Thursday, 8 February 2018

DRUG STORE & KESEDARAN MASYARAKAT MALAYSIA

Assalamualaikum,

Hari ini nak bercerita berkenaan drug store.

Apa itu drug store? Jangan tahu sebut je, mentang-mentang dah viral kan.

Ok, basically, drug store merupakan kedai yang menjual produk kesihatan dan ubat-ubatan serta lain-lain barang keperluan harian seperti kosmetik, bahan penjagaan kulit, rambut, dan lain-lain yang berkaitan. Definisi ni diambil dari sini < http://www.businessdictionary.com/definition/drug-store.html > Drug store yang biasa kita jumpa adalah Watson, Guardian, Wellness dan seumpama dengannya.

Jadi, apa yang nak ditekankan di sini, semua barang yang dijual di sini adalah yang telah diperakui oleh jabatan-jabatan kesihatan, chemist dan lain-lain (Pendapat sendiri). Bukan sebarangan produk yang boleh dijual di situ. Nak tahu kenapa?

Sebab mostly drug store merupakan jenama antarabangsa yang dikenali ramai. Apabila disebut antarabangsa, ianya melibatkan Amerika, negara-negara Eropah, Jepun, China, Korea, dan lain-lain negara yang tak perlu disebut. TAHUKAN ANDA, PELBAGAI PROSEDUR YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMASUKI NEGARA-NEGARA MEREKA? Setiap kandungan bahan yang digunakan di dalam produk memerlukan certificate yang sah, bukti uji kaji, senarai bahan yang digunakan, tempat pengilangan, tempat R&D, proses R&D dilakukan, dari mana bahan itu dibeli, dan macam-macam lagi.. Secara amnya, boleh dikatakan sangat komplikated. It should go through from an audit to another audit, then, jika diyakini selamat, baru boleh diimport atau dieksport.

Macam mana saya tahu? Saya tak tahu, tapi basically, import eksport yang melibatkan pengguna (Consumer) memang akan melalui perkara yang sama. I've learned from my experience working at International company.

So, I was always wondering, kalaulah kosmetik Malaysia sangat bagus seperti yang diuar-uarkan, kenapa tidak diangkat menjadi produk antarabangsa? Kenapa Malaysia tidak menjadi pioneer utk produk-produk kosmetik?

Sebab, produk Malaysia banyak menggunakan racun yang terkawal.

Apa itu racun yang terkawal?

Racun yang terkawal adalah bahan kimia yang tidak boleh digunakan dengan banyak di mana hanya boleh digunakan dengan sukatan yang tertentu sahaja. Contohnya, Asid. Asid adalah racun terkawal, di mana penggunaanya tidak boleh melebihi 0.05%. Maka jika lebih, ianya dikira salah di sisi undang-undang (Ini hanyalah pendapat semata-mata). Penggunaan yang berlebihan boleh memberi kesan buruk kepada persekitaran atau kepada manusia sendiri.

Jadi, jika beberapa produk Malaysia menggunakan Merkuri, ada sesiapa tahu berapa % merkuri dimasukkan ke dalam produk tersebut? Tiada laporan bahan yang digunakan, tiada R&D, tiada maklumat pengilangan dan lain-lain. Dan rakyat kita menggunakannya. Ya Allah.. semoga cepat kalian tersedar.

Namun kini, masyarakat semakin sedar. Banyak pendedahan-pendedahan dibuat ekoran berlakunya kerosakan kulit yang teruk. Alhamdulillah.

Ramai Instafemes, di Twitter, facebook, youtube dan blog-blog yang berkongsi cara untuk memulihkan kulit kepada yang semulajadi. Akhirnya ramai yang mula meninggalkan kosmetik local yang membunuh dan mula menggunakan bahan kosmetik dari Drug store.

Saya? Saya tidak pernah menggunakan kosmetik Malaysia, kecuali Safi Balqis sehinggalah usia mencecah 23 tahun. Bermula usia 24 hingga kini, saya pengguna Mary Kay. Alhamdulillah saya kulit saya tidak bermasalah.

Tapi, adik saya menggunakan Hado Labo yang boleh dibeli di drug store. Dulu kulit bermasalah, jerawat sana sini. Mula pakai masa 20 tahun, dan hingga kini mengjangkau usia 24, merupakan pengguna Hada Labo yang setia. Kulitnya semakin elok dan sihat.

Ni adik aku before guna Hada Labo. Basically xde masalah sangat pun cuma kulit kusam & jerawat sikit-sikit.
Ni yang terkini. Aku? Xde perubahan? Ada.. aku makin chubby!! Hahaha
Xla, mmg ada, cuma xnampak sgt since kulit kitorang mmg xde masalah, kecuali kulit kusam dan jerawat sikit-sikit.
Itu je.

Ni pulak aku before pakai Mary Kay. Tak masalah sangat pun, cuma kulit kusam

Last but not least, since semua orang nak jadi putih, kulit cerah persis Korea kan. Saya nak ingatkan 1 perkara.

YOU CANNOT BE WHITE WHEN YOU WERE BORN COLOURED/BLACK. IT'S NOT ABOUT THE PRODUCT, OR SKIN COLOUR, IT'S ALWAYS ABOUT YOURSELF. CONFIDENT AND PROUD WITH WHO YOU ARE. 

Saya tak pernah berimpian nak kulit putih cerah cam artis Korea sebab saya sedar saya dilahirkan gelap begini. So, saya gembira dengan diri saya as long as kulit saya sihat dan tidak bermasalah. 

Terima kasih.

Buka puasa dulu. Bismillahhirahmanirrahim. 

Sunday, 28 January 2018

ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN

Assalamualaikum.

Rasanya perkara ini boleh dikongsi. Hurm, jika anda-anda ada terbaca la kan, di kala ini, pada tarikh 29.01.2017, saya belum lagi disahkan dalam perkhidmatan awam. Ini kerana, saya belum memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Menghadiri kursus Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya dalam tempoh 3 tahun. 
2. Menghadiri dan lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam dalam tempoh 3 tahun

Macam mana kalau lebih 3 tahun, tapi belum sah dalam perkhidmatan? Hah! yang ni ada prosedur lain. Tak perlu nak cerita, nanti komplikated pulak. So, why not, kita fokus on 2 point kat atas tu je.

Sebagai penjawat awam yang baru, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebagai syarat untuk disahkan di dalam perkhidmatan awam. Antaranya adalah 2 point di atas. Ianya wajib dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun selepas melapor diri. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan kita diberhentikan oleh kerajaan.

Program Transformasi Minda (PTM)

Apa itu PTM? Saya sendiri kurang pasti. Yang ni saya akan cerita once dah balik dari kursus. Pasti ada modul-modul yang berkaitan kewarganegaraan dan lain-lain modul yang saya tak tahu. Tak apa, nanti saya akan ceritakan dalam sambungan seterusnya.

Peperiksaan Perkhidmatan Awam gred N29

Ok, saya share sikit setakat yang saya tahu. Peperiksaan ini perlu dimohon secara atas talian (Online) di laman sesawang JPA ( https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/). Kat situ siap ada jadual, & sukatan pelajaran yang kita perlu study. So, pandai-pandai la tengok. Semua soalan adalah esei, jangan mimpi nak soalan objektif.

Once saya dah tahu sukatan pelajaran yang perlu study, adalah la sikit godek-godek pak cik google kot-kot la boleh membantu mencari past question. Tapi hampa, ada sikit je.. Ya Allah, tiba-tiba akak rasa serabut dik. Tapi, tak pe, ORANG LAIN BOLEH, KITA PUN MESTI BOLEH, kan?

Jadi, saya dah daftar online peperiksaan tu, dan dijadualkan pada bulan 05, 2018. Jadi, once saya dah exam, saya akan share kat sini jugak.

Lulus / Gagal

Lulus atau gagal dalam peperiksaan akan diberitahu kemudian. Kita boleh check nanti. So, yang ni pun saya akan share. Insya-Allah. Semoga lulus dengan jayanya. Amin.

Kesimpulannya, sapa cakap kalau dah kerja xpayah study.? Bohong lah.. see.. kita perlu study. Banyak buku nak kene beli.

SEBELUM MENJADI PENJAWAT AWAM

Sebelum jadi penjawat awam, bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 ni, kita perlu hadapi 2 perkara:

1. Peperiksaan kelayakan (Online)
2. Temuduga.

Tips temuduga? Tak ada tips sangat pun, cuma berdoa pada Allah, serahlah padaNya. Tapi jangan tak buat persediaan langsung. Saya habiskan duit beli buku temuduga kerajaan. Habis semua dasar baca, tapi tak ditanya pun. Tengok soalan trick yang biasa ditanya dan cara untuk menjawab. Teruskan praktis depan cermin. Nanti kalau rajin, saya share experience saya interview kerajaan. Moga membantu nanti. Insya-Allah.   

So, dah lulus dua ni, jangan ingat boleh relek.. tu, ada lagi nak kena buat. So, good luck pada korang yang ada temuduga kerajaan dan kepada korang yang akan hadapi peperiksaan perkhidmatan awam bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan. 

Ok lah, setakat ni dulu.
Pape roger k!

Nantikan sambungan seterusnya, bahagian 2.

Terima kasih.

Wednesday, 3 January 2018

HAPPY NEW YEAR 2018


Assalamualaikum & selamat sejahtera

Kepada korang yang terjumpa blog ni secara xsengaja, HAPPY NEW YEAR 2018.

Hari ini 03.01.2018. Well, masih belum terlambat untuk mengucapkan Happy New Year kan. Well, it's 2018 gais. Rasa tak percaya pulak dah masuk tahun 2018.

Well, alang-alang bercerita tentang 2018 ni, 31.12.2017 telah mencatat sejarah di mana aku menyambut malam sambutan tahun baru di luar rumah, iaitu di Dataran Putrajaya bersempena pesta Lampu2017. #lampu2017     Sambutan tu betul-betul depan Istana Kehakiman. Memang happening. Yala, kali pertama kot, jadi jakun sikit. Macam excited camtu. P sana, asik cari lighting untuk selfie. Law xde lighting, uduh la gambar, gelap je.

Ni sikit-sikit je yang boleh share.. :)

Istana Kehakiman

Ni aku & Pija

Oh ya, 2018 = 28 tahun (Secara tepatnya pada 21.11.2018). Single. Afraid to be loved. Afraid to love. Afraid to get hurt. Afraid to get dissapointed. Afraid to dissapointed someone. Afraid if there are any related to feelings of someone or myself. Don't have courage towards love. Low-confidence when it comes to relationship.

But, very confident when it comes to work related. Love make-up. Love shoes & handbag. Very friendly to those who I know.

How my friend see me? Nice
How my best friend see me? Evil, crazy but good listener
How my housemate see me? Soft & very nice
How strangers see me? Unfriedly
How other people me? Normal

Dari dulu sampai sekarang fakta ni xberubah. This is Aqeela.

Apa azam tahun 2018? Sebenarnya, jauh di sudut hati, nun jauh ke dalam, melepasi lapisan-lapisan tanah, pasir, marmar, lava and what so ever, aku berharap sangat aku tamatkan zaman bujang aku. Serius gais.. memang nak sangat tamatkan zaman bujang. Nak kahwin, nak anak, nak laki yang boleh dengar aku cakap merepek, nak bekeluarga. Tapi, sebab-sebab seperti yang di atas tu, aku xboleh.

Just few months ago, there was a guy. He looks interested in me. Aku mula-mula ok la, cuba beri peluang kat dia, beri peluang pada diri sendiri. But, guess what? It is not gonna succeed. Why? Sebab aku xboleh. I was trying, but in the end, aku tahu aku xnak. So, the end. Of course la, kitorang bukan kat stage in relationship, still lagi friend. So, setakat friend je la.

Harapan aku, tahun 2018 akan memberi aku pelbagai pengalaman yang akan mematangkan fikiran aku. Tahun 2018 akan memberi pengalaman yang bermakna yang boleh aku banggakan. Tahun 2018 akan meninggalkan 1001 kenangan yang terindah.

Ok, tu je la untuk entry 2018.
Thanks.

HAPPY NEW YEAR gais.

Sunday, 10 December 2017

KERJA BARU

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Dah lama xmenulis blog, rasa macam bertahun-tahun. Di pengakhiran tahun 2017 ni, biarlah saya mencoret sedikit untuk ingatan dan memori hidup saya.

Tanggal 17.09.2017, saya telah melapor diri di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggalas tugas baru, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) gred N29. Selepas lapor diri dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan, saya dan pegawai-pegawai lain telah ke IKWAS, Kluang, Johor bagi menghadiri kursus PPT. Kursus tersebut berlangsung selama seminggu (17~21.09.2017).

Kursus tersebut agak meletihkan memandangkan jadual yang sangat padat. Macam-macam yang diterangkan, berkenaan pengurusan aset kerajaan, cuti, tugas-tugas PPT dan lain-lain. Dalam seminggu tu juga, kami tidak diberitahu penempatan kami sehinggalah hari akhir. Punyalah berdebar-debar di hati, risau juga jika ditempatkan di Sabah atau Sarawak. Banyaklah habis duit beli tiket balik Kelantan.

Tapi, Alhamdulillah, saya di tempatkan di Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM). Bertempat di Putrajaya.

Perasaan masa tu,  gembira pun ada, sedih pun ada sebab akan tinggalkan keluarga di Kelantan. Masa nak bergerak ke Putrajaya, Allah SWT saja tahu perasaan masa tu, sangat berat hati. Yalah, dah 3 tahun kerja di Rohm Wako, Kelantan, tiba-tiba kena keluar ke Putrajaya.. sangat berat hati. Seminggu pertama di Putrajaya, saya asyik menangis siang malam, mata bengkak.

Tapi, sekarang dah nak masuk bulan ke3 di MOSTI, semuanya ok sahaja. Dah xnanges sebab dah biasa. Dapat housemate yang sangat baik dan sekepala, walaupun dorang lagi muda, pangkat adik-adik. Dorang baru 21 & 22 tahun, sedangkan saya sudah 27 tahun, tahun depan nak masuk 28. Officemate pula, Alhamdulillah ok dan sangat membantu. Saya boleh bergaul dengan baik. Bos pula sporting dan kelakar. Orang kata, everything goes smoothly. Terima kasih dan syukur pada kurniaan nikmat dan rezeki Allah SWT.

Lupa pula nak beritahu, saya dah RESIGN kerja Rohm-Wako ya. Harap maklum. Tapi, sayang tu masih ada di sana. Orang kata cinta pertama ni susah nk lupakan, begitu juga dengan kerja pertama, tempat kerja pertama, rakan-rakan sejawat di sana.. memang susah nak lupakan dan sentiasa berada di dalam hati. 3 tahun di sana bukan tempoh yang singkat. Macam-macam saya belajar. Dari zero to hero. Situlah tempat saya belajar dan mengenal dunia sebenar pekerjaan. Sangat menghargai apa yang dipelajari dan tunjuk ajar rakan sejawat.


Ok lah, itu sahaja untuk hari ini.
Semoga saya menjadi penjawat awam yang berjaya, berdedikasi dan berintegriti.


Wednesday, 10 May 2017

Ujian

Ujian itu ada pelbagai. Orang kata, kesusahan itu ujian, tapi kesenangan juga ujian. 

Melangkau usia 27 tahun, diri ini masih lagi bujang. Rakan-rakan ramai yang sudah kawen. Ada anak 2,3 orang. Bohong la kalu cakap hati ini tidak terusik. Memang dari jauh nampak gembira, dalam hati tiada perkataan yang boleh dikata. 

Melihat rakan-rakan kawen memang aku gembira. Tapi ak juga ingin merasa begitu. Tapi, apa kan daya, mungkin jodoh itu belum tiba, mungkin tersesat ke planet marikh. 

Dalam mengenang nasib, aku cuba bertenang dan melihat sekeliling. Ya, aku diuji. Allah itu penentu segala. Aku mula sedar sesuatu. Allah sedang memberi impian aku.

Dulu, aku selalu berangan mahu jalan-jalan ke luar negara. Mahu kerja yang baik. Aku rasa aku sudah mula mendapat apa yang aku mahukan. Alhamdulillah.  

Jadi, mungkin Allah tangguhkan soal jodoh pada diriku, dan mengurniakan aku impian-impian aku dahulu. 

Tuesday, 22 September 2015

I'M READY!!

Mungkin nukilan pada malam ini agak berlainan dari yang biasa. Ini adalah luahan perasaan yanf ikhlas dari lubuk hati yang jauh terlindung dlm kulit dan anggota badan manusia. Mungkin ada yang akan kata, "Qeela ni buang tebiat ke?" atau "Geli la aku baca yang ni". But it sokay.. sebab aku pun pernah rasa begitu dahulu sehinggalah ak mengalaminya sendiri.

Buat pertama kali dalam hidup aku, ak perlu akui bahawa aku bersedia untuk berkahwin. Tapi malangnya tiada calon... aisshhh... Ajaibnya perasaan itu, besarnya kuasa Allah swt. Serius.. dgn usia y bakal mencecah 25 tahun pada 21/11/2015, aku mmg telah bersedia utk memikul satu tanggungjawab, namun mungkin Allah lbh mengetahui dan aku masih single, dan tiada calon.. kesiannye aku.

Kadang2, ak tertanya-tanya, dapat x ak rasa nikmat perkahwinan, susah payah, turun naik, pasang surut ikatan tersebut. Aku juga terfikir bagaimanakah rasanya apabila seorang wanita itu berbadan dua? Membawa satu amanah di dalam satu rahim sehingga ke dunia.. Ya Allah, betapa indahnya ciptaan tuhan. Terus terang aku cemburu dgn rakanku yang telah berkahwin, punyai anak sendiri.. kerana aku juga mahu merasai semua itu.

Namun, aku tidak pasti dapatkah aku? Adakah aku juga akan diberi peluang begitu? Sungguh, aku tidak pasti.

Andainya tibanya hari itu, akulah antara jutaan wanita yang paling bahagia. Semoga saat itu juga menjadi milik aku.

Sekian.

Saturday, 19 September 2015

Pertemuan & perpisahan

Pertemuan dan perpisahan dalam hidup kita sememangnya satu realiti yang sentiasa berlaku. Jika hari ini kita bertemu dgn seorang rakan sekolah, esok kita akan berpisah jua. Kita kemudian bertemu pula rakan baru di kolej atau universiti dan berpisah setelah tamat pengajian. Ini semua kerana tuntutan pertemuan itu akan berjumpa dgn perpisahan, ianya satu lumrah. Yang hidup pasti akan mati.

Namun, di sebalik pertemuan dan perpisahan, punya satu hikmah yang tidak terjangka. Jika hari ini kita berjumpa orang miskin, ianya untuk mengajar kita erti 'sharing'. Jika hari ini kita berjumpa dgn golongan cerdik pandai, ianya untuk kita sedar bahawa ilmu itu perlu sentiasa dicari dan dipelajari. Jika hari ini kita berjumpa dgn insan serba kekurangan, ianya untuk mengajar kita erti bersyukur.

Begitu juga dengan perpisahan, punya sebab yang tersendiri. Jika hari ini kita berpisah dgn kedua ibu bapa, ianya untuk kita belajar berdikari. Jika hari ini kita berpisah dgn rakan-rakan, ianya untuk mengajar kita erti penghargaaan dalam hubungan. Jika hari ini kita ditinggal kekasih hati, ianya dpt mengajar erti sebuah cinta yang indah dan kesakitan yang dlm yang mampu menguatkan hati.

Justeru itu, setiap perpisahan dan pertemuan mmh tidak dpt dipisahkan. Seolah kembar yang sentiasa bersama.

Redhalah dgn setiap ketentuan kerana pertemuan dan perpisahan punya nilainya sendiri.

Terima kasih.