Monday, 15 April 2019

ANAK DARA TUA

Assalamualaikum

Hari ni Isnin, 15 April 2019.

Sis amik cuti, sis penat sangat dalam 2 minggu ni, rasa macam xde rehat langsung. Xde masa untuk santai-santai. So, hari ni sis amik keputusan untuk releks, duk umah, tgk tv, lyn internet dan tulis blog ni sikit.

Hari ni, nak tulis pasal anak dara tua A.K.A andartu.

Anak dara tua ni pada pandangan sis la kan, merujuk kepada seseorang perempuan yang berusia 28 tahun dan ke atas, tetapi masih lagi belum berkahwin atas beberapa faktor. Contohnya, terlalu sibuk bekerja sehingga xde masa nk cari jodoh atau mempunyai pangkat yang terlalu tinggi sehingga menakutkan lelaki-lelaki untuk berkenalan.

Sis pun sebenarnya dah termasuk dalam golongan andartu ni. Umur sis tahun ni dah 29. Law ikotkan, patutnye dah ade anak 2 orang dah. Tapi tu lah.. sis ni xkawen lagi.

Sebenarnya, sis terfikir gak kenapa sis ni xkawen lagi? Sis yakin sis ada rupa, ada kerja yang bagus, berkeyakinan, pandai jaga diri dll, yang pada fikiran sis, mampu menarik perhatian lelaki. Tapi, entah kenapa sis xmampu menarik perhatian laki-laki.

Rupanya, bila sis kenal dengan FH (Future husband) sis, baru sis tahu, sis ni memilih. Bila orang ckp sis memilih, sis marah dan mati-mati cakap sis ni xmemilih.

Bila fikir balik, yes, sis memilih.

Sis ada degree dan kerja yang elok. Syarat nak jadi suami sis, mestilah seorang yang stabil kewangan, stabil pekerjaan, punya rupa paras yang sedap mata memandang dan seorang yang mampu membanggakan mama sis. Pendek kata, orang tu mampu memberi keselesaan dan kesenangan kpd sis dan sis xperlu bersusah payah dengan dia. Semua telah disediakan kepada sis. Bagi sis itulah ciri-ciri suami yang ideal.

So, everytime ade lelaki yang nk kenal sis dulu, jika xmemenuhi syarat atau sis fikir dia xmampu untuk memenuhi syarat tersebut, sis tolak mentah-mentah dengan berlagaknya. Masa tu, sis pandang rendah pada orang yang xade apa-apa. Bagi sis, dorang ni, xlayak dgn sis yang bijak, ada rupa ni.

Berlagak kan?

Dan, bila semakin dewasa, bila sis kenal FH sis, bila sis memandang rakan-rakan sekeliling.. sis seakan tersedar dari satu mimpi yang panjang. Mana ada orang bujang yang punya segalanya? Mane ada orang bujang yang punya kestabilan yang tinggi? Melainkan suami-suami orang yang punya isteri disampingnya untuk membantu mereka dan akhirnya, mereka punya rumah, kereta, perabut dll yang menjadi idaman wanita.

So, sis fikir, memilih untuk hidup selesa dengan seorang lelaki yang telah punya segalanya, sis bukan masuk dan membina kehidupan dengan lelaki itu, tetapi sis menumpang kesenangan dan maintain kesenangan tersebut.

Sis xmahu begitu. Sis mahu membina kehidupan. Macam bina rumah. Mula2, kene ada tapak, kene ada plan, pastu, korek tanah nak bina tiang, sehinggalah terbinanya sebuah rumah yang selesa. Dalam rumah tu di isi dengan keindahan-keindahan mengikut keperluan kita. Di situlah kehidupan kita.

Sis xmahu masuk ke rumah yang telah sedia siap kerana di situ kita akan jadi manusia yang kurang menghargai kesusahan orang lain. Tapi, jika kita bina sendiri, kita akan lebih menghargai diri sendiri dan pasangan kita.

Sis seakan menemui jawapan dalam pencarian sis, kenapa sis xjupe jodoh.. Sis dah temui jawapan. Allah seakan menghantar pentunjuk dan sis perlu fikirkan sendiri, dan buat pilihan.

Sis juga memandang orang sekeliling sis, rakan-rakan sis yang juga andartu. Mereka mula berkira-kira untuk menerima suami orang, sanggup menjadi isteri no2, sanggup bermadu jika isteri pertama bersetuju. Ya Allah.. sis xsanggup.. sis xsanggup menumpang di rumah yang telah siap segalanya.

Sebab apa?

Sebab, suami orang telah punya kehidupan yang stabil yang diingini dan diidam oleh semua wanita. Berapa kerat wanita yang mahu hidup susah dahulu? dengan keadaan sekarang? TAK RAMAI.

Sis baca page2 blog pengakuan, berapa ramai wanita yang menjalin hubungan dengan suami orang. Alasan, lelaki tersebut punya ciri-ciri idaman mereka. YA, siapa yang xnak lelaki yang kerja stabil, hebat, punya wang ribu riban, punya kereta H, even Proton sekalipun, it's OK., punya simpanan tetap, pandai melayan kemanjaan gadis-gadis? Berapa ramai lelaki bujang yang sebegitu? Berapa ramai suami orang yang sebegitu? Fikir-fikirkan...

Dan sis juga bersyukur di temukan seorang bujang walaupun usianya 5 tahun lebih muda dari sis. Tapi, pemikirsnnya 5 tahun lagi tua dari sis.

Akhir kata, menjadi andartu bukan salah takdir, tetapi salah kita sendiri yang terlalu mengejar kesempurnaan kehidupan.

Sis nk gerak lu.

Assalamualaikum.

Sunday, 31 March 2019

DIA

Assalamualaikum..

Ni post pertama untuk tahun 2019.

Dah lama sis xupdate blog ni, since Aug 2018 lagi kan.. wow, almost 7 months la jugak kan.

Bukan apa, xde topik yang nk dikongsikan di sini.

Well, sis rasa sis dah jumpa orang yang tepat untuk sis. Guess what? Sis kenal dia since Aug la.. tu pasal x update blog. Masa sis banyak dihabeskan bermesej2 dengan dia.

Hurm, well, of course sis xkawen lagi dengan dia, but, we will. We will get married as soon as possible. He can't wait to be my husband and I also can't wait to be his wife.

Cakap pasal dia kan.. Hurm, betol la.. Orang cakap jodoh kita ni bukan orang yang kita suka.

Bukan sis xsuka dia.. sis suka sangat dengan dia ni. Tapi, ade beberapa ciri (secara material dan fizikal) tidak menepati citarasa sis. Hurm.., tapi he has such a big heart, that melts me away...

Dia gemuk (Gemuk la jugak). Tak hensem sangat. Tidak punya apa-apa, melainkan sebiji motor. Yatim piatu. Have step sister and brothers. Ada bapa tiri dan bapa tiri dia kawen lain after kemtian ibu dia. Dan beberapa lagi. Low education. Keje tukang masak. So, not glemer kan..

At first, all those thing sangat bother me. Sis cuba tolak die. Sis cuba menafikan perasaan sis pada dia. Sis fikirkan semua ketidaksempurnaan die tu, sis cari satu alasan kukuh untuk tolak die, utk tawarkan hati sis pada die.

Dan, ternyata sis tak berjaya. Sis tak mampu untuk membenci dia. Sis amat terpikat dengan personaliti dia, hati dia, pemikiran dia.

Benarlah, Allah swt tak akan memberikan kita seseorang yang sempurna untuk kita. Hadirnya dia dengan serba kekurangan tetapi kaya dengan hati yang ikhlas.

Dia tidak sempurna dari segi material, tetapi bagi sis dia sempurna dari segi personaliti. Pelik tapi benar. Setiap personaliti yang sis impikan dalam seorang lelaki, ada pada dia.

Dengan serba kekurangan, dia berusaha untuk adik-adik dia. Cuba memenuhi keperluan adik2 dengan susah payah. Memahami sis. Bertanggungjawab. Baik. Selalu mengalah.

Dan, yang paling sis suka pasal dia, he is a family-man type. Sis borak dengan adik dia. Dan sis dapat lihat dia dalam diri adik dia. Terasa kasih sayang dia kpd adik2. Mcm, My brother is my hero.

Dan, sis rasa bersyukur sangat dapat mengenali dia. Dan, Ya, sis sangat menyayangi lelaki ini.

Dan, selalunye sis tengok dalam cite je,

"SAYA TAK DAPAT HIDUP TANPA AWAK"
"HIDUP SAYA TAK BERMAKNA TANPA AWAK"
"SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN HIDUP DENGAN ORANG LAIN SELAIN AWK"
"HIDUP SAYA KOSONG TANPA AWAK"

Ya, itulah yang sis rasai sekarang. Bunyi cam gedik kan? Cam la sis xde parents, adik beradik, kawan-kawan, sampai rasa camtu kan?

Ya, mereka semua ade. Tapi, berbeza dengan pasangan kita.

Sis harap, hubungan ni kekal sampai bila-bila. Dan, harapnya sis kuat dalam menempuhi dugaan mendatang. Dugaan rumah tangga, InshaAllah.

Apa yang sis taw, sis sangat ready untuk menjadi isteri kepada lelaki ini dan ibu kepada anak-anak kami. InshaAllah. Semoga sis kuat. Dan sis tahu dia juga akan kuat untuk sis.

Sekian.

Terima kasih.

I LOVE U, LOVE

Monday, 6 August 2018

LELAKI ZAMAN SEKARANG

Assalamualaikum

Ni post kedua pada hari ni.

Well, sis memang serius nak cari jodoh ni, so, sis terfikir,

"WHY NOT REGISTER LAMAN CAR JODOH, BAITULMUSLIM?"

So, sis registerlah.

Lepas register, sis godek-godek Baitulmuslim tu, tengok calon-calon..

Guess what?

Sis jumpa muka sis familiar kat situ.. dia mengaku bujang ok.

Padahal dah kahwin.

Pastu sis fikir, maybe ni zaman sebelum kawen kot.

Tgk time aktif dia..

"2 HARI YANG LALU"

Maknanya apa tu adik kakak sume?? hurrmmmm.. malas nak tulis, faham-faham la ye..

Omaigod!!

Lelaki ni punya muka baik.. tapi... memang xsangka, dalam diam.. ada cubaan gak.. hurmm..

So, sis terus xnak teruskan Baitulmuslim, macam petanda xelok ja...

Ok, cane la nak cari lelaki yang baik law cam ni gayanya...

Ok, kalau ada terbaca ni dan rasa korang baik, jujur dan serius nak kawen, pendapatan stabil, bole PM FB sis ye... mungkin anda jodoh sis.. :)

Bye, assalamualaikum...

WECHAT DAN AKU

Assalamualaikum

Hari ni nak menulis berkenaan media sosial: WECHAT


Well, wechat ni bukan my favorite pun dan mmg xsuke, especially when I heard bad stories pasal budak-budak main wechat ni kan.

But, sebab kerja, one of my officemate xpakai whatsapp.. (Well, mesti korang fikir, hidup zaman bila ni xpakai whatsapp, but believe me.. dia memang xpakai whatsapp). So, nak ke xnak, sis sebagai bos dia, kena jugak download wechat ni untuk memudahkan komunikasi. We even have Group Wechat kot... So, memang terang-terang la sis ada account wechat (What a loser)

 So, setelah donload, sis cuma buka utk group purpose je. Tak ade nak try discover pun apa kan.

Tapi, satu hari, sis nak explore Wechat, apa yang function menarik wechat ni. So, sis explore la.. terjumpa satu function ni..

"MESSAGE IN BOTTLE"

Sis macam.., apa benda ni? So, sis try.. sis tulis simple je..

"GOOD NIGHT" dan sis throw dalam laut.. (Budak wechat faham la kot)

The next day.. guess what.. belambak sis terima greetings from guys which I believe many of them are married, have kids and 30 and above...

Sis macam kejadah la dorang ni,..

Ada few types of greeting:

  1. Hi
  2. Hai
  3. I
  4. Assalamualaikum
  5. Hai Comey
  6. Hi beautiful
  7. etc
Of course sangat annoying!

Dan ada jugak yang berunsurkan lucah.. seriously, ramai yang berunsurkan lucah., nak cari kepuasan kat luar la tu.. ada jugak yang terang-terang letak gambar berunsurkan lucah.

So, sis try layan 4-5 orang yang greets sis.. of course sis xlayan yang lucah tu.. sebab mmg terang-terang kemahuan dia kan.. so, sis layan orang yang konon baik, yang bagi salam tu..

Pastu, sis pretend sis innocent and blurr..

Guess what, dorang ni pun bukan baik sangat.. saja nak cari mangsa.. ajak jumpa malam la.. pastu bila makin melayan, makin keluar la niat buruk tu. Niat nak ambik kesempatan kat perempuan. Mula tanya pelik-pelik.. teruk sungguh..

So, no wonder la budak zaman sekarang pangai mcam haram.. yang pompuan senang-senang bagi orang sondol, percaya sgt kate laki... sis yang tua ni pun almost deceived, nikan pulak bebudak.. 

Patutla budak-budak suka wechat.. Dorang chatting ngan lelaki dewasa, yang mampu menabur kata-kata manis, yang bekerja, bila jumpa, laki tu bole je beli something.. eleh takat budak apa la sgt kan.. Budak perempuan, of course akan rasa special, dan percaya.. so, no wonder la masalah sosial makin teruk sekarang ni.. sume angkara wechat.

So, my advice, to parents, jgn dok bagi anak-anak main wechat. Kepada lelaki hidung belang yang main wechat, dahla main wechat.. jgn tipu korang ni bagus sgt.. padahal niat tu nak makan luar.. anak bini kat umah korang xpeduli... 

So, tu je..

Assalamualaikum.

Wednesday, 1 August 2018

PENGAKUAN HAMPIR DITIPU

Assalamualaikum,

Hari ni nak cerita my experience dengan this man.

Ya Allah, I malu nak cerita kebodohan sendiri. Tp, for those yang terbaca, please take this as a good lesson.

I know this one guy and suddenly he asking me if I nak a serious relationship. Well, of course I nak kan, umur 28 dah.. I nak kawen, have family, ada anak.. macam kawan-kawan I. Then, he said, yes, he is serious, and I am so opened to accept him dengan harapan dia ikhlas dengan I.

So, we get to know each other and met. Seriously, I am so sincere towards him. I really wish It was him, my Mr.Right. My jodoh. My future husband and will become my husband, a father to our kids. Yes, I am 28. Apa lagi yang I nak fikir if ada seorang lelaki serious about I? I wan to build a family. Susah senang bersama. I really want to.

But, I always doubt him even he bought something what I want. Even he keep mention he is serious about me. I always doubt him.

He is a government servant. He working in uniform department (I dont want to mention), said he is 29 (2018). Used to engaged and be single since 2014. I am ok with that.

Then, my doubt becomes bigger when he ask me to help him running the his business. He ask me to make a loan RM40K. That was a big amount, with my financial crisis.. I can't afford to pay. So, he insisted, he'll pay for me. So, I xperlu kacau gaji I. I xpercaya. But he keep trying to convince me, that, this is a started since we would like to have our life together. Nak kawen kan.. So, without discuss with my family, I made my mind. I agree.

But, since I agree, I xboleh tenang. It feels something wrong. So, start ask my friend to help me investigate about him. My friend ada knl orang yang kerja sama dgn badan uniform laki ni. I minta tolong risik. At the same time, I try to find some information about him. Of course, I xjumpa apa-apa. I was so desperate to get the information. I takut I kene tipu.

So, actually, I dah ke bank, isi borang loan, push the bank officer to make it fast.

But, because of uneasy feeling, I xtaw nak ngadu kt sape. So, again, I go back to our Creator. I solat Istikarah.

I doa:

" Ya Allah, jika si polan-polan adalah jodohku, kau dekatkan hati kami, satukanlah kami, panjangkan jodoh kami, satukan kami hingga ke jinjang pelamin. Tetapi Ya Allah, jika dia berniat buruk ke atasku, kau tunjukkanlah kuasamu, berikan petunjukmu. Lindungilah aku daripada sebarang musibah dan orang berniat jahat. Aku memohon perlindungan dan pertolonganmu, aamin."

Guess what, Allah tu Maha Mendengar, Maha Pengasih dan Maha Mengetahui.

Hari ni, 1 Ogos 2018, he caught cheated on me.

Well, first, I found his IC number. Before, he give the his IC number, 89XXXX-XX-XXXX. But, what I found was 84XXXX-XX-XXXX. Guess what, he is not 29 in 2018, but 34. I boleh terima if he is 34, why perlu tipu I cakap 29? I terkejut. My doubt increase more.

Then, I cerita dekat my friend, and my friend got information. This guy actually already married twice and have kids.

So, now, I know, Allah dah jawab doa I.

So, immediately I called bank officer, cancel the loan. I was saved by my Creator, Allah SWT.

Boleh bayang x, I kene tanggung hutang RM40K for nothing if Allah xjaga I? I bersyukur sgt.

To that man, if u read this, u know who u are. Please jgn bodohkan perempuan macam u bodohkan I. Tp, ye lah I yang bodoh percaya U sbb I igt U ikhlas dengan I. I am so stupid. I ikhlas dengan u. I betul-betul nak our relationship berjaya, tapi.. u lelaki yang jahat. U tipu I, and  want to use me for your own good.

But, gladly, I dipelihara oleh Allah SWT dari lelaki macam u.

So, girls out there, please be careful. I senang je lps ni, I nak Mama I carikan jodoh. I dah xnak knl lelaki. Lelaki are so scary. Susah nak cari yang baik dan betul-betul ikhlas.

Ok, tu je.

Assalamualaikum.

Monday, 16 July 2018

KELAS HUJUNG VS KELAS DEPAN

Assalamualaikum

Hari ni tengah scroll down up facebook, ternampak tweet PU Azman seperti berikut:


So, tiba-tiba sis terimbau kenangan zaman sekolah sis dahulu. 

Sis ni termasuk golongan budak-budak kelas depan dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah kecuali semasa tingkatan 5.

Sis xde la bijak atau pandai sangat.. cuma salunya akan duduk kelas no.2, kadang-kadang markah sis lagi tinggi dari budak kelas no.1. Sis bangga diri sikit, bajet pandai, tapi bodo je.. hahahaha

Alkisahnya sis mmg xsuke budak kelas hujung, bagi sis budak nakal & jahat. Dah la nakal, jahat pastu bodo pulak.. ada hati nak ngorat aku, budak pandai ok, kelas depan.. kau mana layak dgn ak, malu couple ngan budak kelas hujung.. (Maaf ye kepada geng budak hujung, ni masa sekolah dulu, Ya Allah, mmg rasa bodo pulak skang ni)

Tapi apa yang PU Azman cakap tu betul, salunya depa yang kelas hujung nilah yang suka tolong cikgu, senang bagi arahan. Kalau xdak depa ni, xmeriah hari sukan sekolah.. nak harap geng kelas depan, xdenye nak bersorak bagai.. tapi, tulah, sis dulu xnampak benda-benda camni, skang baru boleh nampak... TERIMA KASIH kepada korang yang kelas hujung.. 

So, sambungan cite sis td, sis bangga kan sis budak pandai (orang cakap, sis xcakap), sis salu pandang rendah budak kelas hujung, law ada 5 kelas, kelas no 4 & 5 tu adalah kelas yang paling sis xsuke... mcm, nt bila dewasa, korang nk kerja apa lah, sbb korang ni bodoh.. tapi masa tu sis xsedar bahawa rezeki tu Allah yang bagi, Maaf ye korang.. skang ni, kelas depan ke, belakang ke, sume keje elok, rezeki masing-masing. Masa interview, xde pun tanya:

"AWAK KELAS DEPAN KE KELAS BELAKANG?"

Kemudian, masa tahun 2007, sis tingkatan 5.. awal tahun buka sekolah kan.. sis terus ke papan kenyataan yang menunjukkan senarai nama pelajar dan kelas. Sis cari nama sis dalam senarai nama kelas no.2. TAK ADA. So, sis macam gabra la, awat xdak kan.. cari punya cari.. 

Rupanya nama sis dalam senarai kelas no.4. 

Sis turun kelas

Masa tingkatan 4, sis kelas no 2.. bila tingkatan 5, kelas no.4. Sekolah sis ada 5 kelas ja.. dan sis kelas no 4/5. Jadi paham-paham la ye...

Masa tu tamparan hebat bagi sis. Sis fikir macam-macam, contohnya:
  • Alamak, dok 1 kelas dgn budak-budak bodoh pulak
  • Nanti cikgu benci
  • Mesti budak kelas depan xsuke aku
  • Mesti budak kelas depan pandang rendah kat aku
  • Mesti budak kelas depan cakap aku bodoh
Masa tu, sis rasa maruah sis jatuh gedebok, bergolek-golek atas lantai, dan rasa xnak pi sekolah sebab malu jadi budak kelas hujung. 

Sis menangis, siap kol mama lagi, cakap xnak dok kelas tu.. turun kelas, dulu kelas 2, skang kelas 4.. tu kelas budak bodoh. 

Mama kol mak cik. Masa tu mak cik kerja kat PPD (Pejabat Pendidikan Daerah). Mak cik kol kaunselor. 

Kaunselor panggil.

Kaunselor: Aqeela tak suka duduk kelas tu ke?

Sis: Tak suka. Kelas hujung

Kaunselor: Jadi, Aqeela nak masuk kelas depan, kelas 2?

Sis senyap. Berfikir.

Kaunselor: Pasti?

Masa tu, buat pertama kali dalam hidup sis, sis berfikir dan buat keputusan yang matang, dan sis sedar, bukan semua yang duduk kelas hujung bodoh dan suka dilabel bodoh. Mereka tak minta untuk berada  di situ, macam sis. Sis je yang anggap dorang bodoh.

Sis fikir,

Walau duk kelas depan atau hujung, kalau kita usaha, pasti berjaya. Kedudukan kelas xpenting, yang penting diri sendiri yang berusaha.

Sis jawab kat kaunselor.

Sis: X ape la cikgu. Saya xnak tukar. Duduk kelas mana xpenting. Kalau berusaha, pasti berjaya jugak. Tak perlu tukar kelas.

Mula dari situ sampai skang, sis dah xpandang rendah dengan kelas hujung. Bagi sis sama ja dan sis bangga taw bila markah sis lebih tinggi dari budak kelas depan. Budak kelas depan cemburu. Dorang fitnah sis meniru dalam exams. Sis sedih, tapi dalam masa yang sama bangga sebab dorang cemburu.

 Sis suka sebab sis dah buktikan BUDAK KELAS HUJUNG TAK BODOH OK!!

Masa TRIAL SPM, sis dapat 4A, dan budak kelas depan pandang-pandang dan sis dengar dorang ngumpat dalam toilet,

"Kila meniru exam la tu.. law x, xkan dapat 4A"

Masa dapat result SPM, sis dapat 4A gak. Tapi sis puas hati sebab ade budak kelas depan dpt 1A, 2A dan ada yang xdpt A langsung. Dorang terkejut sis dapat 4A dan Mama sis belanja KFC hari tu.. Sis bangga ok dgn 4A tu.. bersyukur sgt.. sbb SIS KAN BUDAK KELAS HUJUNG..

Sekarang sume dah keje elok. Alhamdulillah. 

Tak kira la duk kelas mana, yang penting usaha. Status kelas tu xpenting pun.... 

Skang, sis lebih suka bercakap dengan budak hujung, bagi nasihat dan motivasi.. (Mama cikgu sekolah menengah., dan sis salu jugak ikot Mama ke sekolah.. dan sis jupa budak-budak kat sana)

Bila borak dengan dorang, dorang salu cakap,
 "Kite kelas hujung, xpandai, ada cakap kite bodo".. 

Sis pesan, awak kelas hujung, xbermakna awak bodoh yang penting awak usaha, kejayaan pasti akan datang., cepat atau lambat. Pekakkan telinga, dan buktikan awak boleh berjaya!

Jadi turning point sis adalah semasa sis berumur 17 tahun, tahun 2007...

Ok, tu je bebelan hari ni.
Terima kasih

Assalamualaikum


Friday, 13 July 2018

ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (KEPUTUSAN PEPERIKSAAN)

Assalamualaikum,

Ni post pertama dalam bulan Julai ni.

Ok, berkenaan ROAD TO BE CIVIL SERVANTS ni, sis ada beberapa post sebelum ni. Boleh baca:


  1. ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
  2. ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (SIRI PTM)
  3. ROAD TO BE CIVIL SERVANTS: PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN (PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM)
Base pada cerita no (3) di atas, hari ini, 13 Julai 2018, keputusan peperiksaan telah keluar. 

Guess what?? 


TADAAAAAA!!!!!

Sis LULUS OK!!

Sis lulus!!

Bersyukur sangat.. Alhamdulillah Ya Allah. 

Sis risau sgt.. kot la xlulus.. dah jawab exam pun cam apa dah.. rasa macam miracle pun ade.

Syukur sgt!!!

So, sekarang ni, sis tunggu surat pengesahan, telah disahkan dalam perkhidmatan.
Alhamdulillah..

Cane nak tahu kita dah cukup syarat utk disahkan dalam perkhidmatan?
  1.  Lulusan tapisan keselamatan (tapisan halus atau kasar, depends pada jawatan yang dipegang)
  2. Menghadiri Program Transformasi Minda (PTM) dengan jayanya
  3. Lulus peperiksaan perkhidmatan awam (Macam saya ni)
Itu je syaratnya.. dah penuhi semua, hantar dokumen yang berkenaan kepada unit Sumber Manusia masing-masing utk diproses, dan tunggu surat pengesahan.

Insha Allah.

Ok, tu je, share berita baik kan.

Assalamualaikum.