Tuesday 5 November 2019

KAHWINI LELAKI YANG LEBIH MUDA. SALAH KE?

Assalamualaikum.

Isu kali ni adalah mengenai mengahwini lelaki yang lebih muda. Salah ke kita jika kita mengahwini pasangan yang lebih muda dari kita?

Kita sering kali dimomokkan oleh orang tua kita seperti mak ayah, datuk nenek, pak cik mak cik, supaya mencari pasangan yang lebih tua dari kita, iaitu, lelaki perlulah lebih tua dari wanita. Paling elok, katanya 2 tahun lebih tua dan ke atas. Sebabnya, katanya, lelaki lebih matang dan dan boleh diharap untuk menjaga si isteri, pandai handle masalah dan lain-lain. Justeru, kita sebagai perempuan sememangnya terdorong untuk memilih lelaki yang lebih tua dari kita kan? 

Bagaimana pula jika pasangan kita lebih muda dari kita? 

Salah ke?
Tak boleh ke?

Bagi pendapat sis, jika pasangan lebih muda dari kita, ianya bukan satu kesalahan. Dari segi hukum Islam dan rukun nikah, x ada pun menyebutkan, syarat wajib untuk berkahwin adalah lelaki mestilah lebih tua dari perempuan. Tak ada ye adik kakak sume. Kemudian, dari segi undang-undang Malaysia pun, tak ada pula akta khusus atau dalam mana2 perenggan yang mengatakan untuk bernikah, lelaki  wajib perlu lebih tua dari perempuan. Kalau x, kene bayar denda atau penjara. Tak ada pun ye.

Pandangan bahawa perempuan perlulah mencari pasangan yang lebih tua ni hanyalah pandangan masyarakat kita je. Ianya hadir dengan mentaliti lelaki lebih tua ni lebih matang pemikirannya dan mampu menjadi ketua keluarga yang baik memandangkan perempuan bersikap kebudakan dan lambat matang dari segi pemikiran. 

Bila diajukan kepada perempuan, kenapa tak suka lelaki yang lebih muda?

Ramai yang rata-rata menjawab, lelaki yang lebih muda ni x matang, beremosi, cemburu buta, dan tak pandai dalam handle masalah. Persoalannye, betul ke begitu?

Bagi sis, kematangan seseorang tiada kaitan dengan umur pun. Ya, tak dinafikan, lelaki yang lebih muda ni agak beremosi, bersikap kebudakan. Dan, tak dinafikan juga bahawa ada juga lelaki yang lebih tua masih tidak matang. Ada yang masih tiada hala tuju kehidupan, ada yang sekadar berkahwin, tetapi tidak mampu membimbing keluarga. 

Dan, ada juga, lelaki yang lebih muda mampu memberi pendapat atau idea yang bernas, mampu mengawal situasi, mampu berfikir dengan tenang dalam menghadapi masalah.

Sebenarya, soal kematangan tiada kaitan dengan usia, tua atau muda. Selagi seseorang ada usaha untuk majukan diri, untuk tidak lari dari masalah, untuk menjadi pembimbing kepada keluarga, bersikap terbuka dengan sesiapa sekali pun, punya pelbagai pengalaman hidup, pahit manis kehidupan, pastinya dia mampu menjadi seorang yang matang.

Jadi, selagi seseorang lelaki mampu memimpin kita ke arah yang lebih positif, lebih baik, menjaga kita dengan baik, mampu bertangunggjawab dengan setiap yang dilakukan, sama ada tua atau muda, bagi sis, tak ada salahnya. Tak ada salahnya kita mengahwini lelaki yang lebih muda. Dan tiada salahnya juga jika kita mengahwini lelaki yang lebih tua. 

Tua atau muda, jodoh pertemuan, ajal maut, bukan milik kita yang tentukan. 

Hari ini, dah ramai perempuan mengahwini lelaki yang lebih muda. Hal ini bukan sesuatu yang aneh di zaman sekarang. Kahwin, anak pun dah ramai, elok je. Yang penting, tua atau muda pasangan kita, perlulah berkomunikasi dan sentiasa pertahankan rumah tangga walau apa jua dugaan yang datang menimpa.
Ujian rumah tangga itu pasti ada, setiap saat, setiap minit, setiap hari.. berganti minggu, bulan dan tahun. Sabarlah, kerana selepas turunnya hujan, pasti akan munculnya pelangi. 

Berdoalah semoga kita, wanita, isteri akan menjadi ketua bidadari kepada suami kita di Sana nanti.

InshaAllah.

Sekian.

Terima kasih.