Friday, 4 January 2013

ILMU, AKAL dan NAFSU

Bicara pada kali ini adalah Ilmu dan akal. Apa ilmu? Apa akal? Bagi diri aku sendiri, ilmu ni pengetahuan kita dari yang kita tak tahu kepada yang tahu. Contohnya, aku tak tahu ada teori Flying Geese sebelum ni sehinggalah aku belajar dalam Ekonomi Pembangunan Antarabangsa. Tapi, ilmu tidak ada had. Kita boleh menuntut ilmu di mana- mana sahaja dalam dunia ni sebab ilmu itu milik Allah SWT. Sebenarnya, pelbagai bidang ilmu wujud dalam dunia ni, contohnya ilmu perbidanan kampung, ilmu kejuruteraan, ilmu alam sekitar, ilmu pengetahuan am seperti siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama? Siapa presiden Amerika sekearang? Ini ilmu am di mana kita memperolehinya melalui pembacaan kita, bukannya belajar di kelas yang formal. Well, law nak cakap pasal ilmu ni, memang xakan habis la. So, depends la pada korang nk takrifkan apa itu ilmu..


Berbalik kepada akal pula. Apa itu akal? Secara personal, aku takrifkan akal itu salah satu organ/ anggota badan manusia yang sebenarnya tidak nampak, di mana ia digunakan untuk kita berfikir. Contohnya, kalau kita nak buat jahat, kita gunakan akal untuk berfikir baik buruk kesannya. 

Imu dan akal. Kalau kita gunakan kedua- duanya sekali, Insyallah, kita akan menjadi insan yang berjaya. Apa guna ilmu yang ada kalau tidak digunakan? Apa guna akal kalau kita juga tidak gunakan? Ada ilmu, gunalah akal untuk mempraktikkan ilmu yang ada. Ada akal, fikirlah bagaimana untuk menambah ilmu yang ada. 

Nafsu. Ada akal, ada ilmu, tapi janganlah terlalu mengikut nafsu. Kita punya ilmu dan akal untuk membezakan baik buruk sesuatu, tapi kerana nafsu, kita kalah dengan diri sendiri. Contohnya, rasuah. Kita tahu ia salah, kita tahu padah rasuah, tapi, kerana terlalu mengikut nafsu, kita lupa semua tu. Nafsu mengusai diri. Jika terlalu mengikut nafsu, memang binasa diri sendiri. 


Jadi, fikir- fikirkan antara ilmu, akal dan nafsu.

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you ~

Wednesday, 2 January 2013

NEW YEAR 2013


Ermm.. memang agak lambat sikit nk ckp HAPPY NEW YEAR 2013.
tapi, ada aku peduli? Baru 3.1.13 je pun.. Ewh, lawa gak nombor ni.. 3113. hehehee

So, tahun ni akan masuk la umo aku dari 22 ke 23. Eww.,.. da makin tua. Adehh.. xcaye la plak yang aku ni dah semakin hari semakin tua, sebab aku rase kan, aku ni baru 17. Hahahaha.... xde la, tipu je tu. Umo 17 tu, umo xmatang, xde komitmen sangat. Bila da masuk 20an ni, ada la rasa beberapa tangunggjawab len. Mungkin sebab aku semakin dewasa, fikir pun bukan fikir sal esok lusa, tapi, fikir pasal masa depan, kerja, duit, rumah.. Arrgghhh.. stresss!!

Ermm.. patutla si Peter Pan tu xmo jd dewasa pun. Banyak tangunggjawab upenye..


tengok.. Peter Pan ni sonok je ngan dunia fantasi dia tu.. ada fairy bagai.. huhuhu.. ikot ko la Peter Pan, asal hidup bahagia.. hahahah

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Sunday, 30 December 2012

BILA BIBIR TIDAK MAMPU BERBICARA, JARI JEMARI MENARI DI KEYBOARD KOMPUTER



Aku manusia biase, punya hati dan perasaan, punya akal untuk menilai, punya iman untuk menahan (Insyallah), punya kelemahan milik sendiri, punya kelebihan pemberianNya. Walau sekuat mana pun keinginan itu, aku cuba menahan, mindset minda perlu dipertahankan. Kenapa ada sesetengah orang yang dikata lain, kononnya imannya lebih kuat berbanding aku, kononnya, aku ini punya iman yang lemah, kononnya aku ini berfikiran tidak matang, tapi tidak mampu melawan godaan yang datang? Walaupun begitu, aku masih punya akal untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.

Ya, aku mengaku, aku bukannya insan yang kuat pendiriannya, tidak teguh imannya. Tiap kali nafsu cuba menguasai diri, aku cuba menghalangnya. Akal warasku menidakkan perkara yang tidak benar. Nafsu tidak boleh dilayan, tidak boleh dituruti kerana ia membinasakan diri.

Adakah sekadar solat mampu menghalang kita daripada perkara tidak baik? Daripada pemerhatianku, jawapannya TIDAK. Kita masih solat, kita mengadap Illahi, tapi, hati kita dikuasai oleh hawa nafsu, mana perginya perasaan malu kite terhadap Allah SWT? Kita solat, tapi, mulut dan hati kita tidak suci kerana dicemari oleh kata- kata yang tidak bermoral.

Perasaan disayangi oleh lawan jantina sememangnya bahagia. Aku memahaminya, wahai teman. Dapatku lihat dari sinar matamu, dapatku lihat dari pertuturanmu, setiap kali bibirmu mula berbicara, namanya pasti disebut. Aku tidak kisah, aku tidak cemburu denganmu. Namun, persoalan ini terbenam di benakku, teman, adakah dia lelaki yang baik untukmu? Adakah dia mampu menjagamu? Adakah dia boleh menjadi imammu? Duit bukan persoalannya teman, tapi, hatinya.. adakah dia betul- betul ikhlas denganmu? Sesungguhnya, aku bimbang terhadap dirimu, jika dirimu dipermainkan. 

Wahai temanku yang disayangi, adakah dirimu tahu bahawa dirimu terlalu banyak berubah? Kenapa dirimu jadi begitu lemah bila berkaitan dengan dirinya? Bila dirimu terasa bosan, dirimu mula mencarinya, mula bercakap di telefon. Aku pada mulanya menganggapnya biasa- biasa sahaja kerana percaya dirimu boleh melawan godaan darinya. Ternyata percaturanku silap. Telingamu sentiasa mendambakan suaranya, matamu, jarimu, hatimu sentiasa mahukan layanan SMSnya. Jika dulu dirimu mampu hidup tanpa semua itu, kenapa sekarang tidak boleh? 

Teman, aku risau dengan dirimu. Pohonku, jangan sampai mahkotamu pula kecundang. Dia, lelaki yang berpengalaman, setiap baris ayat, setiap butir perkataannya, setiap perbuatannya, kita tidak tahu betul atau tidak. Adakah boleh dipercayai atau tidak, adakah ikhlas atau tidak. Kadang- kadang, ia boleh jadi mainan kehidupan. Mainan hidup, sakitnya bukan sedikit, pedihnya pun bukan sedikit. Sekali terasa, pasti perit. Ia tidak mampu terluah oleh perkataan, hati ini bagai disiat- siat, pedih sangat wahai teman. 

Temanku, janganlah diikut hawa nafsumu, janganlah berterusan kalah dengan godaannya. Ingatlah, syaitan itu licik. Pelbagai cara boleh dibuat untuk menyesatkan kita. Jika dirimu terasa kuat imannya, fikirlah sekali lagi. Sedangkan dirimu tidak mampu untuk menahan daripada terus berhubungan dengannya, adakah imanmu masih di situ? Solat, bukan pengukur. Jika solat, tapi masih melakukannya, adakah boleh dikira sebagai imanmu masih teguh? Fikirkan wahai teman. Aku menyanyangimu, semoga dirimu sentiasa dilindungi olehNya daripada manusia bertopengkan iblis. Amin.


So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

HATI AKU NI SUNYI SEBENARNYA

Entri kali ni pasal hati dan perasaan aku. Secara jujurla kan, aku cemburu bila tgk kawan- kawan aku punya kekasih, dah bertunang, dah berkahwin dan yang ada anak pun ada. Memang cemburu sangatla. Tipu la lau ak cakap aku ni xde perasaan nak belaki kan..

Kekadang kan, hidup aku ni terasa agak sunyi bila xde teman nak borak. Maksud aku teman lawan jantina. Law kawan- kawan sama jantina, ramai je. Tapi, perasaan masa borak tu lain, xsama. Memang sunyi. Seriously. 


Umur aku bukan makin muda, makin tua ada la. Tahun ni 22, tahun depan 23. Tapi, calon pasangan hidup, pengarang jantung hati aku ni xde lagi. Aku pun xtaw la nape, aku ni memilih sgt ke, atau hati aku ni sebenarnya dah tawar dengan perhubungan lelaki dan perempuan. Aku xsure. 

Setiap kali aku cuba mengenali lelaki kan, aku rasa xtahan. Rasa bosan dan membebankan. Mungkin aku tak terhibur kot dengan dia. Entah lah. So, lastly, aku diam gitu je. Aku rasa hubungan tu xkan ke mana pun, so, don't waste times anymore. 

Tapi yang peliknya, aku suka teman member2 aku p kuar datim ngan pakwe dorang. Aku xkisah pun. Dorang datim, aku jalan sesorang, makan sesorang, tgk wyg sesorang. Aku xrasa membebankan pun. Rasa seronok ada la pasal, nt dorang akan cite la kat aku apa mereka buat sepnjg dorang datim td. Hehehe.

Namun begitu, bila aku sesorang, tgk kwn2 sibuk msj pakwe, borak ngan pakwe, memang hati aku rasa sunyi sgt. Kekadang, I wish I have someone special in my heart. Yang salu berada di samping aku, yang salu rindu aku supaya aku boleh borak ngan dia. Life would be wonderful. ~angan- angan je kot~ sbb, yang pasti, aku memang xde someone special. Xde sape pun yang nak kt aku ni. Seriously. Kira xlaku la. Hohoho

See.. betapa kesiannya aku. Entah kawen bila la aku ni pasal xde yang menggedik nak kat aku. Hurmmm... Sedih gak jadi aku ni.

So, azam aku kan, aku janji pada diri aku ni, IF THERE IS SOMEONE YANG BETUL- BETUL SERIUS YANG NAK JADIKAN AKU NI TEMAN HIDUP DIA, OR ADA JE YANG TETIBA MASUK MINANG AKU, ADA GAJI, ADA KERJA TETAP, LEH JAGA DAN BIMBING AKU, AKU AKAN TERIMA JE. SEROIUSLY... xyah la nak couple sgt!!

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you~


Friday, 28 December 2012

MINGGU EXAM

Minggu ni minggu exam.. huhuhu.. 'HAPPY' gila bila da msk minggu exam ni.. kakakka


ni la jadual exam aku.. huhuhu

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you~

Saturday, 15 December 2012

MINGGU AKHIR

Mulai hari esok (Isnin, 17.12.2012), masuklah minggu akhir sesi pembelajaran aku di UKM. Maknanya, semua esaimen nak kene anta da. Dan yang paling aku tabik la kan menjadi student ni, sume esaimen akan disiapkan pada minggu- minggu terakhir ni. Law ada 10 esaimen, semua 10 esaimen buleh siap. Yang paling dasyatnya, masa tu la idea mencurah- curah keluar. Law lecturer nak 10 pages je, dah jadi 20 pages pasal byk sgt nak tulis. hahahaha

keje jadi lbh cepat dan bersemnagat!!!


Pelik kan? tapi itulah kenyataan. Law minggu- minggu awal, xdenye kuar idea mencurah- curah xputus cam air tu. Contohnya, aku!! hahahaha.. Semalam aku siapkan esaimen aku dengan jayanya. Sebelum ni, haram nak buat. Xde idea la katakan. Tapi, semalam, tetibanya ada idea. Pasal ak nak anta esaimen tu pada pagi esok.. kuakuakua.. 


mcm ni la otak aku masa ujung- ujung sem.. tetibe ada mentol yang menyala kan.. maklum la.. mentol tu la bantu aku mendapat idea. Sebelum ni, mentol tu terpadam je.. ne ada menyala gini.. huhuhu..

So, tunggu pe ag.. jom pulun esaimen!!!

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~



Wednesday, 12 December 2012

12.12.12

Sebenarnya kan, disebabkan ketakberapa betul aku ni kan, aku ase nak tanya la ngan sume orang, ADA APA NGAN 12.12.12? Kat FB kemain ramai yang update status ni.. Well, aku dengan bijaknya tahu la bahawa tarikh ni ada 1 dan 2 sahaja di mana nombor ni agak lawa la.. Tapi kan, lau kite tulis, 12.12.2012, lawa ag x? Apa pendapat korang?

Xkisah la apa pun, bagi aku, tarikh ni nothing special, sebab tarikh yang paling special bagi aku adalah 21.11.2012.. hehehe... 

So, di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sesiapa yang kawin pada tarikh ni, HAPPY BESDAY kepada yang telah lahir pada tarikh ni, SELAMAT SAMBUT BABY BARU kepada yang baru dapat baby pada tarikh ni. Semoga baby tu membesar menjadi insan yang baik. Amin..

Pastu, aku xtaw la nk ucap apa lagi. Maybe nak ucap TAHNIAH PADA DIRI SENDIRI SEBAB MASIH DIBERI PELUANG HIDUP DI MUKA BUMI NI kot.. hehehe.. Alhamdulillah..

Oh ya, sempena tarikh ni kan, aku nak tanya la sikit kepada sesiapa yang terbaca blog aku yang xberapa nak femes ni, korang dah kawen ke belom? Aku kan, stress gila tgk ramai member yang dah kawen ngan tunang.. Tetiba rasa aku ni da tua, rasanya baru tahun lepas aku SPM.. hahahaha...

Ok la, 
so, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~