Saturday, 16 May 2015

KEHIDUPAN

Kehidupan. Terlalu luas maknanya. Kehidupan itu ada kalanya memeritkan, ada kalanya menggembirakan. Adakah itu semua telah ditakdirkan? Bukankah kita sendiri yang memilih untuk hidup? Bukankah kita sendiri yang memilih cara hidup kita? 

Dalam hidup ini, selagi kita masih punya nyawa, selagi kita punya akal untuk berfikir, bukankah kita punya banyak pilihan? Ada yang memilih untuk ke kiri, ke kanan, ke hadapan, ke belakang. Walau apa pun jalan yang kita pilih, itulah yang mencorakkan kehidupan kita. And, still, we can choose to stay. 

Untuk menghadapi hidup, kita kadang kala tersalah buat pilihan. Kononnya, kita rasakan bahawa pilihan itu adalah tepat. Namun, apabila kita sedar, kita tahu pilihan itu salah. Kita menyesal. Namun, tidakkan kita patut bersyukur dengan kesalahan itu? Sebab, tanpa berbuat salah, adakah kita akan tahu apa yang sepatutnya betul? Kita belajar dari kesilapan. Seperti kanak2, kita degil, kita panjat pokok. Once, kita jatuh, kita sakit, kita menangis, tapi, adakah itu tandanya kita perlu berputus asa? Dan, kita belajar, panjat pokok pun ada caranya dan, kesalahan itu tidak salah. 

Orang kata, kadang2, kita di atas, dan kadang2 kita di bawah. Ya, benar. Cuba throwback our life. Pernah tak kita merasa sedih? Pernah tak kita merasa xde semangat untuk menghadapi hari esok? tapi, kita tetap bangun dan hadapinya, dan kini, lihatlah sekeliling kita. Apa yang sudah kita capai? Tidakkah kita patut berasa bangga dengan diri kita? Ruginya dengan mereka yang tidak bersyukur dan berputus asa. Betapa penakut dan pengecutnya diri mereka. 

Tapi, pernah x, kita fikir, untuk apa kita hidup? Adakah untuk mencari kekayaan? Adakah untuk menunjukkan kita bijak pandai? Adakah untuk mencuri perhatian ramai? Bagi saya, TIDAK. Kita hidup untuk beribadat. Semuanya kerana Allah Taa'la. Kadang kala kita lupa untuk mengucap syukur, kadang kala kita lupa Allah itu ada dan kita melakukan sesuatu itu hanya diniatkan untuk diri kita, agar mendapat kesenagan dunia. Tapi, bukankah rezeki itu datangnya daripada Allah Taa'la? Bukankah kita patut niat bahawa, apa yang aku lakukan hari ini adalah kerana Allah Taa'la? dan, bukankah kita patut bersyukur dengan pemberianNya? 

Jika apa yang dilakukan hari ini tidak sebaik yang dirancangkan, tidak perlu salahkan takdir. Anggaplah itu satu ujian dan balik muhasabah diri. Adakah kita terlupa sesuatu dengan Allah Taa'la. Kadang-kadang, Dia sengaja menguji kita kerana untuk memberi kesedaran. Mungkin kita terlalu alpa, terlalu megah dengan dunia kita hingga kita lupa, Allah itu ada. 

Saya bukan ustazah, bukan juga manusia yang alim, bukan juga dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan Islam seluruhnya.Ya, saya bertudung, menutup aurat. Tapi adakah saya betul2 menutup aurat? Sedangkan, bentuk tubuh masih lagi terlihat? Astagfirullahalazim. Tapi, apabila kesedaran itu mengetuk pintu hati, apa salahnya jika kita mencuba untuk mengamalkan Islam itu sendiri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Belajar slow-slow, Insyaallah, pasti dimudahkan. 

Bersyukurlah dengan kehidupan hari ini untuk hari esok.
Alhamdulillah. 

Friday, 15 May 2015

HATI

Perasaan itu anugerah
Kasih, sayang, benci, takut, gembira, sakit
Kadang-kadang mampu menjadi satu
Sukarnya untuk dimengerti
Susahnya untuk difahami
Tatkala hati ini kosong
Tidak mampu dibicara di bibir
Hanya boleh dirasai

Pabila impian mereka menjadi nyata
Lafaz akad lambang janji setia
Senyuman terukur tanda setia

Namun, aku tetap sendiri
Sekadar mampu menumpang bahagia
Hati ini masih kosong
Sekosong kanvas tanpa lukisan

Ada masa ia memberontak cemburu
Ada kalanya ia mengia setuju
Tapi, ia tidak mampu menipu
Mahu juga rasa dibelai kata indah
Mahu juga merasa bunga harapan agar mekar di lautan cinta

Tapi, 
Takut dengan takdir Illahi
Takut kecewa dan mengecewa
Bimbang ia tidak mampu menanggung kesakitan 
Bimbang jika dibohong dan diperdaya
Lelaki,
Bibirnya meniti kata manis
Dalam hati berkata sinis

Masih adakah harapan buat sekeping hati ini?

Monday, 11 May 2015

MAULANA IQBAL

Percaya atau tak, sesebuah novel itu mampu memberi kesan pada seseorang. Sudah sekian lama ak mencari sebuah novel yang sepatutnya mendapat pujian. Setiap bait kata yang dikarang sangat teratur. Keadaan latar tempat yang digunakan digambarkan dgn jelas. Kepetahan watak menutur kata begitu terpikat.

Sesiapa belum baca, amat disyorkan. Membaca novel ini menyedarkan saya sesuatu. Beginilah lelaki idaman saya, seorang yang sabar dalam mendidik saya. Akan adakah seseorang seperti Maulana Iqbal untuk saya? 

Terkadang saya sedar, saya bukan seorang muslimah yang sempurna. Saya Islam, tapi kurang mengamalkan Islam dalam kehidupan harian. Namun, saya berimpian untuk punya suami, kekasih dan sahabat yang beriman, penyabar, lembut tuturnya, selalu menegur salah saya dan menerima saya seadanya.. sebaik watak Maulana Iqbal. Layakkah saya untuk mengimpikan semua itu? Tamakkah saya? 

Malunya saya untuk mengakui kata hati saya ini. Sungguh.. saya malu pada diri sendiri, malu pada Illahi, malu pada wanita y solehah dari erti kata sebenar. Mereka solehah.. selayakny berimpian untuk bertemu jodoh dgn lelaki sebaik Maulana Iqbal.. sedangkan saya? Tudung singkat, seluar ketat, solat pun xcukup.. 

Bukan tidak pernah ingin berubah. Saya mahu berubah. Tatkala hati ini mencuba, entah mengapa, iany tidak kuat. Selalu tergoda dgn bisikan syaitan dan tunduk pada nafsu. Saya takot kalah pada bisikan syaitan, kononnya. Jika berubah baik.. tiba2 jd seperti dulu.. tidakkah itu maksudnya mengalah? Saya tidak mahuitu berlaku. Tidak yakin dgn diri.. takot tergoda dgn godaan. Akhirny saya masih seperti dulu. Cuma sekurang-kurangny saya mula belajar mengenakan pakaian longgar. 

Justeru itu.. layakkah saya untuk mengimpikan lelaki sebaik Maulana Iqbal?? Terlalu byk kelemahan saya. 

Ya Allah, temukan ak dgn lelaki yang mampu membimbingku. Temukanlah aku dgn Maulana Iqbalku. Biarlah ak tamak.. biarlah ak malu.. tapi, begitulah lelaki yang ak inginku untuk menjadi teman hidupku. Temukanlah Ya Allah. Amin.. 



TAMAKKAH AKU?

Tatkala hati mula berbicara
Aku termenung sejenak
Mengimbau kenangan
Menilik diri, mencermin peribadi
Layakkah aku?

Tamakkah aku Ya Rabb?

Aku jahil!
Aku tidak kuat!
Hatiku tidak sejernih air di lautan
Tidak sebersih gelas kaca yang kosong
Tapi,
Aku juga manusia
Meminta perubahan dalam diri
Ingin melaksanakan perintahMu

Aku takut
Aku takut kalah pada nafsu
Aku takut kalah pada diriku
Kerana aku sememangnya begitu
Mengapa hati ini tidak kuat, Ya Rabb?

Tamakkah aku?
Tatkala aku meminta seorang teman hidup
Seorang pembimbing
Seorang imam
Seorang khalifah
Yang
Lembut bicara
Sabar kerenah
Tamakkah aku?

Tamakkah aku?

Saturday, 8 November 2014

BYE NARUTO

Assalamualaikum..

Sangat lama tidak menulis. Benarlah orang kata, bila dah kerja, perkara yang biasa dibuat suatu ketika dahulu sepeti ditinggalkan dek sibuk dengan kerja. 

Namun, hari ini terpanggil untuk menulis. Biarlah tajuknya pelik begitu. 


Inilah pengakhiran sebuah cerita. NARUTO, EP 700.

Kenapa aku terpanggil untuk menulis berkenaan Naruto?
Kerana NARUTO memberi 1001 makna buat diriku. Aneh, bukan? Itulah realitinya. 

Aku mula mengenali NARUTO pada usia 14. Sejak itu, NARUTO menjadi kegemaranku. Pada asalnya, NARUTO merupakan kanak-kanak yang lemah dan tidak dihiraukan. Oleh kerana kesungghan, tekad dan keikhlasan yang terletak di dalam dirinya itu menjadikan NARUTO satu watak yang tidak kenal erti putus asa. Akhirnya, NARUTO menjadi seorang yang penting kepada rakan- rakan dan kampungnya, memberi satu harapan kepada semua orang. 

Kerana inilah, aku juga tidak berputus asa dalam mengejar cita- cita. 

"JIKA NARUTO TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA, MENGAPA AKU PERLU?"

Kerana kata- kata ini sering bermain di fikiranku, aku juga menjadi manusia yang tidak putus asa. Segala cabaran yang mendatang, sering kali aku tempuhi, sama seperti NARUTO. 

Mungkin anda yang membaca tidak faham diriku, tapi, inilah aku. 

NARUTO bukan sekadar watak dalam anime, tapi merupakan Inspirasi buat diriku. 

TQ NARUTO. 

Until next time,
TQ,
May be peace upon you.

Wednesday, 23 July 2014

UKUR KEMATANGAN DIRI SENDIRI

Kita semakin hari, semakin tua, semakin berumur dan berusia. Jika suatu masa dahulu, kita pernah belajar bertatih, kita pernah berusia 5 tahun, kita pergi belajar tadika. Kita juga pernah berusia 7 tahun, tahun 1 sekolah rendah, hari di mana kita mula kenal alam persekolahan dan guru yang garang. Masa sekolah rendah, kita salu gaduh, antara kelas la, dan berpuak2 (Pengalaman sendiri). Kita menjadi semakin dewasa, iaitu menuju ke alam remaja. Kita berusia belasan tahun. Masa ni, ciri2 yang paling ketara, kita mula tertarik kepada berlainan jantina. Ada yang sanggup buat apa sahaja untuk menarik perhatian gadis/ jejaka yang disukai. Masa ni, kita mahu kelihatan menarik dan cantik, macam, CANTIK, TERTARIK, KAU MMG THE BOMB!

Bila berada di akhir remaja, usia dalam lingkungan 18-20, kita mula fikir tentang masa depan. Apa yang mahu dibuat, dimana mahu further study, untuk apa study, macam mana nak cari duit. Sedar x sedar, kita akhirnya meninggalkan alam yang penuh glamour itu. Kita sudah berada dalam alam dewasa, di mana pemikiran dan cara hidup kita mula berubah, kita banyak berfikir sebelum bertindak, di mana emosi mampu diatasi dengan pemikiran yang rasional.

Usia dalam lingkungan 20-an, kita mula berfikir untuk hidup berkeluarga. Ada yang kahwin, seawal usia 20 tahun. Dari berkeluarga, kita semakin matang dalam menilai diri sendiri. Punya keluarga bukan satu beban yang mudah untuk dipikul. Nafkah isteri, anak2 dan keluarga perlu diambil kira. Dalam hal ini, kita sekali lagi, cara pemikiran dan kematangan kita diuji dan kita telah melangkah 1 langkah ke hadapan. Memang saya sendiri akui, kawan- kawan yang seusia saya yang sudah berkahwin @ bakal berkahwin, cara percakapan dan pemikiran mereka lebih matang daripada saya. Sekurang- kurangnya saya masih memikirkan diri sendiri, dan mereka sebaliknya.  

Dalam meniti kehidupan ini, sedar atau x, masa telah mematangkan diri kita. Apabila melihat kanak2 sekolah rendah, pernah x, kita tersenyum sendiri? Kerana kita seperti melihat diri sendiri. Apabila melihat kanak2 bergaduh, kita secara tidak sedar, tersenyum kerana kejadian itu menjadi 1 memori indah buat kita. Pernah x, kita juga tersenyum apabila teringatkan zaman cinta monyet sekolah menengah? Pernah x, kita merasakan diri kita "alangkah tidak matangnya aku?". Dan, pernah x, kita terasa ingin kembali ke zaman itu?

Masa terus berdetik, dan kita punya pelbagai pengalaman yang mampu mematangkan kita. Cara kita berpakaian, bertutur, akhlak, berjalan, senyum, ketawa, pergaulan, itu semua lambang kematangan dan personaliti diri. Lihat sekeliling, siapakah insan yang menyumbang kepada kematangan kita? Bukan sahaja ibu bapa atau keluarga atau rakan atau jiran tetangga, tetapi juga termasuklah pemandu bas atau seorang cashier di restoran atau tukang kebun atau seorang pensyarah atau pemandu teksi atau sesiapa sahaja. 

Sebenarnya, itulah warna kehidupan kita. Insan yang tidak kita kenali, atau yang dikenali, mereka inilah juga mewarnakan dan mencoretkan kisah hidup kita. Sedar atau tidak? Lihat sekeliling dan imbas kembali.Anda pasti tersenyum dan bersyukur. Nikmatilah kehidupan dan jadilah watak utama di dalam cerita anda.

Until next time,
TQ,
~May be peace upon you ~

Tuesday, 22 July 2014

MASTER SEKADAR MENJADI ANGAN- ANGAN

Dulu, sebelum kerja, aku memang berimpian nak further study, buat master. Ntah kenapa masa tu aku memang nak sangat buat master, macam aku study ijazah tu sebagai satu trek untuk aku sambung master. 

Aku serius. Aku mohon utk further study, isi form suma. Masa tu memang sangat bersemangat. Bila sampai masa, aku pun semak keputusan. Kecewanya apabila aku dalam senarai KIV memandangkan kursus yang aku apply tu memang popular, Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Mungkin kerana terlalu ramai pemohon, aku terlepas peluang ini. 

Kemudian, dek kerana itu, aku mula cari pekerjaan, sebab aku memang konfem xakan further study kan. So, dapat la keje kat kilang Rohm Wako tu. Alhamdulillah. Kerja punya kerja, aku memang langsung melupakan hasrat hati aku tu. Until 1 day, ada call daripada pihak UKM, minta aku ke sesi interview master. Then, aku terpaksa menolak since aku baru je dapat kerja tetap dan baru sahaja habis tempoh percubaan. 

Then, aku realised that, entah bila cita- cita aku untuk further master ni akan jd kenyataan. Orang cakap aku bole buat PJJ, tapi bila kerja dengan Rohm Wako ni, jadi susah la plak, pasal ujung minggu dy xsame ngan gomen. Kadang2 cuti sabtu sahaja, kadang2 cuti jumaat sabtu, kadang2 cuti sabtu ahad. So, bila aku boleh attend kelas tu sume? 

Xapa la, mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Apa yang berlaku sentiasa punya alasan, mungkin kita tidak suka, tapi itulah yang terbaik buat kita. Allah SWT itu maha mengetahui. 

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you~