Tuesday 15 May 2018

ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM)

Assalamualaikum,

Malam ni, sis nak share tentang Peperiksaan Perkhidmatan Awam. Macam yang sis pernah share, untuk jadi penjawat awam yang sah, perlulah disahkan dalam perkhidmatan dan peperiksaan ini adalah wajib dan WAJIB LULUS. Kalau x amik exam atau gagal, maka xsah dalam jawatan. Jadi, exam ni, sangat penting.

Boleh tengok post sebelum ni:


So, pada 14.05.2018, sis telah menduduki peperiksaan ini buat kali pertama. Semoga yang first and last la kan. Sis kalo boleh xmahu exam dah... serius letih tangan dan jari. So, macam mana nak amik exam ni? Boleh tibai main masuk cam tu je ke??

NO... NO OK!. Ada caranya. So, caranya adalah:

1. PENDAFTARAN PEPERIKSAAN
* Ok, macam UPSR, PMR/PT3, SPM dan STPM serta exam lain, kita perlu daftar dulu. So, korang perlu daftar di laman web JPA  di di sini- (https://kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/). So, lepas register, tunggu je masa untuk exam. 1 minggu sebelum exam, korang boleh print slip peperiksaan dan dibawa pada hari peperiksaan.

2. PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
* So, sebagai persediaan, apa yang anda perlu buat?

  • Print sukatan peperiksaan di laman web kompetensi JPA tu. 
  • Cari buku yang sesuai berdasarkan sukatan (Jap lagi sis share kat bawah ye)
  • Tagging buku ikut sukatan, sebab kalo xtagging, habeslah kau dik! Kelam kabut nanti dalam dewan exam tu nak cari jawapan. Oh ya, exam ni, open book ok!
  • Baca sekali imbas la buku-buku tu sikit. So, by the time u exams, u know the tajuk yang perlu dicari.
  • Yang ni PALING PENTING ----> Please pastikan jari, tangan & lengan yang kuat. Soalan esei yang memerlukan anda semua banyak menulis! Sapa pernah amik STPM dulu? Ingat x betapa rushing untuk jawab soalan? Macam tu la juga exam ni, dan DOUBLE STRESS (Nanti anda tahu la nanti)
  • Kalau ada kemusykilan berkenaan bahan yang boleh dibawa ke dalam dewan exam, boleh call JPA terus. Jangan percaya sangat apa-apa yang dicakapkan dalam group Whatsapp/ Wechat/ Facebook etc. Kenapa? Sebab nanti macam-macam versi yang akan dicakapkan dalam tu.. So, better call JPA, sumber yang sahih!
  • Soalan PAST YEAR? Yang terbaru tak ada.. sebab buku soalan akan dikutip. Tapi, soalan yang tahun dulu-dulu ada.. boleh google. Boleh dirujuk sebab, soalan lebih kurang sama je!
3. MENJELANG PEPERIKSAAN
* Menjelang peperiksaan, satu minggu sebelum exam, pastikan: 
  • Anda print Slip Exam
  • Pastikan pusat peperiksaan, tak ada lah kalut cari kan!
  • Pastikan semua bahan rujukan ada, sama ada pinjam, beli atau dicetak
  • Pastikan bahan rujukan di'tagging' seeloknya bagi memudahkan anda mencari tajuk yang sesuai semasa menjawab soalan
  • Pastikan membawa alat tulis yang bersesuaian (hanya PEN BIRU ATAU HITAM sahaja dibenarkan)
4. HARI PEPERIKSAAN
* Pada hari peperiksaan:
  • PENTING!! Bawa slip exam dan IC
  • PENTING!! Bawa bahan rujukan. Bahan rujukan tak boleh kongsi ye! Make sure ada sorang satu.. jangan pandai-pandai nak pinjam dengan kawan sebelah!
  • PENTING!! Bawa alat tulis
  • PENTING!! Sampai awal di pusat peperiksaan supaya anda tak kelam kabut!
  • PENTING!! Berpakaian pejabat
  • PENTING!! Dengar arahan pengawas peperiksaan dan DILARANG MENIRU. Kalau kantoi, anda mungkin akan dikenakan tindakan tatatertib dan dibuang kerja
  • Kalau jenis tak tahan lapar, make sure makan dulu pagi tu
  • Jawab sebaik mungkin dan Tawakkal!
5. BAHAN RUJUKAN
* Bahan rujukan adalah seperti berikut:


Wajib ada!
Wajib ada!



Wajib ada!

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan atau anda boleh cari buku Undang-undang Umum

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan atau anda boleh cari buku Undang-undang Umum

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan atau anda boleh cari buku Undang-undang Umum. Yang ni yang dicetak sendiri. 

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. 

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri.

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri.

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. 

Tak wajib, bergantung kepada sukatan peperiksaan. Yang ni yang dicetak sendiri. 

Ok, kalau anda cetak sendiri seperti yang saya buat tu, syaratnya:

  • Anda perlu mencetak bahan rujukan dari laman web yang yang sepatutnya. 
  • Bahan rujukan bukan dalam bentuk nota/ slide/ nota buatan sendiri
  • Bahan rujukan adalah 100% asli
  • Chop jabatan dan nama tu, TAK PERLU PUN. Ni gara-gara perbincangan group Whatsapp dan sis berkalut-kalut pi ofis dan chop. Dan ianya, PAGI PEPERIKSAAN! Memang rushing sangat! So, sebab tu, sis nasihatkan, call JPA terus, jangan dengar sangat dalam group-group korang tu!
  • Bahan rujukan yang dicetak perlu dibukukan atau 'binding'
6. SUKATAN PEPERIKSAAN
* Masa sis, sukatan peperiksaan adalah seperti berikut:
* Disebabkan sis gred N29, jadi hanya daftar untuk 2 bahagian sahaja, Bahagian A dan Bahagian B. Kalau gred lain, mungkin ada Bahagian lain dan peperiksaan khusus.., so, check baik-baik kat laman web JPA.






7. SOALAN PEPERIKSAAN
  • Soalan peperiksaan adalah study case. Anda kena faham kes dan jawab soalan berdasarkan kes. 
  • Contoh 1:
    • Encik Nizam merupakan pegawai perubatan di sebuah hospital awam. Beliau ingin bertukar menjadi pensyarah di sebuah IPTA. (Lepas tu, ada lagi la cerita dia, sis dah lupa). 
      • a) Bolehkah En.Nizam bertukar dari pegawai perubatan kepada pensyarah? (Ok, soalan ni sebenarnya sis lupa, tapi sis try tulis jugak)
      • b) Pada 3 November 2017, En. Nizam ingin menarik balik surat perletakan jawatan yang berkuatkuasa pada 30 Oktober 2017. Bolehkan En.Nizam berbuat sedemikian
      • c) Bolehkan seseorang yang meletak jawatan kembali semula untuk bekerja dengan perkhidamatan awam?
  • Contoh 2:
    • Puan Salmiah merupakan pegawai pendidikan gred DG48. Beliau telah menghadiri temuduga bagi kenaikan pangkat tanpa pengetuan pihak sekolah dan ketua jabatan. Beliau telah berjaya dan dikehendaki melapor diri pada XX Julai XXXX. Namun begitu tidak dipersetujui oleh ketua jabatannya. (Ada lagi cerita, tapi lupa, tulis setakat yang mampu)
      • a) Bolehkan ketua jabatan Puan Salmiah berhak menolak keputusan tersebut?
      • Soalan lain dah xingat!
  • Ada juga soalan direct.
  • Contoh 3:
    • Jelaskan prosedur pengurusan fail
    • Berikan maksud berikut:
      • Kenaikan pangkat
      • Memangku kerja
      • Tanggung kerja
    • Apakah yang dimaksudkan dengan perkara berikut:
      • Kesamarataan
      • Kebebasan diri
8. TIPS PEPERIKSAAN
  • Tagging bahan rujukan dengan baik
  • PENTING!! Semasa menjawab, perlulah tulis, "Merujuk kepada akta...... menyatakan bahawa..." atau "Kes ini boleh dirujuk di Bahagian.... akta... Perkara...."
  • Menegaskan kembali jawapan anda!
    • Contoh: Berdasarkan akta yang diterangkan, jelaslah bahawa, Puan Salmiah tidak boleh melapor diri di tempat baru kerana beliau telah melanggar akta tersebut dengan tidak mendapatkan keizinan ketua jabatannya.
Ok, rasanya setakat ni lah dulu perkongsian bagi episod peperiksaan. 

Sis harap sis lulus dengan jayanya. Kalau xlulus, terpaksa repeat lagi.. tapi, Insha Allah lulus. Amin..

Sekian, terima kasih!

4 comments:

  1. MANA NAK CARI BUKU UNDANG2 TU SEMUA YA ? WADUH

    ReplyDelete
  2. Hai nak tanya ade tak buku arahan keselamatan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. email sy mohdizmeer82@gmail.com , RM30 satu set

      Delete
  3. Nak tanya buku rujukan boleh conteng ke tak?..semoga dapat maklum balas dari admin..boleh balas di emel sy nurulfasihah93.nf@gmail.com..terima kasih

    ReplyDelete