegemaranku. Aku sendiri tidak tahu kenapa aku menyukainya, tapi yang pasti, aku tenang di sana.

Terima kasih Ya Allah kerana membuka pintu hati ini dan masih diberi peluang sebaik itu.
:)

So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Saturday, 26 May 2012

MOTIVATION

Hidup kita ini memerlukan motivasi sebenarnya. Apa yang memotivasikan kita?? Diri kita? Keluarga? Rakan- rakan? Masyarakat sekeliling? Dasar kerajaan?? Apa??

Sebenarnya, apa yang memotivasikan kita adalah diri kita sendiri, impian kita. Adanya impian, akan wujud cita- cita. Untuk mencapainya, perlu motivasi agar kita tidak pernah patah semangat dan akan undur ke belakang. Dengan adanya impian, kita akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Walau sebanyak mana halangan yang hadir, masalah bertimpa- timpa, jangan sesekali berputus asa kerana yakinlah Allah SWT itu akan sentiasa membantu.

Teman di sekeliling kita, keluarga hanyalah faktor penolak kepada kita untuk kita sentiasa bergerak maju ke hadapan. Kekuatannya ada pada diri kita sendiri.

" KEEP MOVING FORWARD"

Sentiasa bergerak ke hadapan, jangan sesekali berundur ke belakang. Sekali kita bergerak, jangan sesekali menyesali tindakan tersebut. 


So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday, 22 May 2012

INTERNATIONAL BUSINESS (IB)

Hari ini, aku mahu memperkenalkan geng IB. IB ni majoring aku kat UKM ni.. Sapa cakap ambik IB susah?? Orang je yang anggap macam tu.. but it is not that hard.. tak la susah macam belajar medic, engineering, biologi  dan lain- lain. Belajar LAW pun susah.. seriously i told you... susah sangat... gggrrrrrr.... susah... orang yang belajar law ni otak da macam komputer kot.. sume pun kena hafal..

Ok la.. IB ni of course la International Business.. aku belajar Cross culture management, global management, international human resource manangement, international marketing dan sebagainya. Ia bukan susah, cuma skop yang aku belajar ni lebih kepada antarabangsa, aku belajar untuk melihat perniagaan pada peringkat antarabangsa bukan pada peringkat domestik. Itu je la yang membezakan IB dengan yang lain.. hehehe.. Aku suka IB ni..











Inilah dia geng IB aku..
:)

so, untill next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Monday, 21 May 2012

MY BABY (^_^)

Baby?? Sapa tu?? Pakwe i ke?? hahahaha.. NO LA... it is a little kitten... Comel sangat.. hehehe.. :)








I LOVE YOU BABY!!!
MUUAAHHHH MUAAHHH MUUUAAHHH banyak2x..
MISS U A LOT.. :(
HOPE YOU HAPPY KAT UMAH TU....
COMEL U NI.. huhuhu
so, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~