Assalamualaikum,
Hari ni nak cerita my experience dengan this man.
Ya Allah, I malu nak cerita kebodohan sendiri. Tp, for those yang terbaca, please take this as a good lesson.
I know this one guy and suddenly he asking me if I nak a serious relationship. Well, of course I nak kan, umur 28 dah.. I nak kawen, have family, ada anak.. macam kawan-kawan I. Then, he said, yes, he is serious, and I am so opened to accept him dengan harapan dia ikhlas dengan I.
So, we get to know each other and met. Seriously, I am so sincere towards him. I really wish It was him, my Mr.Right. My jodoh. My future husband and will become my husband, a father to our kids. Yes, I am 28. Apa lagi yang I nak fikir if ada seorang lelaki serious about I? I wan to build a family. Susah senang bersama. I really want to.
But, I always doubt him even he bought something what I want. Even he keep mention he is serious about me. I always doubt him.
He is a government servant. He working in uniform department (I dont want to mention), said he is 29 (2018). Used to engaged and be single since 2014. I am ok with that.
Then, my doubt becomes bigger when he ask me to help him running the his business. He ask me to make a loan RM40K. That was a big amount, with my financial crisis.. I can't afford to pay. So, he insisted, he'll pay for me. So, I xperlu kacau gaji I. I xpercaya. But he keep trying to convince me, that, this is a started since we would like to have our life together. Nak kawen kan.. So, without discuss with my family, I made my mind. I agree.
But, since I agree, I xboleh tenang. It feels something wrong. So, start ask my friend to help me investigate about him. My friend ada knl orang yang kerja sama dgn badan uniform laki ni. I minta tolong risik. At the same time, I try to find some information about him. Of course, I xjumpa apa-apa. I was so desperate to get the information. I takut I kene tipu.
So, actually, I dah ke bank, isi borang loan, push the bank officer to make it fast.
But, because of uneasy feeling, I xtaw nak ngadu kt sape. So, again, I go back to our Creator. I solat Istikarah.
I doa:
" Ya Allah, jika si polan-polan adalah jodohku, kau dekatkan hati kami, satukanlah kami, panjangkan jodoh kami, satukan kami hingga ke jinjang pelamin. Tetapi Ya Allah, jika dia berniat buruk ke atasku, kau tunjukkanlah kuasamu, berikan petunjukmu. Lindungilah aku daripada sebarang musibah dan orang berniat jahat. Aku memohon perlindungan dan pertolonganmu, aamin."
Guess what, Allah tu Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.
Hari ni, 1 Ogos 2018, he caught cheated on me.
Well, first, I found his IC number. Before, he give the his IC number, 89XXXX-XX-XXXX. But, what I found was 84XXXX-XX-XXXX. Guess what, he is not 29 in 2018, but 34. I boleh terima if he is 34, why perlu tipu I cakap 29? I terkejut. My doubt increase more.
Then, I cerita dekat my friend, and my friend got information. This guy actually already married twice and have kids.
So, now, I know, Allah dah jawab doa I.
So, immediately I called bank officer, cancel the loan. I was saved by my Creator, Allah SWT.
Boleh bayang x, I kene tanggung hutang RM40K for nothing if Allah xjaga I? I bersyukur sgt.
To that man, if u read this, u know who u are. Please jgn bodohkan perempuan macam u bodohkan I. Tp, ye lah I yang bodoh percaya U sbb I igt U ikhlas dengan I. I am so stupid. I ikhlas dengan u. I betul-betul nak our relationship berjaya, tapi.. u lelaki yang jahat. U tipu I, and want to use me for your own good.
But, gladly, I dipelihara oleh Allah SWT dari lelaki macam u.
So, girls out there, please be careful. I senang je lps ni, I nak Mama I carikan jodoh. I dah xnak knl lelaki. Lelaki are so scary. Susah nak cari yang baik dan betul-betul ikhlas.
Ok, tu je.
Assalamualaikum.
Wednesday, 1 August 2018
Monday, 16 July 2018
KELAS HUJUNG VS KELAS DEPAN
Assalamualaikum
Hari ni tengah scroll down up facebook, ternampak tweet PU Azman seperti berikut:
Hari ni tengah scroll down up facebook, ternampak tweet PU Azman seperti berikut:
So, tiba-tiba sis terimbau kenangan zaman sekolah sis dahulu.
Sis ni termasuk golongan budak-budak kelas depan dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah kecuali semasa tingkatan 5.
Sis xde la bijak atau pandai sangat.. cuma salunya akan duduk kelas no.2, kadang-kadang markah sis lagi tinggi dari budak kelas no.1. Sis bangga diri sikit, bajet pandai, tapi bodo je.. hahahaha
Alkisahnya sis mmg xsuke budak kelas hujung, bagi sis budak nakal & jahat. Dah la nakal, jahat pastu bodo pulak.. ada hati nak ngorat aku, budak pandai ok, kelas depan.. kau mana layak dgn ak, malu couple ngan budak kelas hujung.. (Maaf ye kepada geng budak hujung, ni masa sekolah dulu, Ya Allah, mmg rasa bodo pulak skang ni)
Tapi apa yang PU Azman cakap tu betul, salunya depa yang kelas hujung nilah yang suka tolong cikgu, senang bagi arahan. Kalau xdak depa ni, xmeriah hari sukan sekolah.. nak harap geng kelas depan, xdenye nak bersorak bagai.. tapi, tulah, sis dulu xnampak benda-benda camni, skang baru boleh nampak... TERIMA KASIH kepada korang yang kelas hujung..
So, sambungan cite sis td, sis bangga kan sis budak pandai (orang cakap, sis xcakap), sis salu pandang rendah budak kelas hujung, law ada 5 kelas, kelas no 4 & 5 tu adalah kelas yang paling sis xsuke... mcm, nt bila dewasa, korang nk kerja apa lah, sbb korang ni bodoh.. tapi masa tu sis xsedar bahawa rezeki tu Allah yang bagi, Maaf ye korang.. skang ni, kelas depan ke, belakang ke, sume keje elok, rezeki masing-masing. Masa interview, xde pun tanya:
"AWAK KELAS DEPAN KE KELAS BELAKANG?"
Kemudian, masa tahun 2007, sis tingkatan 5.. awal tahun buka sekolah kan.. sis terus ke papan kenyataan yang menunjukkan senarai nama pelajar dan kelas. Sis cari nama sis dalam senarai nama kelas no.2. TAK ADA. So, sis macam gabra la, awat xdak kan.. cari punya cari..
Rupanya nama sis dalam senarai kelas no.4.
Sis turun kelas
Masa tingkatan 4, sis kelas no 2.. bila tingkatan 5, kelas no.4. Sekolah sis ada 5 kelas ja.. dan sis kelas no 4/5. Jadi paham-paham la ye...
Masa tu tamparan hebat bagi sis. Sis fikir macam-macam, contohnya:
- Alamak, dok 1 kelas dgn budak-budak bodoh pulak
- Nanti cikgu benci
- Mesti budak kelas depan xsuke aku
- Mesti budak kelas depan pandang rendah kat aku
- Mesti budak kelas depan cakap aku bodoh
Masa tu, sis rasa maruah sis jatuh gedebok, bergolek-golek atas lantai, dan rasa xnak pi sekolah sebab malu jadi budak kelas hujung.
Sis menangis, siap kol mama lagi, cakap xnak dok kelas tu.. turun kelas, dulu kelas 2, skang kelas 4.. tu kelas budak bodoh.
Mama kol mak cik. Masa tu mak cik kerja kat PPD (Pejabat Pendidikan Daerah). Mak cik kol kaunselor.
Kaunselor panggil.
Kaunselor: Aqeela tak suka duduk kelas tu ke?
Sis: Tak suka. Kelas hujung
Kaunselor: Jadi, Aqeela nak masuk kelas depan, kelas 2?
Sis senyap. Berfikir.
Kaunselor: Pasti?
Masa tu, buat pertama kali dalam hidup sis, sis berfikir dan buat keputusan yang matang, dan sis sedar, bukan semua yang duduk kelas hujung bodoh dan suka dilabel bodoh. Mereka tak minta untuk berada di situ, macam sis. Sis je yang anggap dorang bodoh.
Sis fikir,
Walau duk kelas depan atau hujung, kalau kita usaha, pasti berjaya. Kedudukan kelas xpenting, yang penting diri sendiri yang berusaha.
Sis jawab kat kaunselor.
Sis: X ape la cikgu. Saya xnak tukar. Duduk kelas mana xpenting. Kalau berusaha, pasti berjaya jugak. Tak perlu tukar kelas.
Mula dari situ sampai skang, sis dah xpandang rendah dengan kelas hujung. Bagi sis sama ja dan sis bangga taw bila markah sis lebih tinggi dari budak kelas depan. Budak kelas depan cemburu. Dorang fitnah sis meniru dalam exams. Sis sedih, tapi dalam masa yang sama bangga sebab dorang cemburu.
Sis suka sebab sis dah buktikan BUDAK KELAS HUJUNG TAK BODOH OK!!
Masa TRIAL SPM, sis dapat 4A, dan budak kelas depan pandang-pandang dan sis dengar dorang ngumpat dalam toilet,
"Kila meniru exam la tu.. law x, xkan dapat 4A"
Masa dapat result SPM, sis dapat 4A gak. Tapi sis puas hati sebab ade budak kelas depan dpt 1A, 2A dan ada yang xdpt A langsung. Dorang terkejut sis dapat 4A dan Mama sis belanja KFC hari tu.. Sis bangga ok dgn 4A tu.. bersyukur sgt.. sbb SIS KAN BUDAK KELAS HUJUNG..
Sekarang sume dah keje elok. Alhamdulillah.
Tak kira la duk kelas mana, yang penting usaha. Status kelas tu xpenting pun....
Skang, sis lebih suka bercakap dengan budak hujung, bagi nasihat dan motivasi.. (Mama cikgu sekolah menengah., dan sis salu jugak ikot Mama ke sekolah.. dan sis jupa budak-budak kat sana)
Bila borak dengan dorang, dorang salu cakap,
"Kite kelas hujung, xpandai, ada cakap kite bodo"..
Sis pesan, awak kelas hujung, xbermakna awak bodoh yang penting awak usaha, kejayaan pasti akan datang., cepat atau lambat. Pekakkan telinga, dan buktikan awak boleh berjaya!
Jadi turning point sis adalah semasa sis berumur 17 tahun, tahun 2007...
Ok, tu je bebelan hari ni.
Terima kasih
Assalamualaikum
Friday, 13 July 2018
ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (KEPUTUSAN PEPERIKSAAN)
Assalamualaikum,
Ni post pertama dalam bulan Julai ni.
Ok, berkenaan ROAD TO BE CIVIL SERVANTS ni, sis ada beberapa post sebelum ni. Boleh baca:
Ni post pertama dalam bulan Julai ni.
Ok, berkenaan ROAD TO BE CIVIL SERVANTS ni, sis ada beberapa post sebelum ni. Boleh baca:
- ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
- ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (SIRI PTM)
- ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM)
Base pada cerita no (3) di atas, hari ini, 13 Julai 2018, keputusan peperiksaan telah keluar.
Guess what??
TADAAAAAA!!!!!
Sis LULUS OK!!
Sis lulus!!
Bersyukur sangat.. Alhamdulillah Ya Allah.
Sis risau sgt.. kot la xlulus.. dah jawab exam pun cam apa dah.. rasa macam miracle pun ade.
Syukur sgt!!!
So, sekarang ni, sis tunggu surat pengesahan, telah disahkan dalam perkhidmatan.
Alhamdulillah..
Cane nak tahu kita dah cukup syarat utk disahkan dalam perkhidmatan?
- Lulusan tapisan keselamatan (tapisan halus atau kasar, depends pada jawatan yang dipegang)
- Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya
- Lulus peperiksaan perkhidmatan awam (Macam saya ni)
Itu je syaratnya.. dah penuhi semua, hantar dokumen yang berkenaan kepada unit Sumber Manusia masing-masing utk diproses, dan tunggu surat pengesahan.
Insha Allah.
Ok, tu je, share berita baik kan.
Assalamualaikum.
Thursday, 21 June 2018
AIDILFITRI 2018
Assalamualaikum,
Hari ini 21/06/2018, bersamaan 07 Syawal. Rasanya xterlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
Tahun ni pun sis raya single lagi. Tak tahu bila la nak jumpa jodoh. Harap tahun depan sis beraya dapat beraya dengan suami nanti. Semoga ada jodoh sis nanti. Kalo xde, nampaknya beraya single lagi la tahun depan. But, it's okay, sis ada family lagi, i got my parents, my sisters and a brother. Cuma xde pasangan hidup je. Doakan sis jumpa jodoh nanti, so sis boleh beraya dengan suami tahun depan.
Ok, itu jelah bebelan hari ni.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Wednesday, 16 May 2018
RAMADHAN 2018
Assalamualaikum,
Sis nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam.
Selalunya, kita kalut dengan azam tahun baru je kan? Macam mana dengan azam Ramadhan? Why not kita set up azam Ramadhan juga sebab bukan selalu jumpa Ramadhan ni. Ramadhan bulan penuh keberkatan.
Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat kita.
Dalam bulan Ramadhan nilah kita boleh muhasabah diri kita dan kita sedar bahawa Allah SWT itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana amal ibadat di bulan Ramadhan kita akan digandakan, doa-doa akan dimakbulkan, dosa-dosa digugurkan dan DOSA KITA TIDAK AKAN DIGANDAKAN!
Allah menggandakan PAHALA amalan kita, tapi tidak menggandakan dosa kita. Masya Allah.. betapa Allah menyanyangi kita semua dengan memberi peluang kepada kita sebaik mungkin untuk melakukan amal ibadat dan mengumpul pahala agar mampu membantu kita di hari akhirat kelak! Agar timbangan Pahala kita lebih berat berbanding Dosa.
Jadi, rebutlah peluang ini untuk melakukan ibadat sebaik mungkin, dan berdoalah semoga kita akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.
Sekian, terima kasih!

Tuesday, 15 May 2018
ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM)
Assalamualaikum,
Malam ni, sis nak share tentang Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Macam yang sis pernah share, untuk jadi penjawat awam yang sah, perlulah disahkan dalam perkhidmatan dan peperiksaan ini adalah wajib dan WAJIB LULUS. Kalau x amik exam atau gagal, maka xsah dalam jawatan. Jadi, exam ni, sangat penting.
Boleh tengok post sebelum ni:
So, pada 14.05.2018, sis telah menduduki peperiksaan ini buat kali pertama. Semoga yang first and last la kan. Sis kalo boleh xmahu exam dah... serius letih tangan dan jari. So, macam mana nak amik exam ni? Boleh tibai main masuk cam tu je ke??
NO... NO OK!. Ada caranya. So, caranya adalah:
1. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
* Ok, macam UPSR, PMR/PT3, SPM dan STPM serta exam lain, kita perlu daftar dulu. So, korang perlu daftar di laman web JPA di di sini- (https://kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/). So, lepas register, tunggu je masa untuk exam. 1 minggu sebelum exam, korang boleh print slip peperiksaan dan dibawa pada hari peperiksaan.
2. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
* So, sebagai persediaan, apa yang anda perlu buat?
Ok, kalau anda cetak sendiri seperti yang saya buat tu, syaratnya:
Malam ni, sis nak share tentang Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Macam yang sis pernah share, untuk jadi penjawat awam yang sah, perlulah disahkan dalam perkhidmatan dan peperiksaan ini adalah wajib dan WAJIB LULUS. Kalau x amik exam atau gagal, maka xsah dalam jawatan. Jadi, exam ni, sangat penting.
Boleh tengok post sebelum ni:
- ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
- ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (SIRI PTM)
So, pada 14.05.2018, sis telah menduduki peperiksaan ini buat kali pertama. Semoga yang first and last la kan. Sis kalo boleh xmahu exam dah... serius letih tangan dan jari. So, macam mana nak amik exam ni? Boleh tibai main masuk cam tu je ke??
NO... NO OK!. Ada caranya. So, caranya adalah:
1. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
* Ok, macam UPSR, PMR/PT3, SPM dan STPM serta exam lain, kita perlu daftar dulu. So, korang perlu daftar di laman web JPA di di sini- (https://kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/). So, lepas register, tunggu je masa untuk exam. 1 minggu sebelum exam, korang boleh print slip peperiksaan dan dibawa pada hari peperiksaan.
2. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
* So, sebagai persediaan, apa yang anda perlu buat?
- Print sukatan peperiksaan di laman web kompetensi JPA tu.
- Cari buku yang sesuai berdasarkan sukatan (Jap lagi sis share kat bawah ye)
- Tagging buku ikut sukatan, sebab kalo xtagging, habeslah kau dik! Kelam kabut nanti dalam dewan exam tu nak cari jawapan. Oh ya, exam ni, open book ok!
- Baca sekali imbas la buku-buku tu sikit. So, by the time u exams, u know the tajuk yang perlu dicari.
- Yang ni PALING PENTING ----> Please pastikan jari, tangan & lengan yang kuat. Soalan esei yang memerlukan anda semua banyak menulis! Sapa pernah amik STPM dulu? Ingat x betapa rushing untuk jawab soalan? Macam tu la juga exam ni, dan DOUBLE STRESS (Nanti anda tahu la nanti)
- Kalau ada kemusykilan berkenaan bahan yang boleh dibawa ke dalam dewan exam, boleh call JPA terus. Jangan percaya sangat apa-apa yang dicakapkan dalam group Whatsapp/ Wechat/ Facebook etc. Kenapa? Sebab nanti macam-macam versi yang akan dicakapkan dalam tu.. So, better call JPA, sumber yang sahih!
- Soalan PAST YEAR? Yang terbaru tak ada.. sebab buku soalan akan dikutip. Tapi, soalan yang tahun dulu-dulu ada.. boleh google. Boleh dirujuk sebab, soalan lebih kurang sama je!
3. MENJELANG PEPERIKSAAN
* Menjelang peperiksaan, satu minggu sebelum exam, pastikan:
- Anda print Slip Exam
- Pastikan pusat peperiksaan, tak ada lah kalut cari kan!
- Pastikan semua bahan rujukan ada, sama ada pinjam, beli atau dicetak
- Pastikan bahan rujukan di'tagging' seeloknya bagi memudahkan anda mencari tajuk yang sesuai semasa menjawab soalan
- Pastikan membawa alat tulis yang bersesuaian (hanya PEN BIRU ATAU HITAM sahaja dibenarkan)
4. HARI PEPERIKSAAN
* Pada hari peperiksaan:
- PENTING!! Bawa slip exam dan IC
- PENTING!! Bawa bahan rujukan. Bahan rujukan tak boleh kongsi ye! Make sure ada sorang satu.. jangan pandai-pandai nak pinjam dengan kawan sebelah!
- PENTING!! Bawa alat tulis
- PENTING!! Sampai awal di pusat peperiksaan supaya anda tak kelam kabut!
- PENTING!! Berpakaian pejabat
- PENTING!! Dengar arahan pengawas peperiksaan dan DILARANG MENIRU. Kalau kantoi, anda mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja
- Kalau jenis tak tahan lapar, make sure makan dulu pagi tu
- Jawab sebaik mungkin dan Tawakkal!
5. BAHAN RUJUKAN
* Bahan rujukan adalah seperti berikut:
| Wajib ada! |
| Wajib ada! |
| Wajib ada! |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan atau anda boleh cari buku Undang-undang Umum |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan atau anda boleh cari buku Undang-undang Umum |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan atau anda boleh cari buku Undang-undang Umum. Yang ni yang dicetak sendiri. |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. |
| Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. |
Ok, kalau anda cetak sendiri seperti yang saya buat tu, syaratnya:
- Anda perlu mencetak bahan rujukan dari laman web yang yang sepatutnya.
- Bahan rujukan bukan dalam bentuk nota/ slide/ nota buatan sendiri
- Bahan rujukan adalah 100% asli
- Chop jabatan dan nama tu, TAK PERLU PUN. Ni gara-gara perbincangan group Whatsapp dan sis berkalut-kalut pi ofis dan chop. Dan ianya, PAGI PEPERIKSAAN! Memang rushing sangat! So, sebab tu, sis nasihatkan, call JPA terus, jangan dengar sangat dalam group-group korang tu!
- Bahan rujukan yang dicetak perlu dibukukan atau 'binding'
6. SUKATAN PEPERIKSAAN
* Masa sis, sukatan peperiksaan adalah seperti berikut:
* Disebabkan sis gred N29, jadi hanya daftar untuk 2 bahagian sahaja, Bahagian A dan Bahagian B. Kalau gred lain, mungkin ada Bahagian lain dan peperiksaan khusus.., so, check baik-baik kat laman web JPA.
7. SOALAN PEPERIKSAAN
- Soalan peperiksaan adalah study case. Anda kena faham kes dan jawab soalan berdasarkan kes.
- Contoh 1:
- Encik Nizam merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital awam. Beliau ingin bertukar menjadi pensyarah di sebuah IPTA. (Lepas tu, ada lagi la cerita dia, sis dah lupa).
- a) Bolehkah En.Nizam bertukar dari pegawai perubatan kepada pensyarah? (Ok, soalan ni sebenarnya sis lupa, tapi sis try tulis jugak)
- b) Pada 3 November 2017, En. Nizam ingin menarik balik surat perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 30 Oktober 2017. Bolehkan En.Nizam berbuat sedemikian
- c) Bolehkan seseorang yang meletak jawatan kembali semula untuk bekerja dengan perkhidamatan awam?
- Contoh 2:
- Puan Salmiah merupakan pegawai pendidikan gred DG48. Beliau telah menghadiri temuduga bagi kenaikan pangkat tanpa pengetuan pihak sekolah dan ketua jabatan. Beliau telah berjaya dan dikehendaki melapor diri pada XX Julai XXXX. Namun begitu tidak dipersetujui oleh ketua jabatannya. (Ada lagi cerita, tapi lupa, tulis setakat yang mampu)
- a) Bolehkan ketua jabatan Puan Salmiah berhak menolak keputusan tersebut?
- Soalan lain dah xingat!
- Ada juga soalan direct.
- Contoh 3:
- Jelaskan prosedur pengurusan fail
- Berikan maksud berikut:
- Kenaikan pangkat
- Memangku kerja
- Tanggung kerja
- Apakah yang dimaksudkan dengan perkara berikut:
- Kesamarataan
- Kebebasan diri
8. TIPS PEPERIKSAAN
- Tagging bahan rujukan dengan baik
- PENTING!! Semasa menjawab, perlulah tulis, "Merujuk kepada akta...... menyatakan bahawa..." atau "Kes ini boleh dirujuk di Bahagian.... akta... Perkara...."
- Menegaskan kembali jawapan anda!
- Contoh: Berdasarkan akta yang diterangkan, jelaslah bahawa, Puan Salmiah tidak boleh melapor diri di tempat baru kerana beliau telah melanggar akta tersebut dengan tidak mendapatkan keizinan ketua jabatannya.
Ok, rasanya setakat ni lah dulu perkongsian bagi episod peperiksaan.
Sis harap sis lulus dengan jayanya. Kalau xlulus, terpaksa repeat lagi.. tapi, Insha Allah lulus. Amin..
Sekian, terima kasih!
Tuesday, 17 April 2018
BE GOOD TO OTHERS
Assalamualaikum.
Sis xtahu nak tulis apa sebenarnya tapi sis rasa nak menulis.
Sebenarnya sis rasa kosong. Sekosong-kosongnya. Sis pergi kerja, balik kerja, dengar lagu.. tu je. Well, adalah jumpa kawan-kawan, borak-borak. Tapi end up, terasa kosong. Lost, xde arah tuju. Cuma sis tahu malam tido, esok bangun pergi kerja, wat kerja sikit, membawang sikit, tup tup dah pukul 5 petang, sis balik. Kat umah, sis buka lagu, menyanyi, layan FB, Instagram dan tido.
Tapi, jujur la kan, FB & Insta sis tak menarik pun. So, xada apa yang boleh ditunjukkan.
Kenapa agaknya sis rasa macam tu? Hidup single memang camtu ke? Atau sis je yang rasa camtu? Kalo sis nak gelak kan, sis buka lah you tube, layan JKK kampung kalut tu.. boleh la tergelak sorang gak kan, dari xada apa-apa.
Kadang-kadang sis fikir, macam mana hidup berumah tangga? Ada x orang yang boleh cerita kat sis how are the marriage life?
Dan kadang-kadang terfikir, macam mana orang yang hidup single like forever tu? Apa mereka buat supaya hati tu terisi dengan something?
Time belajar dulu semua nampak mudah. Tapi, bila dah hadapi sendiri, sakit tu Allah je yang tahu.
Tapi, itulah kehidupan. Ada senang, ada susah. Macam-macam dugaan. Setiap orang dugaan tu lain-lain, macam-macam yang terfikir logik akal pun ada. Tapi, itulah cara untuk Allah uji kita kan? Allah tak akan uji hambanya melebihi kebolehan hambanya sendiri. Maknanya, walau seberat mana ujian, kita pasti boleh hanrunginya, yang penting kita percaya dengan Allah SWT.
Bunyi macam budak baik kan sis ni? Sis xdelah baik pun, biasa ja. Tapi sis berusaha untuk jadi seorang yang baik dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Bila kita ikhlas, niat kita baik, kebaikan akan sentiasa bersama kita dan sebaliknya.
Kadang-kadang, apa yang kita buat orang tak hargai, tapi jangan pernah berhenti, sebab walau orang tak nampak, tapi Allah tahu dan Allah menghargai kebaikan kita. Mungkin kita akan diberi balasan dalam bentuk yang lain. Contoh, anak yang soleh, pandai dan tahu hormat orang tua. Kita sentiasa dimurahkan rezeki, walau di mana kita pergi, sentiasa ada rezeki.
Jadi, susah ke nak buat baik dengan orang? Kalau susah, cuba berbuat baik. Semuanya bermula dengan senyuman. Dengan senyum itu, hati yang panas pun boleh sejuk. (Jangan senyum sinis pulak ye, makin sakit hati pulak nanti).
Selain senyum, jangan lokek dengan ucapan terima kasih. Sentiasa ucapkan terima kasih. Kalau perlu bantuan, boleh mulakan dengan perkataan tolong, dan diakhiri dengan terima kasih. Jadikan sebagi satu habit bagi kita, dan it will come naturally.
Okey, setakat nilah nk bebel.
TQ

Subscribe to:
Posts (Atom)