Monday, 11 February 2013

WELCOME TO SHAH ALAM

Perjalanan ke Shah Alam bukan sesuatu yang boleh dikatakan kenangan yang manis bagi aku. Rasanya, ia sesuatu yang meletihkan dan mengecewakan. Sebab?? 

Sebab, dalam perjalanan ke sini, didapati boyfriend kesayangan aku, si Ace tu dikebas orang. Alkisahnya, aku tertinggal si Ace tu dalam toilet petronas Kuala Krai, then, bila patah balik nk p ambik.. dah pun lesap, hilang entah ke mana. Yang aku sedih, bukan pasal telefon yang hilang, tp, pasal simcard kesayangan aku ada dalam tu. Banyak nombor kekawan aku dalam tu. Sangat menyedihkan.

Yang lagi sedih ialah aku sebenarnya belum bersedia untuk datang ke Shah Alam ni. Berat hati aku nak tinggalkan Kota Bharu dan datang hidup seorang diri di bumi Shah Alam ini. Bila fikir aku akan keseorangan di sini, aku rasa sepi, takut dan sedih. Bila depan mama, aku cover la xmo nanges depan mama. So, bila mama dah tinggalkan aku dekat umah sewa aku ni, air mata aku terus meleleh keluar. Aku nanges agak kuat gak la. 

Bila mama dan abah beli fon dan nombor baru kat aku, aku ase aku ni dah membebankan mereka je. Aku xminta pun fon tu ilang. So, aku kena beli no dan fon baru. Abah xsenang duduk selagi aku xdapat fon baru, susah nk contact, die cakap. Bila mama dan abah dah tinggalkan aku, aku bertungkus lumus pasang almari kain sediri. Lepas tu, aku miscall mama guna nombor baru. Bila mama kol balik, rasanya, aku ni xleh nk dengar suara dia, aku kalut nk nanges je. Wat malu je an. Dah besar pun, sibuk je nak nanges lagi, macam budak- budak plak aku ni. 

Well, aku xada geng la kt Shah Alam ni. Tu pasal aku ase aku ni keseorangan. Tambahan pulak, rumet aku yang baru ni, xde plak ari ni. Xtaw la bila nak ada. Aduuii... Dah la xde geng, rumet pulak xde ari ni.. Law ada, leh ajak kuar makan, aku lapar. Tapi, xtaw nk p makan kat mana kt area Shah Alam ni. Nati aku p sorang, sesat plak... aduii...


K la, 
Until next time,
TQ.
~ May be peace upon you ~

Monday, 4 February 2013

BILA USIA MENGINJAK LAGI...

Sedar xsedar, usia aku menginjak ke angka yang lagi satu, 22+ 1= 23. Hurmm, sebenarnya xsampai pun lagi 23, tp, menjelang November, akan genaplah umur aku ni. Sedar xsedar juga, aku masih lagi begini, langsung xada perubahan. Single, semangat nk belajar tu masih lagi tinggi. Well, inilah aku.

Kekadang, hidup single ni bosan, sunyi. Kekadang, gembira pun ada sebab xyah fikir pasal teman laki. Hurm.. sebenarnya, single ke, couple ke, dah berumah tangga ke, masing- masing ada pros dan cons. Susah aku nak cakap. 

Memandangkan usia yang menginjak lagi ni, aku sedar, aku bukan lagi remaja seperti dahulu. Aku merupakan seorang yang sudah dewasa, perlu mempunyai fikiran yang matang dan waras serta rasional. Namun, itu bukan aku. Rasanya diri ini belum cukup matang  lagi, belum mampu untuk membuat keputusan sendiri. Agak sukar untuk menjadi dewasa rupanya. 

Perkara utama dalam minda aku adalah JODOH. Umur makin meningkat, jodoh masih belum ditemui. Takutnya jika aku akan menjadi andartu. Kawan aku sudah mula berpesan, carilah jodoh. Jadi aku fikir, adakah sudah tiba masanya aku mencari jodoh? Sedangkan aku rasa diri ini belum bersedia? Sapa yang tak mahu berkahwin, punya keluarga? Aku mahu semua tu, tapi, untuk mencari jodoh, aku rasakan agak sukar. Aku belum lagi bersedia. Takut untuk hadapi itu. Sukar aku mengerti bisikan hatiku sendiri.

Tahun depan akan masuk 24, seterusnya 25, 26, 27 dan ++++. Adakah aku akan masih sendiri? Aku juga takut menghadapi keadaan seperti itu. Aku juga takut untuk mencari jodoh yang sesuai untuk diri ku. 


Aku sendiri tak suka untuk mencari jodoh untuk diri sendiri. Sekadar berkawan, apa salahnya. Tapi, mahukan hubungan yang lebih dari itu, rasanya, aku sendiri belom dapat menerimanya. Biarlah masa itu berlalu, aku doakan semoga hati ini mampu untuk kuat untuk mencari jodoh yang terbaik buat diriku. 

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Saturday, 2 February 2013

MASA

Hari ni, aku chating ngan sorang mamat ni. Well, kenal dalam FB je. Ngah borak- borak tu, aku bgtaw die aku sebenarnya tak bersedia nak jadi dewasa. Dia cakap, masa tak akan tanya aku, sedia atau tak. Masa tetap akan datang, umur pun tetap akan meningkat. Ya, aku faham. Aku tahu. Tapi, aku sukar untuk menghadapinya. Pabila mata ini dibuka pada keesokan harinya, aku sedar, umurku semakin meningkat.

Kadang- kadang, terfikir, apakah pencapaian terbaik dalam hidup aku dari aku kecil hingga sekarang? Apakah ia? Aku tidak tahu, aku tidak pasti. Jadi, sia- siakah hidup aku selama ni?


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara. Salah satunya, lapang sebelum sempit. Aku rasa sangat tersempit sekarang. Dulu, aku punya banyak waktu, banyak aktiviti aku buat, aktiviti yang xberguna. Tengok wayang, shoping, mengumpat, borak kosong... banyak la lagi, sampai kerja aku tak siap. Sekarang, nak siapkan kerja sangatlah terseksa, sebab masa dah tak ada, masa yang lepas tak akan kembali. Benarlah orang kata, masa itu emas. Dulu, aku xfaham kenapa orang tua membuat pepatah itu. Kini, aku faham. Masa yang berlalu tak akan kembali, renungkan apa yang telah kita buat dengan masa kita tu. Sekarang, aku rasa masa mengejar aku dengan cepat. Sangat cepat. Aku bingung... Kalaulah aku boleh berhentikan masa... Hargailah masa yang ada. 

Aku menyesal dengan apa yang berlaku sekarang. Sangat menyesal. Andai aku mampu balik ke masa dulu, aku akan ubah diri ini. Tapi, apakan daya, masa tak akan kembali. Yang berlalu tetap akan berlalu. Yang ada cuma hari esok dan masa depan. Gunakan masa dengan sebaik mungkin. Masa akan terus datang dan datang, dan tak akan berhenti walau sesaat. Betapa masa itu sangat berharga. Cintailah masa, hayatilah ia, gunakan sebaik mungkin. 

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Monday, 21 January 2013

BILA EXAM DA XDE...

Bile exam da abes, da xde, aku memang happy, 
tp, 
masalahnya, aku ada kerja lain, 
contohnya nk siapkan tesis yang xsiap lagi ni. 
stress gak,
tapi, cam biasa la aku,
relax je...
law buat kerja dalam keadaan tertekan, memang xjadi keje la.
So, tenang fikiran,
then buat la slow- slow..
Target aku kene siap masuk bulan 2 ni..
sebab, ak nak jilid bagai la... 
hurmm.,... 
tengok la macam mana..

ok, 
until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Friday, 11 January 2013

NO MORE EXAMS..

Tanggal 11/1/2013, tamatlah sudah riwayat peperiksaan final aku dan peperiksaan terakhir yang aku duduki di UKM ni. Lepas ni, pergi LI dah, xde exam da.. gembira rasanya.. 

Kronologi menghadapi exam,



+


+


=


Hurm.. Alhamdulillah... NO MORE EXAMS.. huhuhu

So, until next time,
TQ, 
~ May be peace upon you ~


Friday, 4 January 2013

ILMU, AKAL dan NAFSU

Bicara pada kali ini adalah Ilmu dan akal. Apa ilmu? Apa akal? Bagi diri aku sendiri, ilmu ni pengetahuan kita dari yang kita tak tahu kepada yang tahu. Contohnya, aku tak tahu ada teori Flying Geese sebelum ni sehinggalah aku belajar dalam Ekonomi Pembangunan Antarabangsa. Tapi, ilmu tidak ada had. Kita boleh menuntut ilmu di mana- mana sahaja dalam dunia ni sebab ilmu itu milik Allah SWT. Sebenarnya, pelbagai bidang ilmu wujud dalam dunia ni, contohnya ilmu perbidanan kampung, ilmu kejuruteraan, ilmu alam sekitar, ilmu pengetahuan am seperti siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama? Siapa presiden Amerika sekearang? Ini ilmu am di mana kita memperolehinya melalui pembacaan kita, bukannya belajar di kelas yang formal. Well, law nak cakap pasal ilmu ni, memang xakan habis la. So, depends la pada korang nk takrifkan apa itu ilmu..


Berbalik kepada akal pula. Apa itu akal? Secara personal, aku takrifkan akal itu salah satu organ/ anggota badan manusia yang sebenarnya tidak nampak, di mana ia digunakan untuk kita berfikir. Contohnya, kalau kita nak buat jahat, kita gunakan akal untuk berfikir baik buruk kesannya. 

Imu dan akal. Kalau kita gunakan kedua- duanya sekali, Insyallah, kita akan menjadi insan yang berjaya. Apa guna ilmu yang ada kalau tidak digunakan? Apa guna akal kalau kita juga tidak gunakan? Ada ilmu, gunalah akal untuk mempraktikkan ilmu yang ada. Ada akal, fikirlah bagaimana untuk menambah ilmu yang ada. 

Nafsu. Ada akal, ada ilmu, tapi janganlah terlalu mengikut nafsu. Kita punya ilmu dan akal untuk membezakan baik buruk sesuatu, tapi kerana nafsu, kita kalah dengan diri sendiri. Contohnya, rasuah. Kita tahu ia salah, kita tahu padah rasuah, tapi, kerana terlalu mengikut nafsu, kita lupa semua tu. Nafsu mengusai diri. Jika terlalu mengikut nafsu, memang binasa diri sendiri. 


Jadi, fikir- fikirkan antara ilmu, akal dan nafsu.

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you ~

Wednesday, 2 January 2013

NEW YEAR 2013


Ermm.. memang agak lambat sikit nk ckp HAPPY NEW YEAR 2013.
tapi, ada aku peduli? Baru 3.1.13 je pun.. Ewh, lawa gak nombor ni.. 3113. hehehee

So, tahun ni akan masuk la umo aku dari 22 ke 23. Eww.,.. da makin tua. Adehh.. xcaye la plak yang aku ni dah semakin hari semakin tua, sebab aku rase kan, aku ni baru 17. Hahahaha.... xde la, tipu je tu. Umo 17 tu, umo xmatang, xde komitmen sangat. Bila da masuk 20an ni, ada la rasa beberapa tangunggjawab len. Mungkin sebab aku semakin dewasa, fikir pun bukan fikir sal esok lusa, tapi, fikir pasal masa depan, kerja, duit, rumah.. Arrgghhh.. stresss!!

Ermm.. patutla si Peter Pan tu xmo jd dewasa pun. Banyak tangunggjawab upenye..


tengok.. Peter Pan ni sonok je ngan dunia fantasi dia tu.. ada fairy bagai.. huhuhu.. ikot ko la Peter Pan, asal hidup bahagia.. hahahah

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~