Wednesday, 10 June 2015

BFF Wedding

Lupa plak nak update cerita sikit. One of my BFF sudah berkahwin. Xsangka sungguh.. yelah, rasa baru semalam je kami satu bilik kat UKM. Rasa baru semalam je kami konvo. Tup- tup dah kahwin. Alhamdulillah. ME?? Jangan tanya ok, ntah bila nak kawen. Calon suami xde lagi ni.. Malas nak pk.


Actually, ni bukan majlis belah pompuan, ni majlis belah laki. Almaklumlah, semasa majlis sebelah pompuan, aku berada jauh di sana, Guangzhou, China. So, mmg sangat rasa bersalah. So, bila majlis belah laki, aku tebus balik, p hantar sekali. So, gambar ni time lepas make up. Guess sape make up?? Of course la aku!!!
Biase je make up tu.. bukan pandai sangat pun. Guna je apa yang ada dalam beg make up aku tu. Then, walahh... ok gak kan???

Ta daaa!!!! Ni dia foto my BFF dengan laki dia. Alhamdulillah, mmg jodoh panjang dorang ni. Putus xcontact ntah wape taun, tiba2 boleh bertaut kembali. Itulah orang cakap, kalau dah jodoh, pusin kanan ke, kiri ke, depan, belakang, last2, jupe gak. 

Pape pun, happy for her. Congrates AYU!!!

Bye2...




Tuesday, 9 June 2015

ISO/TS 16949 TRAINING (UNDERSTANDING & INTERNAL AUDIT)

Pernah dengar x ISO/TS 16949? I am not sure la today's education macam mana, but, during my time, was like 3 years ago, belajar di UKM la kan, my lecturer never mention about this standard. Usually, kita dengar ISO 9001 dan belajar pasal tu. Aku sendiri pun xigt dah pasal ni.

Suddenly, when working, diperkenalkan dengan ISO/TS 16949 ni. Apa benda ni, haram jadah xtaw. Seriously, mmg something new, sampai I thought, this is a new standard. Aku tahu pasal standard ni pun sebab selalu involve dengan customer audit kt company. So, tahu la sedikit sebanyak berkenaan standard ni. 

Standard ISO/TS 16949 ni digunakan untuk kilang yang mengeluarkan apa sahaja barang/parts/ atau elemen-elemen yan berkaitan dengan automotif. Kilang tersebut perlulah memenuhi all the requirements needed to be certified with ISO/TS 16949. Standard ni, bukan sahaja merangkumi quality of a products atau environment, malah meliputi keseluruhan proses pengeluaran sesuatu produk. 

Jadi, sebab dah setahun kerja, aku dimasukkan ke dalam trainig ISO/TS 16949 ni, pada 8 & 9 Jun 2015. So, makin paham la dengan standard ni. Kalau dulu, salu je tengok checksheet audit customer dan fikir, apa kena mengena suma soklan2 dy tu. I mean, napa la tanya soklan camtu. Contoh:

1. Is there any method defined in your company to select a supplier?
2. How are you judging the competency of your supplier?
3. Are incoming inspection were done at your company? Please verify.

Lebih kurang gitu la soklan audit. Tp, as junior dan pekerja baru, I was follows my senior instruction la. Kalau kena NCR, buatlah corrective & preventive action after audit tu.

So, back to the training, after training, so, aku nampaklah dy punye link tu dengan soklan2 audit yang pernah aku jawab dulu. So, that makes sense la kan. 

Mostly, ISO/TS 16949 ni merangkumi all the procedure that was used by big companies. Contohnya, control documents and records, how, why dll. Lepas tu, quality control, environment control, labour competency control, recruitment, machine control, purchase control, management control dan lain-lain. Banyak la jugak dy punye cover tu. 

Tapi seriously, susah la nak jadi auditor ni. Kena tahu suma pasal clause2 dalam standard. Tiba-tiba rasa macam belajar business law pulak dulu. Habis sume clause kene igt. Xsuka.. xsuka.. But, overall, it's good la sebab, I learnt, dan bole la kenal2 orang production. Kalau x, tercongok kat bahagian purchasing tu je la. Depan komputer, pastu mula la mata kuyu. 

Hehehe.. so, bye2..

Saturday, 16 May 2015

KEHIDUPAN

Kehidupan. Terlalu luas maknanya. Kehidupan itu ada kalanya memeritkan, ada kalanya menggembirakan. Adakah itu semua telah ditakdirkan? Bukankah kita sendiri yang memilih untuk hidup? Bukankah kita sendiri yang memilih cara hidup kita? 

Dalam hidup ini, selagi kita masih punya nyawa, selagi kita punya akal untuk berfikir, bukankah kita punya banyak pilihan? Ada yang memilih untuk ke kiri, ke kanan, ke hadapan, ke belakang. Walau apa pun jalan yang kita pilih, itulah yang mencorakkan kehidupan kita. And, still, we can choose to stay. 

Untuk menghadapi hidup, kita kadang kala tersalah buat pilihan. Kononnya, kita rasakan bahawa pilihan itu adalah tepat. Namun, apabila kita sedar, kita tahu pilihan itu salah. Kita menyesal. Namun, tidakkan kita patut bersyukur dengan kesalahan itu? Sebab, tanpa berbuat salah, adakah kita akan tahu apa yang sepatutnya betul? Kita belajar dari kesilapan. Seperti kanak2, kita degil, kita panjat pokok. Once, kita jatuh, kita sakit, kita menangis, tapi, adakah itu tandanya kita perlu berputus asa? Dan, kita belajar, panjat pokok pun ada caranya dan, kesalahan itu tidak salah. 

Orang kata, kadang2, kita di atas, dan kadang2 kita di bawah. Ya, benar. Cuba throwback our life. Pernah tak kita merasa sedih? Pernah tak kita merasa xde semangat untuk menghadapi hari esok? tapi, kita tetap bangun dan hadapinya, dan kini, lihatlah sekeliling kita. Apa yang sudah kita capai? Tidakkah kita patut berasa bangga dengan diri kita? Ruginya dengan mereka yang tidak bersyukur dan berputus asa. Betapa penakut dan pengecutnya diri mereka. 

Tapi, pernah x, kita fikir, untuk apa kita hidup? Adakah untuk mencari kekayaan? Adakah untuk menunjukkan kita bijak pandai? Adakah untuk mencuri perhatian ramai? Bagi saya, TIDAK. Kita hidup untuk beribadat. Semuanya kerana Allah Taa'la. Kadang kala kita lupa untuk mengucap syukur, kadang kala kita lupa Allah itu ada dan kita melakukan sesuatu itu hanya diniatkan untuk diri kita, agar mendapat kesenagan dunia. Tapi, bukankah rezeki itu datangnya daripada Allah Taa'la? Bukankah kita patut niat bahawa, apa yang aku lakukan hari ini adalah kerana Allah Taa'la? dan, bukankah kita patut bersyukur dengan pemberianNya? 

Jika apa yang dilakukan hari ini tidak sebaik yang dirancangkan, tidak perlu salahkan takdir. Anggaplah itu satu ujian dan balik muhasabah diri. Adakah kita terlupa sesuatu dengan Allah Taa'la. Kadang-kadang, Dia sengaja menguji kita kerana untuk memberi kesedaran. Mungkin kita terlalu alpa, terlalu megah dengan dunia kita hingga kita lupa, Allah itu ada. 

Saya bukan ustazah, bukan juga manusia yang alim, bukan juga dilahirkan dalam keluarga yang mengamalkan Islam seluruhnya.Ya, saya bertudung, menutup aurat. Tapi adakah saya betul2 menutup aurat? Sedangkan, bentuk tubuh masih lagi terlihat? Astagfirullahalazim. Tapi, apabila kesedaran itu mengetuk pintu hati, apa salahnya jika kita mencuba untuk mengamalkan Islam itu sendiri. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Belajar slow-slow, Insyaallah, pasti dimudahkan. 

Bersyukurlah dengan kehidupan hari ini untuk hari esok.
Alhamdulillah. 

Friday, 15 May 2015

HATI

Perasaan itu anugerah
Kasih, sayang, benci, takut, gembira, sakit
Kadang-kadang mampu menjadi satu
Sukarnya untuk dimengerti
Susahnya untuk difahami
Tatkala hati ini kosong
Tidak mampu dibicara di bibir
Hanya boleh dirasai

Pabila impian mereka menjadi nyata
Lafaz akad lambang janji setia
Senyuman terukur tanda setia

Namun, aku tetap sendiri
Sekadar mampu menumpang bahagia
Hati ini masih kosong
Sekosong kanvas tanpa lukisan

Ada masa ia memberontak cemburu
Ada kalanya ia mengia setuju
Tapi, ia tidak mampu menipu
Mahu juga rasa dibelai kata indah
Mahu juga merasa bunga harapan agar mekar di lautan cinta

Tapi, 
Takut dengan takdir Illahi
Takut kecewa dan mengecewa
Bimbang ia tidak mampu menanggung kesakitan 
Bimbang jika dibohong dan diperdaya
Lelaki,
Bibirnya meniti kata manis
Dalam hati berkata sinis

Masih adakah harapan buat sekeping hati ini?

Monday, 11 May 2015

MAULANA IQBAL

Percaya atau tak, sesebuah novel itu mampu memberi kesan pada seseorang. Sudah sekian lama ak mencari sebuah novel yang sepatutnya mendapat pujian. Setiap bait kata yang dikarang sangat teratur. Keadaan latar tempat yang digunakan digambarkan dgn jelas. Kepetahan watak menutur kata begitu terpikat.

Sesiapa belum baca, amat disyorkan. Membaca novel ini menyedarkan saya sesuatu. Beginilah lelaki idaman saya, seorang yang sabar dalam mendidik saya. Akan adakah seseorang seperti Maulana Iqbal untuk saya? 

Terkadang saya sedar, saya bukan seorang muslimah yang sempurna. Saya Islam, tapi kurang mengamalkan Islam dalam kehidupan harian. Namun, saya berimpian untuk punya suami, kekasih dan sahabat yang beriman, penyabar, lembut tuturnya, selalu menegur salah saya dan menerima saya seadanya.. sebaik watak Maulana Iqbal. Layakkah saya untuk mengimpikan semua itu? Tamakkah saya? 

Malunya saya untuk mengakui kata hati saya ini. Sungguh.. saya malu pada diri sendiri, malu pada Illahi, malu pada wanita y solehah dari erti kata sebenar. Mereka solehah.. selayakny berimpian untuk bertemu jodoh dgn lelaki sebaik Maulana Iqbal.. sedangkan saya? Tudung singkat, seluar ketat, solat pun xcukup.. 

Bukan tidak pernah ingin berubah. Saya mahu berubah. Tatkala hati ini mencuba, entah mengapa, iany tidak kuat. Selalu tergoda dgn bisikan syaitan dan tunduk pada nafsu. Saya takot kalah pada bisikan syaitan, kononnya. Jika berubah baik.. tiba2 jd seperti dulu.. tidakkah itu maksudnya mengalah? Saya tidak mahuitu berlaku. Tidak yakin dgn diri.. takot tergoda dgn godaan. Akhirny saya masih seperti dulu. Cuma sekurang-kurangny saya mula belajar mengenakan pakaian longgar. 

Justeru itu.. layakkah saya untuk mengimpikan lelaki sebaik Maulana Iqbal?? Terlalu byk kelemahan saya. 

Ya Allah, temukan ak dgn lelaki yang mampu membimbingku. Temukanlah aku dgn Maulana Iqbalku. Biarlah ak tamak.. biarlah ak malu.. tapi, begitulah lelaki yang ak inginku untuk menjadi teman hidupku. Temukanlah Ya Allah. Amin.. 



TAMAKKAH AKU?

Tatkala hati mula berbicara
Aku termenung sejenak
Mengimbau kenangan
Menilik diri, mencermin peribadi
Layakkah aku?

Tamakkah aku Ya Rabb?

Aku jahil!
Aku tidak kuat!
Hatiku tidak sejernih air di lautan
Tidak sebersih gelas kaca yang kosong
Tapi,
Aku juga manusia
Meminta perubahan dalam diri
Ingin melaksanakan perintahMu

Aku takut
Aku takut kalah pada nafsu
Aku takut kalah pada diriku
Kerana aku sememangnya begitu
Mengapa hati ini tidak kuat, Ya Rabb?

Tamakkah aku?
Tatkala aku meminta seorang teman hidup
Seorang pembimbing
Seorang imam
Seorang khalifah
Yang
Lembut bicara
Sabar kerenah
Tamakkah aku?

Tamakkah aku?

Saturday, 8 November 2014

BYE NARUTO

Assalamualaikum..

Sangat lama tidak menulis. Benarlah orang kata, bila dah kerja, perkara yang biasa dibuat suatu ketika dahulu sepeti ditinggalkan dek sibuk dengan kerja. 

Namun, hari ini terpanggil untuk menulis. Biarlah tajuknya pelik begitu. 


Inilah pengakhiran sebuah cerita. NARUTO, EP 700.

Kenapa aku terpanggil untuk menulis berkenaan Naruto?
Kerana NARUTO memberi 1001 makna buat diriku. Aneh, bukan? Itulah realitinya. 

Aku mula mengenali NARUTO pada usia 14. Sejak itu, NARUTO menjadi kegemaranku. Pada asalnya, NARUTO merupakan kanak-kanak yang lemah dan tidak dihiraukan. Oleh kerana kesungghan, tekad dan keikhlasan yang terletak di dalam dirinya itu menjadikan NARUTO satu watak yang tidak kenal erti putus asa. Akhirnya, NARUTO menjadi seorang yang penting kepada rakan- rakan dan kampungnya, memberi satu harapan kepada semua orang. 

Kerana inilah, aku juga tidak berputus asa dalam mengejar cita- cita. 

"JIKA NARUTO TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA, MENGAPA AKU PERLU?"

Kerana kata- kata ini sering bermain di fikiranku, aku juga menjadi manusia yang tidak putus asa. Segala cabaran yang mendatang, sering kali aku tempuhi, sama seperti NARUTO. 

Mungkin anda yang membaca tidak faham diriku, tapi, inilah aku. 

NARUTO bukan sekadar watak dalam anime, tapi merupakan Inspirasi buat diriku. 

TQ NARUTO. 

Until next time,
TQ,
May be peace upon you.