Tuesday 28 February 2012

Angel in the Devil's Suit

My Little, Momo.. Semalam saya baca novel, Angel in The Devil Suit. Saya tido jam 3 pagi semalam.. Hurmm.. Cite tu biasa saja.. Tapi, saya suka.. sebab saya rasa macam saya baca manga masa baca novel tu..


Inilah cover page novel tu, Momo.. Macam mana saya tertarik nak baca novel ni..?? Well, first, masa sem lepas, saya masuk website kaki novel, dan masa tu, novel ni adalah novel terbaru.. Jadi, boring- boring, saya baca dia punya review cerita.. So, saya cakap,

 " Leh tahan jugak novel ni, nampak xbest, bila baca agak best.." 

Dan saya terus baca dan baca review itu.. dan... sampai satu part, die terhenti.. Untuk tahu lebih lanjut, milikilah novel Angel in The Devil's Suit. Dan, saya terus niat nak beli... tapi, masa cuti hari tu, saya xsempat nak pi beli kat popular KB MALL, sebab berlaku masalah peribadi a.k.a family sikit..

Bila datang UKM, ada buat pc fair la, book fair la, then ada jual novel ni, dengan potongan 10%. So, saya terus beli.. dan baca...

Begini cerita dia::
________________________________________________________________________________

Camie mempunyai kekasih bernama Jeremy, yang dah pun mendiang. Lepas kematian Jeremy, dia berpindah ke Riveria Hook, dan belajar kat kolej di sana. Kat sana, dia berkenalan dengan sorang lagi Jeremy, Dew Jeremy. Muka sebijik macam Jeremy mendiang tu.. cuma, Dew ni hantu sikit, kaki buli, mudah baran, Taiko, The Devil kat kolej tu, tapi mendiang Jeremy ni mcm Angel. 

So, as new student, Camie dibuli oleh Dew. Tapi lama- lama kena buli, mereka ni dah macam fall in love, tapi Dew xnak mengaku sebab dia takut tuk menyanyagi orang lagi selepas satu peristiwa pahit. Tingkah laku Camie menghiburkan Dew, muka Camie yang kalut- kalut, nampak comel di mata Dew, lagi comel masa Camie marah. Lagi Camie marah, makin kuatlah si Dew tu buli Camie.

Then, dalam Camie dan Dew gaduh gaduh manja tu, Rosally, kakak mendiang Jeremy datang, dan berkenalan dengan Dew. Mula dari situ, terbongkarlah segala rahsia... Rahsia besar yang hanya ibu dan bapa mereka saja yang tahu. 

_________________________________________________________________________________

So, lebih kurang begitulah cerita ni.. Tapi, cerita ni lain dari yang lain, latar belakang bukan bertempatkan Malaysia, budaya juga bukan budaya Malaysia, namun begitu, Kaseh Esmiralda sedaya upaya menulis novel ini dengan baik untuk sesuaikan dengan citarasa peminat Malaysia.. 

So, kalau mahukan kelainan, boleh la baca novel ni.. Agak best!!

Until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Top 5 ORANG DALAM HIDUP SAYA

1) MAMA dan ABAH...

Abah saya nama MOHD SEKARE B. ISMAIL
Mama saya nama SITI HAWA BT MAT

2) ADIK dan KAKAK saya.. well, their picture is over there.. --------->

Kakak: NURUL AISYAH BT MOHD SEKARE
Adik lelaki: ALIF HELMI B. MOHD SEKARE
Adik perempuan: NURUL ARIFAH BT MOHD SEKARE
dan saya??
NURUL AQEELA BT MOHD SEKARE

3) Warga yang mendidik saya.. macam cikgu.. Tanpa mereka, siapalah saya ni, kan??
    Mungkin still xpandai nak menulis dan membaca lagi.. 

TERIMA KASIH, CIKGU..

4) Kawan- kawan saya...
    
< Wani, Ana, Jatiey Ishak, Adeela Rahayu ngok ngek, Najibah a.k.a NBCA, Iqa, C-yah, Ema, Mc la, Che Ana, Echah, Farah, Sarah, Daus, Zul, Ayu, Zaza, Mc Sue, Pijah, Nita, Nabila, Mihah, Iwan, Azam, Ashraff, Aiman, Pok Jak, Fadhil, Sue Burn, Rosni, Kak Azie, Kak Ct, dan lain- lain >

Kepada kawan- kawan yang x disebut, saya minta maaf, bukan saya xmenghargai anda, cuma mungkin xtertulis... 

TERIMA KASIH YE KAWAN- KAWAN!!!





Sori ye kawan- kawan, saya xsempat nak ambil pic terbaru.. y terlama pun xpe la ye..
5) Individu lain yang berada di sekeliling saya, macam MY BOSS TO BE ke, MY HUSBAND TO BE ke, MY MAJIKAN TO BE ke, and also, budak- budak satu sekolah, satu universiti , satu kampung, satu negeri, satu FB dan sebagainya yang menghidupkan suasana kehidupan saya.. Ada sedih, ada gembira, ada terlalu gembira and so on.. Mereka inilah juga memainkan peranan dalam kehidupan saya menyebabkan hhidup saya juga berwarna- warni..

So, TERIMA KASIH SEMUA..!!

Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuntut Ilmu Kerana Allah..

My Little, Momo.. Hari ini, saya telah ke kelas Undang- undang Perniagaan pada jam 8-11 pagi..
And, continue dengan kelas pendidikan dan masyarakat, pada jam 2 pth- 4 ptg.. So, pada jam ini, 4.48 ptg, saya telah pun selamat sampai di Kolej Rahim Kajai UKM..

Well, bagi saya kan, Momo, saya rasa sangat gembira masuk ke kelas hari ini. Hati saya lapang sangat. Mungkin sebab saya tidak rasa belajar itu satu bebanan.. dan mungkin juga saya telah betulkan niat saya pagi tadi, MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH SWT.. Belajar itu satu ibadat.. Oleh sebab itu, Allah telah lapangkan dada dan minda saya untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah..




Alhamdulillah.. Saya telah selamat pergi dan balik daripada menuntut ilmu..

Orang Melayu kata Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan.. maknanya, semakin jauh kita berjalan, semakin banyak ilmu yang akan kita perolehi... 

Orang puteh kata, "Don't give someone a fish, but teach someone to fish"- maknanya berilah ilmu pengetahuan kepada seseorang, sebab nanti ilmu tu boleh digunakan seumur hidupnya..

Orang Cina cakap.. *...........................................* saya xtaw la pepatah orang Cina..

Orang India cakap... hurm.... *................................................* saya pun xtaw juga....

However, sejak dari zaman Nabi Adam A.S hinggalah ke hari ini, menuntut ilmu itu penting. Tengoklah ahli falsafah yang terkenal pada zaman dahulu... Macam Plato, Ibn Khaldun, Leonardo Davinci dll.. Falsafah mereka masih lagi digunakan sehingga ke hari ini... Betapa hebatnya ilmu mereka.. Ilmu Allah SWT..

So, Ikhlaslah dalam menuntut ilmu, perbetulkan niat kita, Insyallah, kita akan berjaya...

Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Monday 27 February 2012

Ini Blog Baru..

Well, ini adalah blog baru saya.. Nama dia MOMO..
Saya already ada blog sebelum ni, tapi, die xde nama..
So, Saya macam terfikir la.. Apa kata, saya buat MOMO...
So, here is MOMO..

So, saya akan selalu update Momo and the other one...
Yang penting saya dapat luah perasaan saya.. kan Momo??

Ok la,
until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~