Thursday 28 February 2013

BILA BERSENDIRIAN..

Aku sendiri di bumi Shah Alam ini. Aku xkenal sapa2 pun. Kawan- kawan apatah lagi. Sungguh perit pada mulanya. Rasa keseorangan, nak makan xlalu, hati ini pedih bila memikirkan berjauhan daripada keluarga dan rakan- rakan. Tapi, inilah realiti kehidupan aku. Aku yang memilih jalan ini, aku yang mahu belajar berdikari, mahu mencuba untuk hidup sendiri. Aku bertangunggjawab atas pilihan hidup aku.

Bila masa berlalu, aku mula menyesuaikan diri. Tapi, semestinya sukar. Aku fikir, apa nak buat ni?? Aku sorang, jalan sekitar sini, bukan aku kenal. Aku rasa sangat stress, rasa sangat down. Then, aku mula mendekatkan diri pada Allah SWT. Secara perlahan- lahan, rasa sedih itu pergi, aku peroleh ketenangan hati dan jiwa. Alhamdulillah.

Benarlah kata orang, setiap ujian yang Allah berikan kepada hambanya untuk mendekatkan diri hambaNya denganNya, yang Maha Esa. Aku percaya, Allah tak akan bagi ujian ini jika aku tidak mampu menghadapinya. Allah Maha Mengetahui segala- galanya. Bila hati aku xkuat, aku segera akan mendekatkan diri pada Allah.. dan aku percaya, Allah akan menjagaku. Aku sebenarnya bukan keseorangan, aku punya Allah dan Malaikat di kiri dan kananku. Alhamdulillah. Terima kasih dan syukur dengan ujian yang diberikan.

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Wednesday 27 February 2013

I AM NOT PROUD TO BE UKM!!

Assalam... 

First, secara jujur, aku sebenarnya bangga menjadi warga UKM. Menjadi pelajar UKM merupakan satu peluang yang amat berharga bagi aku. Sebab, bila teringatkan siapa diri aku ni sebenarnya, rasanya belum tentu aku dapat masuk UKM. Tapi, alhamdulillah... Allah itu maha kuasa.. maha pemurah. Aku diberi peluang untuk menjadi warga UKM dan bakal alumni UKM bermula 2014. Hehehehe..

Tapi, bila terbaca berita student UKM buat protes dekat depan dectar UKM menyambut kedatangan Datin Seri Rosmah, aku terdiam seketika.. Inikah etika pelajar UKM?? Memalukan!!!


Beginikah etika pelajar UKM? Memalukan? Adakah anda berbangga berbuat begini? Taksub politik, so, apa yang anda dapat? Aku betol2 xfaham, apa motif dorang wat camni? 


Apa yang mahu diperjuangkan sebenarnya? Atau sekadar mahu memalukan Datin Rosmah Mansor? 

Sedarlah, anda semua pelajar UKM dan Islam. Jika begini etikanya, memalukan Islam. Adakah ini contoh yang baik kepada yang bukan Islam? Kita sering berkata, Islam agama yang sempurna, yang menjaga adab dan tatasusila, tapi, inikah adab dan tatasusila yang mahu ditunjukkan? Tolonglah sedar diri. 

Ya, DS Rosmah mungkin ada berbuat kesilapan dan khabar angin mengenainya mungkin betul dan mungkin tidak. Tetapi, aku berpendapat, pelajar- pelajar ini tidak patut membuat protes begini. Andainya mereka dibuang universiti, adakah politik yang diperjuangkan ini mampu memberi masa depan kepada mereka?

Bagi aku, keadaan ini menunjukkan kecetekan akal para pelajar- pelajar ini. Menjaga aurat, hidup berlandaskan agama Islam, tetapi menjatuhkan maruah pemimpin kini, adakah ini pernah disarankan oleh Islam? Mahu menegur, ada caranya, mahu bersuara juga ada caranya, bukan dengan protes begini. 

Kita bukannya diserang oleh US.. mahu berprotes begini. Kekadang aku rasa, protes2 beginilah menyebabkan kejatuhan sesebuah negara. Lihat Thailand, sampai sekarang xaman sebab banyak sangat demonstrasi. Kita nak hidup dalam keadan begitu? Keadaan yang tidak aman.. Aku gembira hidup di Malaysia  sekarang, sebab aman dan banyak makanan halal. Korang xakan hargai Malaysia, selagi korang tak pergi tempat orang, betapa bertuahnya dilahirkan di Malaysia. 

Ini hanyalah pendapat aku semata- mata. Mungkin ada baik dan buruknya. Masing- masing ada pendapat sendiri. 

Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday 26 February 2013

MEMILIH...

Assalamualaikum....

Banyak benda aku nak ceritakan kat blog ni sebenarnya. Tapi, mane nak mula ye? Aku sendiri tak pasti sebab terlalu banyak kejadian- kejadian yang berlaku sepanjang beberapa minggu ni. Ewh, sedar x, kta dah nk masuk bulan Mac kan?? Heheh.. cepatnya masa berlalu. Aku pun dah nk bergraduasi kan.. After practical ni, aku akan rest la kejap utk beberapa minggu.. then, i wil start looking for a new job. Penting taw keje skang pasal aku nak bayar ansuran viva kesayangan aku tu. 

Bercakap pasal masa ni kan, aku dah berusia 23 tahun da tahun ni. Yang sedihnya, aku still lagi xjumpa pasangan hidup aku. Bukan xde yang nak, cuma aku je yang terlalu memilih. Bukan sebab xhensem ke apa, aku xpandang rupa (tipu... pandang la gak.. hehehe), tapi, yang penting orang tu kena educated. Itu syarat utama aku. Educated.. aku xminta lebih pun, cuma mahu yang terpelajar. Aku xmahu someone yang taraf SPM je, bukan sebab aku ni akan mendapat ijazah, tapi, aku rasa educated tu penting sebab orang tu akan berfikiran jauh, berbanding yang kurang terpelajar. Aku tahu, aku pun bukan pandai sangat, so, aku perlukan seseorang yang boleh bantu aku, lengkapkan diri aku. Itu je yang aku minta. Well, nak kata aku bajet bagus?? Depends la.. cuma, ini pendapat aku. Aku lebih rela xkawen dari dapat yang xseberapa ni. Silap2, aku yang kene cari rezeki bg die makan. Xmo la.

Lepas tu, bila ada kawan yang tanya,

" Kila, ko da ada pakwe ke belom?"

Aku mesti jawab,

" Xade la weh, aku bukan cun pun.. sape la yang nak kan..."

Tapi, hakikatnya, aku ni memilih. Well, aku pernah cuba xmemilih, tapi, xboleh la. Bila fikir laki tu, xeducated, aku xleh time, ati ni rase tawar je. Tu la poblem aku. Aku bimbang pun ada ngan pangai aku ni. 

Then, alkisahnnya, ada member aku sorang ni, die sayang aku kot, so, dia cadangkan aku masuk laman jodoh. Katanya, 

" Tak salah mencuba. Allah xkan bagi law xberusaha. Cari jodoh pun kena ada usaha gak"

Aku pun, cakap ye la. Tapi, bukan aku yang daftar, dia daftarkan untuk aku. Ingat free, sekali kena bayar. Bukan yuran ahli, tapi, byran utk chating la. Menurut admin website tu, law orang sanggup byr, maknanya, orang tu siyes. Aku bukan xmo byr, tp, sengkek la. Aku bukan keje lagi. Skang pun bergantung pada duit biasiswa dan Mama dan abah aku. Pastu, ada hati nak bayar kt laman jodoh tu?? Memang xla. Xpe la, nt da ada duit, aku try ye. Itu janji aku pada kawan aku tu.  

So, until next time, 
TQ, 
~ May be peace upon you ~

Thursday 14 February 2013

BILA AKU MULA BERFALSAFAH...

Kononnya aku ni nak jadi ahli falsafah la kan, tapi salah ambik kursus, gi ambik bisnes. Tapi, xkisahlah, bukannya aku ni xboleh berfalsafah, mengeluarkan teori- teori aku sendiri, cuma teori tu x diiktiraf oleh dunia la. Ala, aku bukannya nak anugerah nobel pun...

Macam mana aku boleh berfalsafah? Sebenarnya, aku sendiri tak tahu. Kadang- kadang pengalaman hidup yang memberikan aku idea untuk mengeluarkan falsafah aku sendiri. Semakin menginjak dewasa, aku mula sedar, hidup bukan seindah yang dibayangkan, tidak semudah yang disangkakan. Berada jauh daripada keluarga menyedarkan aku bahawa keluarga amat penting semasa kita dalam kesusahan, menyedarkan aku bahawa hidup di perantauan tanpa mengenali sesiapa amat sukar. Ya, aku mengaku. Pada mulanya aku takut untuk hadapi semua ini, rasa down sangat dan rasa tidak bermaya serta kurang bersedia untuk hadapi apa yang telah aku alami di sini sekarang. 

Namun, aku perlukan kekuatan dan hati yang cekal untuk terus hidup di Shah Alam ini. Aku tabahkan hati, kuatkan iman, tawakal kepada Allah SWT, semoga aku mampu menempuhinya. Berdasarkan perjalanan hidup yang aku lalui ini, aku mula berfalsafah. Apa yang difikirkan, lantas aku tuliskan di laman FB. 








Itu la antara luahan hati aku yang diluahkan secara berfalsafah. Mungkin ada yang faham, mungkin ada yang kurang faham. Depends tafsiran korang. 

Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday 12 February 2013

MULA PRAKTIKAL

Esok aku sudah mula praktikal di Shah Alam. Petang tadi, aku p round area tempat kerja aku sekali lagi. Esok kena bangun awal pagi sebab nt xde parking plak. Aku ni bukan pandai parking pun. Hahaha.. 

Bila ditanya pasal perasaan kan... rasanya aku belum bersedia untuk praktikal lagi. Lagipun, tesis aku belum siap lagi. Aduii... Nak praktikal pun susah, xsenang hati utk praktikal. Selain daripada itu, saya juga (ceh ayat karangan bahasa Melayu) rasa berdebar untuk menjalani praktikal. Nak jumpa En. Khuzairie... hehehe.. Agak2, hensem x en. Khuzairie? Arggh.. pedulikan semua tu. Aku nak pergi menimba ilmu, menimba pengalaman, bukannya nk p mengorat. BTW, aku ni bukan cun sangat sampai ada yang nak mengorat, so, xpayah la berangan dan xpayah sibuk- sibuk nak bimbang sama ada, ada orang nak mengorat aku ke x. Hehehe... 

Segan, malu pun ada sebenarnya nak p praktikal. Aku doa semoga dipermudahkan segala urusan la. Takot gila.. mungkin sebab tak biasa kot. Aku yang buat pilihan ni, so, aku kena terima. Hidup kita ni banyak pilihan, so, kita yang buat dan kita yang perlu bertanggungjawab atas pilihan tersebut. 

Semoga Allah SWT sentiasa menjaga aku. 

So, until next time,
TQ, 
~ May be peace upon you ~

Monday 11 February 2013

WELCOME TO SHAH ALAM

Perjalanan ke Shah Alam bukan sesuatu yang boleh dikatakan kenangan yang manis bagi aku. Rasanya, ia sesuatu yang meletihkan dan mengecewakan. Sebab?? 

Sebab, dalam perjalanan ke sini, didapati boyfriend kesayangan aku, si Ace tu dikebas orang. Alkisahnya, aku tertinggal si Ace tu dalam toilet petronas Kuala Krai, then, bila patah balik nk p ambik.. dah pun lesap, hilang entah ke mana. Yang aku sedih, bukan pasal telefon yang hilang, tp, pasal simcard kesayangan aku ada dalam tu. Banyak nombor kekawan aku dalam tu. Sangat menyedihkan.

Yang lagi sedih ialah aku sebenarnya belum bersedia untuk datang ke Shah Alam ni. Berat hati aku nak tinggalkan Kota Bharu dan datang hidup seorang diri di bumi Shah Alam ini. Bila fikir aku akan keseorangan di sini, aku rasa sepi, takut dan sedih. Bila depan mama, aku cover la xmo nanges depan mama. So, bila mama dah tinggalkan aku dekat umah sewa aku ni, air mata aku terus meleleh keluar. Aku nanges agak kuat gak la. 

Bila mama dan abah beli fon dan nombor baru kat aku, aku ase aku ni dah membebankan mereka je. Aku xminta pun fon tu ilang. So, aku kena beli no dan fon baru. Abah xsenang duduk selagi aku xdapat fon baru, susah nk contact, die cakap. Bila mama dan abah dah tinggalkan aku, aku bertungkus lumus pasang almari kain sediri. Lepas tu, aku miscall mama guna nombor baru. Bila mama kol balik, rasanya, aku ni xleh nk dengar suara dia, aku kalut nk nanges je. Wat malu je an. Dah besar pun, sibuk je nak nanges lagi, macam budak- budak plak aku ni. 

Well, aku xada geng la kt Shah Alam ni. Tu pasal aku ase aku ni keseorangan. Tambahan pulak, rumet aku yang baru ni, xde plak ari ni. Xtaw la bila nak ada. Aduuii... Dah la xde geng, rumet pulak xde ari ni.. Law ada, leh ajak kuar makan, aku lapar. Tapi, xtaw nk p makan kat mana kt area Shah Alam ni. Nati aku p sorang, sesat plak... aduii...


K la, 
Until next time,
TQ.
~ May be peace upon you ~

Monday 4 February 2013

BILA USIA MENGINJAK LAGI...

Sedar xsedar, usia aku menginjak ke angka yang lagi satu, 22+ 1= 23. Hurmm, sebenarnya xsampai pun lagi 23, tp, menjelang November, akan genaplah umur aku ni. Sedar xsedar juga, aku masih lagi begini, langsung xada perubahan. Single, semangat nk belajar tu masih lagi tinggi. Well, inilah aku.

Kekadang, hidup single ni bosan, sunyi. Kekadang, gembira pun ada sebab xyah fikir pasal teman laki. Hurm.. sebenarnya, single ke, couple ke, dah berumah tangga ke, masing- masing ada pros dan cons. Susah aku nak cakap. 

Memandangkan usia yang menginjak lagi ni, aku sedar, aku bukan lagi remaja seperti dahulu. Aku merupakan seorang yang sudah dewasa, perlu mempunyai fikiran yang matang dan waras serta rasional. Namun, itu bukan aku. Rasanya diri ini belum cukup matang  lagi, belum mampu untuk membuat keputusan sendiri. Agak sukar untuk menjadi dewasa rupanya. 

Perkara utama dalam minda aku adalah JODOH. Umur makin meningkat, jodoh masih belum ditemui. Takutnya jika aku akan menjadi andartu. Kawan aku sudah mula berpesan, carilah jodoh. Jadi aku fikir, adakah sudah tiba masanya aku mencari jodoh? Sedangkan aku rasa diri ini belum bersedia? Sapa yang tak mahu berkahwin, punya keluarga? Aku mahu semua tu, tapi, untuk mencari jodoh, aku rasakan agak sukar. Aku belum lagi bersedia. Takut untuk hadapi itu. Sukar aku mengerti bisikan hatiku sendiri.

Tahun depan akan masuk 24, seterusnya 25, 26, 27 dan ++++. Adakah aku akan masih sendiri? Aku juga takut menghadapi keadaan seperti itu. Aku juga takut untuk mencari jodoh yang sesuai untuk diri ku. 


Aku sendiri tak suka untuk mencari jodoh untuk diri sendiri. Sekadar berkawan, apa salahnya. Tapi, mahukan hubungan yang lebih dari itu, rasanya, aku sendiri belom dapat menerimanya. Biarlah masa itu berlalu, aku doakan semoga hati ini mampu untuk kuat untuk mencari jodoh yang terbaik buat diriku. 

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Saturday 2 February 2013

MASA

Hari ni, aku chating ngan sorang mamat ni. Well, kenal dalam FB je. Ngah borak- borak tu, aku bgtaw die aku sebenarnya tak bersedia nak jadi dewasa. Dia cakap, masa tak akan tanya aku, sedia atau tak. Masa tetap akan datang, umur pun tetap akan meningkat. Ya, aku faham. Aku tahu. Tapi, aku sukar untuk menghadapinya. Pabila mata ini dibuka pada keesokan harinya, aku sedar, umurku semakin meningkat.

Kadang- kadang, terfikir, apakah pencapaian terbaik dalam hidup aku dari aku kecil hingga sekarang? Apakah ia? Aku tidak tahu, aku tidak pasti. Jadi, sia- siakah hidup aku selama ni?


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara. Salah satunya, lapang sebelum sempit. Aku rasa sangat tersempit sekarang. Dulu, aku punya banyak waktu, banyak aktiviti aku buat, aktiviti yang xberguna. Tengok wayang, shoping, mengumpat, borak kosong... banyak la lagi, sampai kerja aku tak siap. Sekarang, nak siapkan kerja sangatlah terseksa, sebab masa dah tak ada, masa yang lepas tak akan kembali. Benarlah orang kata, masa itu emas. Dulu, aku xfaham kenapa orang tua membuat pepatah itu. Kini, aku faham. Masa yang berlalu tak akan kembali, renungkan apa yang telah kita buat dengan masa kita tu. Sekarang, aku rasa masa mengejar aku dengan cepat. Sangat cepat. Aku bingung... Kalaulah aku boleh berhentikan masa... Hargailah masa yang ada. 

Aku menyesal dengan apa yang berlaku sekarang. Sangat menyesal. Andai aku mampu balik ke masa dulu, aku akan ubah diri ini. Tapi, apakan daya, masa tak akan kembali. Yang berlalu tetap akan berlalu. Yang ada cuma hari esok dan masa depan. Gunakan masa dengan sebaik mungkin. Masa akan terus datang dan datang, dan tak akan berhenti walau sesaat. Betapa masa itu sangat berharga. Cintailah masa, hayatilah ia, gunakan sebaik mungkin. 

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~