Monday 15 April 2019

ANAK DARA TUA

Assalamualaikum

Hari ni Isnin, 15 April 2019.

Sis amik cuti, sis penat sangat dalam 2 minggu ni, rasa macam xde rehat langsung. Xde masa untuk santai-santai. So, hari ni sis amik keputusan untuk releks, duk umah, tgk tv, lyn internet dan tulis blog ni sikit.

Hari ni, nak tulis pasal anak dara tua A.K.A andartu.

Anak dara tua ni pada pandangan sis la kan, merujuk kepada seseorang perempuan yang berusia 28 tahun dan ke atas, tetapi masih lagi belum berkahwin atas beberapa faktor. Contohnya, terlalu sibuk bekerja sehingga xde masa nk cari jodoh atau mempunyai pangkat yang terlalu tinggi sehingga menakutkan lelaki-lelaki untuk berkenalan.

Sis pun sebenarnya dah termasuk dalam golongan andartu ni. Umur sis tahun ni dah 29. Law ikotkan, patutnye dah ade anak 2 orang dah. Tapi tu lah.. sis ni xkawen lagi.

Sebenarnya, sis terfikir gak kenapa sis ni xkawen lagi? Sis yakin sis ada rupa, ada kerja yang bagus, berkeyakinan, pandai jaga diri dll, yang pada fikiran sis, mampu menarik perhatian lelaki. Tapi, entah kenapa sis xmampu menarik perhatian laki-laki.

Rupanya, bila sis kenal dengan FH (Future husband) sis, baru sis tahu, sis ni memilih. Bila orang ckp sis memilih, sis marah dan mati-mati cakap sis ni xmemilih.

Bila fikir balik, yes, sis memilih.

Sis ada degree dan kerja yang elok. Syarat nak jadi suami sis, mestilah seorang yang stabil kewangan, stabil pekerjaan, punya rupa paras yang sedap mata memandang dan seorang yang mampu membanggakan mama sis. Pendek kata, orang tu mampu memberi keselesaan dan kesenangan kpd sis dan sis xperlu bersusah payah dengan dia. Semua telah disediakan kepada sis. Bagi sis itulah ciri-ciri suami yang ideal.

So, everytime ade lelaki yang nk kenal sis dulu, jika xmemenuhi syarat atau sis fikir dia xmampu untuk memenuhi syarat tersebut, sis tolak mentah-mentah dengan berlagaknya. Masa tu, sis pandang rendah pada orang yang xade apa-apa. Bagi sis, dorang ni, xlayak dgn sis yang bijak, ada rupa ni.

Berlagak kan?

Dan, bila semakin dewasa, bila sis kenal FH sis, bila sis memandang rakan-rakan sekeliling.. sis seakan tersedar dari satu mimpi yang panjang. Mana ada orang bujang yang punya segalanya? Mane ada orang bujang yang punya kestabilan yang tinggi? Melainkan suami-suami orang yang punya isteri disampingnya untuk membantu mereka dan akhirnya, mereka punya rumah, kereta, perabut dll yang menjadi idaman wanita.

So, sis fikir, memilih untuk hidup selesa dengan seorang lelaki yang telah punya segalanya, sis bukan masuk dan membina kehidupan dengan lelaki itu, tetapi sis menumpang kesenangan dan maintain kesenangan tersebut.

Sis xmahu begitu. Sis mahu membina kehidupan. Macam bina rumah. Mula2, kene ada tapak, kene ada plan, pastu, korek tanah nak bina tiang, sehinggalah terbinanya sebuah rumah yang selesa. Dalam rumah tu di isi dengan keindahan-keindahan mengikut keperluan kita. Di situlah kehidupan kita.

Sis xmahu masuk ke rumah yang telah sedia siap kerana di situ kita akan jadi manusia yang kurang menghargai kesusahan orang lain. Tapi, jika kita bina sendiri, kita akan lebih menghargai diri sendiri dan pasangan kita.

Sis seakan menemui jawapan dalam pencarian sis, kenapa sis xjupe jodoh.. Sis dah temui jawapan. Allah seakan menghantar pentunjuk dan sis perlu fikirkan sendiri, dan buat pilihan.

Sis juga memandang orang sekeliling sis, rakan-rakan sis yang juga andartu. Mereka mula berkira-kira untuk menerima suami orang, sanggup menjadi isteri no2, sanggup bermadu jika isteri pertama bersetuju. Ya Allah.. sis xsanggup.. sis xsanggup menumpang di rumah yang telah siap segalanya.

Sebab apa?

Sebab, suami orang telah punya kehidupan yang stabil yang diingini dan diidam oleh semua wanita. Berapa kerat wanita yang mahu hidup susah dahulu? dengan keadaan sekarang? TAK RAMAI.

Sis baca page2 blog pengakuan, berapa ramai wanita yang menjalin hubungan dengan suami orang. Alasan, lelaki tersebut punya ciri-ciri idaman mereka. YA, siapa yang xnak lelaki yang kerja stabil, hebat, punya wang ribu riban, punya kereta H, even Proton sekalipun, it's OK., punya simpanan tetap, pandai melayan kemanjaan gadis-gadis? Berapa ramai lelaki bujang yang sebegitu? Berapa ramai suami orang yang sebegitu? Fikir-fikirkan...

Dan sis juga bersyukur di temukan seorang bujang walaupun usianya 5 tahun lebih muda dari sis. Tapi, pemikirsnnya 5 tahun lagi tua dari sis.

Akhir kata, menjadi andartu bukan salah takdir, tetapi salah kita sendiri yang terlalu mengejar kesempurnaan kehidupan.

Sis nk gerak lu.

Assalamualaikum.