Thursday 12 November 2020

KUARTERS KERAJAAN

 Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal kuarters kerajaan.

Alhamdulillah, genap 3 tahun kerja kerajaan, akhirnya sis dapat jugak kuarters.

Macam mana nk dapat kuarters kerajaan?

1. Kerja kerajaan. Pastikan dah dapat surat pelantikan daripada JPA.

2. Mohon kuarters sesuai dengan kelayakan. Permohonan boleh dibuat di website BPH. Setiap gred akan akan dapat kelas kuaters yang berbeza. Contoh, macam sis, sis gred 29, kelas kelayakan kuarters adalah kelas E. Kelas E ni adalah rumah teres. Tp, que panjang, so, sis downgrade ke kelas F. Kelas F ni adalah apartment. Kalau gred 41, kuarters kelas lain pulak. 

3. Dah mohon tu, lengkapkan maklumat diri dan submit.

4. Tunggu lah no que sehingga dapat tawaran. Sis mula mohon betul-betul lepas masuk kerajaan. So, tahun ketiga baru dapat. Alhamdulillah.

Dah dapat kuarters tu, bukan terus masuk taw. Banyak urusan nk settlekan sebelum dapat kunci rumah.

1. Mula-mula, nanti pihak BPH akan call untuk tanya sama ada kita masih berminat lagi x utk duduk kuarters. 

2. Lps tu, tunggu email daripada pihak BPH. Dia akan email minta sediakan dokumen. Dokumen pengesahan kerja dan tempat bekerja. Nanti follow je apa yang di email.

3. Lps tu, hantar dokumen ke BPH. BPH terletak di Parcel F, Blok F6, Putrajaya. Lps hantar, nanti dorang akan bagi surat tawaran dan dokumen-dokumen untuk masuk kuarters. Dan beberapa dokumen yang perlu kita sediakan.

4. Mengikut list bersama surat tawaran, basically, kita kene wat berikut:

        - Buka akaun TNB untuk elektrik. Tahun 2020, deposit elektrik RM 263, incl stamping dan cas pemasangan

        - Buka akaun Air Selangor untuk bekalan air. Deposit bil air RM 132, incl stamping, cas                            pemasangan dan lain-lain.

        - Bayar deposit rumah. Kalau kelas F, deposit RM300. Bayar di kaunter BPH, Blok F6 atau Pusat Perkhidmatan BPH di presint 11. Sis prefer presint 11, senang.. law parcel F tu penat nak jalan.

        - Pergi stamping kontrak di LHDN. Yang ni, sis xpi lagi. Tapi bajet dalam RM 40 untuk stamping kontrak.

5. Selesai semua, kene bawa sume dokumen, salinan setiap resit, ke BPH, Blok F6. 

6. Kunci? InshaAllah dapat. Sis x selesai lagi. Dah selesai sis cerita lagi. 

Jadi, tu je lah.

Doakan sis dipermudahkan urusan pemindahan ke kuarters ya.

Terima kasih.

  

Sunday 8 November 2020

PERKAHWINAN DAN EGO

 Assalamualaikum.

Blog ni tidaklah popular mana memandangkan content yang entah apa-apa kan.

Cuma kali ni, nak kupas mengenai EGO.



Walaupun usia perkahwinan sis belum sampai usia setahun, namun apa salahnya sis berkongsi sedikit pengalaman sis dalam dunia rumah tangga ni.

Di awal perkenalan sis dan suami, suamilah yang selalu memperingatkan sis mengenai ego. Katanya, ego ni mempu meretakkan perhubungan.

EGO MERETAKKAN HUBUNGAN
EGO MENCERAIKAN SUAMI ISTERI
EGO MEMUTUSKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM
EGO MEROSAKKAN KEBAHGIAAN
EGO MENJADIKAN SUAMI ITU DAYUS
EGO MENJADIKAN ISTERI ITU DERHAKA
EGO MENJADIKAN ANAK-ANAK ITU MANGSA
EGO MENJADIKAN KELUARGA ITU BERPECAH
EGO MENJADIKAN YANG SALAH ITU BETUL
EGO MENJADIKAN YANG BETUL ITU SENTIASA MENANG

DALAM KEMENANGAN BERKATA-KATA
DALAM KETINGGIAN DARJAT SESEORANG MANUSIA
DALAM KESENANGAN HATI MENGEJAR MULIA MANUSIA
DALAM MENJUNJUNG DARJAT SEORANG SUAMI TERCINTA
DI SITULAH TERSELIT EGO SETINGGI GUNUNG SEPANJANG BERHASTA-HASTA

JATUHNYA AIR MATA INSAN TERANIAYA
JATUHNYA AIR MATA TUNDUK AKUR SEORANG ISTERI DERITA
ANAK-ANAK TERPINGA-PINGA TIDAK TAHU APA-APA

YANG MENANG HANYALAH EGO SEMATA

EGO,

HANYALAH SATU SIA-SIA
YANG PASTINYA
EGO MERUGIKAN SEMUA

Sepanjang perkahwinan sis, inilah yang sis dapat simpulkan mengenai ego.

Sebagai isteri, jangan ego dengan suami. Jangan cabar suami. Suami marah, jangan menjawab dan melawan (Walaupun dah banyak kali sis kalah, sis sedar, dan sis pun dalam proses nak berubah). Terus terang sis cakap, salunya orang laki yang ego kan? Tapi, dalam hubungan sis, sis yang ego.. suami sis banyak nasihat sis pasal ego.

Suami sis sangatlah tidak ego. Bukan dayus ek.. dia ego, tapi ego dia bertempat. Dia ego, terutama dalam nak mengajar dan menegur sis. (nak explain pun susah, tapi xpe la, kornag yang baca ni paham-pahamlah sediri).

Kesimpulannya, dalam perhubungan rumah tangga, baik suami atau isteri mahupun anak-anak, tolak ego jauh-jauh. Jangan berajakan ego. 

Ya, isteri perlu taat pada suami. Tak bermakna suami sentiasa betul. Adakala suami juga perlu ditegur. 
Isteri, sayang suami kepada kita sebagai isteri jangan pernah diambil kesempatan. Hargai suami selayaknya suami.

Ustaz Kazim pernah cerita, darjat seorang suami. 

Jika suami muntah, dan isteri jilat muntah suami pun, seornag isteri tak akan mampu menandingi kemuliaan seorang suami. 

Itulah nilai seorang suami. Fikir-fikirkan.

Namun begitu, jika suami mendera, memperlakukan kasar, Islam juga ada mengajar cara menyelesaikannya. Rujuklah kepada yang lebih arif.

Sekian.

Terima kasih.

MIMPIKAN JODOH

 Assalamualaikum.

Lama dah x menulis. Sekarang ni PKPB, jadi rasa bosan jugak kat rumah. Selalu fikir content apa yang nak ditulis dalam ni. 

Petang ni, tengok rancangan Tafsir Mimpi dekat channel Astro Oasis. Sambil mendengar tu, tiba-tiba teringat dekat mimpi sendiri lama, 3 tahun lepas. Tahun 2017.

Mimpi ni berlaku sebelum sis dapat keje kt Putrajaya. Exactly sebelum sis dapat tawaran keje gomen. 

Masa tu sis umur dah 27 tahun. Keinginan untuk berkahwin tu dah ada, cuma sis xde calon. Sis salu mohon dengan Allah untuk temukan jodoh. Doa tu bukan saje lepas solat, tp anytime bila sis rasa sis nk teman.

Satu malam, sis mimpi. Dalam mimpi tu, fikiran sis dalam keadaan yang serabut, penuh dengan masalah. Allah swt je tahu tahap serabut sis tu. Memang penuh dengan masalah. Sis berjalan dan hampir terjatuh dari tebing.


Tiba-tiba, sap!! Ada tangan lelaki pegang tangan sis. Dia gendong sis atas belakang dia. Sis letak muka sis atas bahu dia. Sis gigit- gigit dia. Sis buat apa saja kt dia. Tapi dia xcakap apa pun. Dia tenang je. Dia hanya berjalan dan terus berjalan ke arah tempat yang ada bangunan tinggi. Tapi tak sampai-sampai pun. Perjalanan tu tak ade tujuan atau destinasi. Tapi dengan dia. hati sis rasa ketenangan yang tak dapat digambarkan. Kami seolah-olah menghayati masa itu tanpa sepatah kata pun. Hanya hati masing-masing yang memainkan peranan.

Masa tu sis harap sis tak akan terjaga dari mimpi tu. Sis nyaman dan suka dengan perasaan tu. Sis xtengok pun muka dia. Sis xkenal. Tapi sis sangat suka dan tenang dengan dia. 

Dan... walau macam mana kita berharap, kita pasti akan tersedar dari mimpi itu. 

Rasa nyaman masih lagi menyelubungi hati sis. Tiap malam nak tidur, sis akan berdoa untuk berjumpa lagi dengan si dia. Untuk merasai ketenangan dan nyaman hati. Bagi sis, x pela xde jodoh kt dunia, dalam mimpi pun dah cukup. Tapi, Allah xbagi. Tiap hari sis tunggu mimpi tu lagi. Menunggu kehadiran jejaka yang tidak dikenali untuk menarik tangan sis lagi sekali. 



Dan.. mimpi tu xpernah muncul.


Telah tiba masanya untuk sis lapor diri di Putrajaya. Mimpi itu pun sis lupakan dan sesekali berharap sis akan berjumpa orang yang dapat membuatkan sis punya perasaan begitu. Namun, mimpi kan mainan tidur. Jadi, sis pujuk hati untuk menerima kenyataan bahawa mimpi ini pun mainan tidur.

Sis langsung xfikirkan mimpi ni lagi. Teruskan kehidupan seperti biasa. Lupakan mimpi ini.

Sehinggalah sis kenal suami sis. Terjawab segala persoalan sis. Sis yakin, Allah swt telah memberikan petunjuk jodoh sis dalam mimpi tersebut. Perasaan tenang, nyaman yang pernah sis rasai dalam mimpi tersebut hadir tatkala sis bersama dengan suami sis. Allah swt saja yang mengetahui segalanya. 

Yang ajaib sekali, mimpi sis tu rupanya ada sambungan. Suami sis menceritakan bahawa, dia pernah bermimpi menggapai tangan seorang perempuan yang penuh dengan masalah, serabut. Dia pimpin tangan tersebut agar tidak tersesat lagi. Tambahnya lagi, dia juga tidak pernah nampak wajah perempuan itu, sama seperti sis tidak pernah melihat wajah lelaki itu. Mimpi itu tanpa sepatah kata. Hanya hati yang berkata-kata.Tapi, dia lelaki, mana pernah amik port dengan mimpi begitu.

Dan, there u are. Semuanya telah terjawab.

Sis xtahu mimpi ni dari Allah swt atau syaitan. Tapi, sis yakin bahawa mimpi ini membawa kebaikan kepada sis dan suami, dan yakin inilah petunjuk yang Allah berikan kepada hambanya yang selalu meminta. 

Sis harap perkahwinan sis dan suami akan kekal hingga akhir hayat kami. InshaAllah, kami mahu bersama hingga ke syurga Allah swt. 

Sekian.

Terima kasih.