Sunday 27 December 2020

ISTERI BEKERJAYA DAN DARJAT SEORANG SUAMI

 Assalamualaikum

Sebelum menutup tahun 2020 ni, saja nk share tentang isu yang tak pernah ada kesudahan, iaitu isu seorang isteri yang bekerjaya dan sama-sama mencari nafkah untuk keluarga dan juga mengenai darjat seorang suami. 

Isu ini dimulaka dengan:

WANITA MUDAH UNTUK MEMASUKI SYURGA, TETAPI KAUM WANITA PALING RAMAI DI NERAKA.

Dikongsikan satu hadis nabi SAW, (saya ingat2 lupa, tapi lbh kurang berbunyi begini):

"Apabila seorang wanita (isteri) itu sudah melakukan 4 perkara ini; solat fardhu 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatan diri dan mentaati perintah suami, maka dia bebas masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dipilihnya," HR.Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani

Menurut Ustaz Kazim Elias, semasa ceramah beliau, mengulas Kitab Muhimmah, kenapa dalam 4 perkara di dalam hadis ini, diletakkan mentaati suami no 4? Dikatakan bahawa itulah perkara paling sukar untuk dilakukan oleh seorang isteri. 

Dengan zaman sekarang, ramai isteri seperti lupa bahawa mencari nafkah itu adalah kerja suami, lantaran itu, ramai isteri yang bekerjaya mempersoalkan cara melayani suami, memperlekehkan layanan kepada suami. Dikatanya, kami sama-sama penat mencari rezeki, sama-sama pulang rumah lewat petang. Tiba di rumah, perlu melayani anak dan suami pula. Kami penat.

Contoh:

Suami meminta untuk diambilkan air, dikatakan ambil sendirilah, saya penat! Saya juga bekerja, saya juga penat seperti awak. 

Sedarkah isteri bahawa kita sudah melanggar ketaatan kita kepada suami? Di manakah rasa hormat isteri kepada suami?

Lupakah kita, hakikatnya, mencari nafkah itu kerja si suami? Memberikan wang belanja rumah, menyediakan tempat tinggal yang selesa, memberi nafkah secukupnya, menyediakan wang perbelanjaan anak-anak, bayaran kereta, bil-bil dll adalah kerja suami.? Tangunggjawab isteri adalah melayani suami tanpa perlu keluar bekerja seperti suami.

Namun, dengan hidup sekarang, dikatanye tidak cukup suami kerja seorang. Saya sebagai isteri ingin membantu suami. Suami izin. Bila bekerja, dikatenya penat. Ke manakah hilangnya jihad seorang isteri?

Suami hanya meminta untuk dilayan. Cara bermanja seorang suami dan isteri itu adala berbeza. Seorang isteri suka pelukan, gurauan, masa luahan perasaan bersama suami, tetapi, cara bermanja suami adalah cara layanan isteri kepadanya. Sambutlah dia dengan senyuman, masak makanan kegemaran, picit bahu, tangan dan kakinye, dan lain-lain. 

Dan, seorang suami yang baik, akan membalas 1001 kebaikan isteri dengan beribu-ribu kali ganda. Dibelikan emas, permata, dibawanya pusing-pusing Malaysia, dibawanya ronda-ronda kampung, dibelanjakan pakaian-pakaian, kasut-kasut, jam tangan yang cantik-cantik, disantuni isterinya walau di mana sahaja. 

Seorang suami sangat tinggi darjatnya. Jika dilihat di dalam hadis itu, isteri wajib mentaati suami, selepas mentaati Allah dan Rasuluallah SAW. 

Diceritakan di dalam Kitab Muhimmah (saya ingat-igt lupa, mohon maaf jika salah), seorang wanita datang berjumpa Nabi SAW, bertanyakan setinggi manakah darjat seorang suami dan bagaimana seorang isteri boleh menyainginya? Dijawabnya Nabi SAW, sekiranya seorang isteri yang solehah, menjilat muntah suami untuk mencucinya sekalipun, masih tidak mampu menandingi tingginya seorang suami.

Itulah tingginya darjat suami. Kenapa?

Pelabagai sebab kenapa Allah SWT meninggikan darjat suami. Pada pendapat saya:

  1. Kerana suami wajib mencari nafkah dan memberi nafkah kepada keluarga. Berdosa suami sekiranya gagal menjalankan tangunggjawabnya. Manakala, isteri disunatkan membantu suami, besar pahala bagi isteri yang membantu suaminya.
  2. Kerana suami perlu berlaku adil dalam menjaga perhubungannya dengan isteri, anak-anak dan ibu dan ayahnya. Syurga suami adalah ibunya, manakala, syurga isteri adalah suaminya. Namun kedua-duanya perlu dijaga dan disayangi. Sedangkan isteri hanya perlu taat kepada suaminya sahaja. 
  3. Kerana bertangunggjawab untuk memimpin keluarganya ke arah agama Allah SWT. Mengajar isteri dan anak-anak hukum hakam agama, seterusnya memelihara maruah keluarganya. Adalah menjadi wajib kepada suami itu untuk mengajar fardhu ain kepada keluarganya. Sedangkan isteri adalah sunat membantu suami.  
Jika ada pendapat lain, boleh kongsikan. 

Namun begitu, tinggi darjat suami tidak memberi tiket kepada suami untuk berlaku khianat, tidak adil atau menindas kaum isteri. Islam mengajar isteri untuk melayani suami dan juga mengajar suami melayani isteri. 

  1. Bersama-sama dalam melaksanakan kerja-kerja rumah. 
  2. Bersama-sama dalam menjaga anak-anak
  3. Bersama-sama membuat keputusan
  4. Menghargai isteri dengan pelbagai cara
  5. Bercakap lemah lembut dengan isteri
  6. Tidak merahsiakan perkara-perkara yang besar dll
Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku penindasan dalam rumah tangga, seperti suami tidak bekerja, makan harta bini je, suami mendera atau lain-lain kes, 

Isteri dipukul, ditampar, dihina, diherdik kasar, dijadikan hamba seks, dijual kepada orang lain, dijadikan punching bag dll. Lupakah bahawa isteri itu dijadikan untuk dilindungi, dan disayangi? 

Suami bangun tengah hari, lapar, cari makanan. Tiada makanan. diherdik isteri, dituduh isteri malas. Isteri memberitahu beras lauk-pauk dah tak ada. Dimakinya isteri pemalas lagi dan disuruh keluar mencari kerja demi memenuhkan perutnya yang lapar. Dia? Lepak dgn member kedai kopi. Petang balik rumah. Lupakah dia, tangunggjawab mencari nafkah itu adalah hak suami?

Islam tidak mengajar untuk isteri terus berada dalam keadaan tersebut. Isteri boleh rujuk kepada pihak-pihak yang berkuasa. 

Bersyukuralah kita sekiranya punya suami yang memahami dan sentiasa meletakkan kita sebagai permaisurinya. Dan bersyukurlah suami sekiranya isteri melayani mereka ibarat raja.  

Kesimpulannya, dalam rumah tangga, suami isteri sangat perlunya TOLERANSI YANG TINGGI, TOLAK ANSUR DAN RENDAHKAN EGO MASING-MASING. Nescaya, kita kan punya keluarga yang harmoni. Suami atau isteri punya peranan masing-masing. Islam mengajar kita seluruhnya.

  1. Cara memilih pasangan
  2. Cara pernikahan
  3. Cara melayani suami
  4. Tangunggjawab suami
  5. Cara menjaga maruah diri
dan pelbagai lagi untuk kita pelajari.

Sebagai wanita bekerjaya, kita perlu menyesuaikan tuntutan agama ke dalam kehidupan kini. Hakikat isteri perlu melayani suami tidak berubah, dan hakikat suami adalah pencari nafkah keluarga juga tidak berubah. Hakikat darjat suami adalah paling tinggi dalam keluarga juga tidak berubah dan hakikat wanita dijadikan dari tulang rusuk untuk dijaga, disayangi, dikasihi dan dihormati juga tidak berubah. Hakikat suami adalah pilot dan isteri adalah co-pilot juga tidak berubah. Justeru, kita yang perlu berubah untuk mengaplikasikan tuntutan agama dalam kehidupan kita. Jika kita fahami dan selami tuntutan agama dan mengaplikasikannya dalam hidup kita, percayalah, kedamaian adalah milik kita, kerana Islam adalah cara hidup yang terpakai sepanjang zaman. 

Sekian.
Terima kasih.