Saturday 8 November 2014

BYE NARUTO

Assalamualaikum..

Sangat lama tidak menulis. Benarlah orang kata, bila dah kerja, perkara yang biasa dibuat suatu ketika dahulu sepeti ditinggalkan dek sibuk dengan kerja. 

Namun, hari ini terpanggil untuk menulis. Biarlah tajuknya pelik begitu. 


Inilah pengakhiran sebuah cerita. NARUTO, EP 700.

Kenapa aku terpanggil untuk menulis berkenaan Naruto?
Kerana NARUTO memberi 1001 makna buat diriku. Aneh, bukan? Itulah realitinya. 

Aku mula mengenali NARUTO pada usia 14. Sejak itu, NARUTO menjadi kegemaranku. Pada asalnya, NARUTO merupakan kanak-kanak yang lemah dan tidak dihiraukan. Oleh kerana kesungghan, tekad dan keikhlasan yang terletak di dalam dirinya itu menjadikan NARUTO satu watak yang tidak kenal erti putus asa. Akhirnya, NARUTO menjadi seorang yang penting kepada rakan- rakan dan kampungnya, memberi satu harapan kepada semua orang. 

Kerana inilah, aku juga tidak berputus asa dalam mengejar cita- cita. 

"JIKA NARUTO TIDAK PERNAH BERPUTUS ASA, MENGAPA AKU PERLU?"

Kerana kata- kata ini sering bermain di fikiranku, aku juga menjadi manusia yang tidak putus asa. Segala cabaran yang mendatang, sering kali aku tempuhi, sama seperti NARUTO. 

Mungkin anda yang membaca tidak faham diriku, tapi, inilah aku. 

NARUTO bukan sekadar watak dalam anime, tapi merupakan Inspirasi buat diriku. 

TQ NARUTO. 

Until next time,
TQ,
May be peace upon you.

Wednesday 23 July 2014

UKUR KEMATANGAN DIRI SENDIRI

Kita semakin hari, semakin tua, semakin berumur dan berusia. Jika suatu masa dahulu, kita pernah belajar bertatih, kita pernah berusia 5 tahun, kita pergi belajar tadika. Kita juga pernah berusia 7 tahun, tahun 1 sekolah rendah, hari di mana kita mula kenal alam persekolahan dan guru yang garang. Masa sekolah rendah, kita salu gaduh, antara kelas la, dan berpuak2 (Pengalaman sendiri). Kita menjadi semakin dewasa, iaitu menuju ke alam remaja. Kita berusia belasan tahun. Masa ni, ciri2 yang paling ketara, kita mula tertarik kepada berlainan jantina. Ada yang sanggup buat apa sahaja untuk menarik perhatian gadis/ jejaka yang disukai. Masa ni, kita mahu kelihatan menarik dan cantik, macam, CANTIK, TERTARIK, KAU MMG THE BOMB!

Bila berada di akhir remaja, usia dalam lingkungan 18-20, kita mula fikir tentang masa depan. Apa yang mahu dibuat, dimana mahu further study, untuk apa study, macam mana nak cari duit. Sedar x sedar, kita akhirnya meninggalkan alam yang penuh glamour itu. Kita sudah berada dalam alam dewasa, di mana pemikiran dan cara hidup kita mula berubah, kita banyak berfikir sebelum bertindak, di mana emosi mampu diatasi dengan pemikiran yang rasional.

Usia dalam lingkungan 20-an, kita mula berfikir untuk hidup berkeluarga. Ada yang kahwin, seawal usia 20 tahun. Dari berkeluarga, kita semakin matang dalam menilai diri sendiri. Punya keluarga bukan satu beban yang mudah untuk dipikul. Nafkah isteri, anak2 dan keluarga perlu diambil kira. Dalam hal ini, kita sekali lagi, cara pemikiran dan kematangan kita diuji dan kita telah melangkah 1 langkah ke hadapan. Memang saya sendiri akui, kawan- kawan yang seusia saya yang sudah berkahwin @ bakal berkahwin, cara percakapan dan pemikiran mereka lebih matang daripada saya. Sekurang- kurangnya saya masih memikirkan diri sendiri, dan mereka sebaliknya.  

Dalam meniti kehidupan ini, sedar atau x, masa telah mematangkan diri kita. Apabila melihat kanak2 sekolah rendah, pernah x, kita tersenyum sendiri? Kerana kita seperti melihat diri sendiri. Apabila melihat kanak2 bergaduh, kita secara tidak sedar, tersenyum kerana kejadian itu menjadi 1 memori indah buat kita. Pernah x, kita juga tersenyum apabila teringatkan zaman cinta monyet sekolah menengah? Pernah x, kita merasakan diri kita "alangkah tidak matangnya aku?". Dan, pernah x, kita terasa ingin kembali ke zaman itu?

Masa terus berdetik, dan kita punya pelbagai pengalaman yang mampu mematangkan kita. Cara kita berpakaian, bertutur, akhlak, berjalan, senyum, ketawa, pergaulan, itu semua lambang kematangan dan personaliti diri. Lihat sekeliling, siapakah insan yang menyumbang kepada kematangan kita? Bukan sahaja ibu bapa atau keluarga atau rakan atau jiran tetangga, tetapi juga termasuklah pemandu bas atau seorang cashier di restoran atau tukang kebun atau seorang pensyarah atau pemandu teksi atau sesiapa sahaja. 

Sebenarnya, itulah warna kehidupan kita. Insan yang tidak kita kenali, atau yang dikenali, mereka inilah juga mewarnakan dan mencoretkan kisah hidup kita. Sedar atau tidak? Lihat sekeliling dan imbas kembali.Anda pasti tersenyum dan bersyukur. Nikmatilah kehidupan dan jadilah watak utama di dalam cerita anda.

Until next time,
TQ,
~May be peace upon you ~

Tuesday 22 July 2014

MASTER SEKADAR MENJADI ANGAN- ANGAN

Dulu, sebelum kerja, aku memang berimpian nak further study, buat master. Ntah kenapa masa tu aku memang nak sangat buat master, macam aku study ijazah tu sebagai satu trek untuk aku sambung master. 

Aku serius. Aku mohon utk further study, isi form suma. Masa tu memang sangat bersemangat. Bila sampai masa, aku pun semak keputusan. Kecewanya apabila aku dalam senarai KIV memandangkan kursus yang aku apply tu memang popular, Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling. Mungkin kerana terlalu ramai pemohon, aku terlepas peluang ini. 

Kemudian, dek kerana itu, aku mula cari pekerjaan, sebab aku memang konfem xakan further study kan. So, dapat la keje kat kilang Rohm Wako tu. Alhamdulillah. Kerja punya kerja, aku memang langsung melupakan hasrat hati aku tu. Until 1 day, ada call daripada pihak UKM, minta aku ke sesi interview master. Then, aku terpaksa menolak since aku baru je dapat kerja tetap dan baru sahaja habis tempoh percubaan. 

Then, aku realised that, entah bila cita- cita aku untuk further master ni akan jd kenyataan. Orang cakap aku bole buat PJJ, tapi bila kerja dengan Rohm Wako ni, jadi susah la plak, pasal ujung minggu dy xsame ngan gomen. Kadang2 cuti sabtu sahaja, kadang2 cuti jumaat sabtu, kadang2 cuti sabtu ahad. So, bila aku boleh attend kelas tu sume? 

Xapa la, mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Apa yang berlaku sentiasa punya alasan, mungkin kita tidak suka, tapi itulah yang terbaik buat kita. Allah SWT itu maha mengetahui. 

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you~

Thursday 17 July 2014

TIPS INTERVIEW

Jom, aku share sikit tips interview aku. Aku ni jarang taw p interview. Aku ada jugak fail 2, 3 kali interview. Tapi, bila p interview kt kilang ROHM- WAKO, aku lulus. ~ALHAMDULILLAH~

Jom aku share sikit... interviewer aku tu MS. WONG (General Manager, Div Admin) dan En. Wahid (Head Dpt Personnel). Personnel tu kira macam bhgn HR la kt Rohm Wako. 

Tipsnya:

1. Confident. Mesti yakin, setiap jawapan yang kita jawab perlulah meyakinkan dan punya the main point yang kita cuba sampaikan. 

2. Jujur dan be yourself. Dalam interview, jadi diri sendiri, dan jawab soalan tu seakan- akan kita memberikan pendapat kita sendiri. Kalau kita sendiri tidak mampu untuk memberikan pendapat sendiri, kita seakan berpuara- pura dan membohongi diri. 

3. Kemasan fail. Nak pergi interview, mesti bawa fail dan salinan sijil. Sila susun sebaiknya. Kepada lepasan IPTA @ IPTS, ini cara saya menyusun sijil- sijil saya. 

a. Saya buat divisyen; bahagian IPTA, STPM dan SPM. (Saya asingkan supaya senang utk membezakan level pendidikan kita)
b. Keputusan peperiksaan dan sijil Ijazah saya letakkan di depan sekali (inilah priority)
c. Tgk balik fail anda, ada gmbar kartun x? Kalau ade, p beli fail lain yang plain (Ini menunjukkan tahap kematangan kita) 

4. Fikir sebelum menjawab sebarang soalan. Salunya, ramai yang terperangkap di soalan, 

"Kenapa awak nak kerja?"
Ramai akan jawab, "Saya mahu pengalaman kerja" (XBOLEH DITERIMA)
Tolong fikir secara mendalam kenapa nak kerja sebelum menjawab. 

Saya ingat lagi, masa Ms. Wong tanya saya, "WHY DO YOU WANT TO WORK?"
Saya jawab,

 "BECAUSE I HAVE TO WORK. I DON'T WANT TO DEPENDS TO MY PARENTS LIKE FOR THE WHOLE LIFE. I WANT TO BE INDEPENDENT. YES, MY MOTHER IS A TEACHER, YES SHE CAN GIVE ME MONEY, BUT UNTIL WHEN? SHE WILL GONE SOMEDAY, THEN, HOW CAN I SURVIVE AFTER THAT? I HAVE TO LEARN TO WORK, I HAVE TO HAVE MY OWN LIFE."

Panjang jawapan aku. Itu cara aku jawab dan sangat ikhlas dari hati aku. Kadang- kadang, kita perlu fikir jauh tentang kehidupan kita. Soalan sgt simple, "Kenapa nak kerja?", tapi, untuk jawab soalan, minda kita perlu menerawang jauh 10 @ 20 tahun akan datang. :)

5. Soalan berikutnya, "Where do you see yourself after 5 years?"

Aku jawab straight to the point, 

" I want to be promoted after 1 year from clerk to officer. Then, promoted again to to another level, executive, section head and manager. That what I want to be. I want to move on my career"

Sebab itulah yang akan motivated kita untuk terus berusaha. Untuk capai apa yang kita mahukan dalam kehidupan kita. So, be clear to what you want to be. Jangan malu untuk bermula dari bawah sebab kita mmg xpunya pengalaman , kita fresh graduate.. belajar drpd yang berpengalaman.  

6. Soalan seterusnya, "Many fresh graduate, they touch and go after 1 year. So, are you come here to take the experience then go?"

Nak jawab soalan ni, mmg berpeluh. Take sometimes. Sebab ini mmg berlaku. Tapi, aku mmg ada jawapan yeng tersendiri. 

"Why I have to touch and go. Here, very close my my home. This company not a local company, this is international company. I have a lot of potential to growth here. I believe I got potential, so, I want to develop my potential here. This is an opportunity that I will never missed it"

7. Soalan seterusnya berkenaan disiplin, punctuality. "How can you control 1600 employees to be punctual?" ( soalan ni saja nak uji disiplin, tahap pemikiran kita. Xsemua interviewer tanya soalan ni. Tapi dalam kes aku, interviewer tanya? Mmg aku bergelut nak jawab.

Aku jawab,

"If you want your employees to be punctual, you have to make the first move. It is, we have to be punctual first. Let say, we gonna have a meeting at 9. But, we, as a leader, show up at 9.10.. and the other would say, the boss come late, so, why would we come early? Means that, if the meeting start at 9, we should be there early, so then the others will follow."

So, ni lah tips yang aku bolehbagi setakat ni.  Of course, your appearance pun very important. 

1. Baju yang sopan and light. 
2. Kasut bertutup and bertumit, may be half inch dah cukup. 
3. Any gelang besi di tangan a.k.a bangle sila simpan dalam handbeg. Melainkan anda pakai gelang emas. Gelang besi, sila simpan. It is not nice. 
4. Tenangkan diri dan always smile. :)

Ok, until next time,
TQ
~May be peace upon you ~

I WORKED FOR ALMOST 6 MONTHS ALREADY

Lamanya x jenguk luahan hati dan perasaan aku ni. Dah berapa bulan ye... few months jugak la kan.. Last post aku pasal menganggur kan.. kononnya tgh aktif cari pekerjaan. So, sekarang, tgk TITLE aku balik.. 
I WORKED FOR ALMOST 6 MONTHS ALREADY!! 

Alhamdulillah.. dapat kerja, kerja yang macam aku bayangkan masa aku belajar dulu. Kerja dalam ofis, wat slide presentation, present, calculation, give opinion, jumpa supplier.. Pendek kata, aku suka kerja aku sekarang. Bertuah kan nasib aku.. dapat kerja elok. Gaji mmg xbyk sgt.. tp, still dalam 4 angka OK!
Hehehehe.. 

Guess what, semalam, bos panggil aku. 

"U have improved a lot, but still, there are slightly.... you can't catch my Bold"

Walaupun aku ade kelemahan jugak, tapi yang penting, aku improved. Aku berusaha ke arah itu. Aku cuba buat my best dlm tugasan aku. Alhamdulillah. Kalau ada rezeki, Insyallah boleh naik pangkat next year. 

Oh ya, aku belom cakap lagi aku kerja kat mana kan? Xperlu aku merantau jauh hingga KL, Melaka, Kuantan, JB, Kedah etc.. Aku cuma perlu drive dlm 15 minit.. then, there you go.. my company!! Aku kerja dekat Kelantan ni je, dekat dgn umah aku. Well, kalo korang p Pengkalan Chepa, Kelantan, korang akan nampak 1 kilang besar, kiranya lamabang kemegahan negeri Kelantan.. kilang ROHM- WAKO ELECTRONIS (MALAYSIA) SDN BHD. Itulah tempat aku kerja. 

Kat situ, ramai engineer taw.. wow.. kalo dapat bertemu jodoh dgn engineer.. alangkah baiknya.. (Berangan)
 Aku masuk kerja kul 8, balik kul 5.. tapi salunya aku wat OT.. balik dalam jam 6 atau 6.30. Aku suka buat OT sbb aku lebih tenang wat kerja lps semua orang dah balik.. bukan sebab dapat bayaran lebih ke apa. Aku mmg suka OT. Alang2, belom kawen, wat la OT.. cari kepuasan. OT tu sebenarnya cara aku cari kepuasan aku dalam kerja harian aku. Ya, mmg letih, tapi, aku gembira. ( WEIRDO.. kan)

Ok, mama aku ada jugak suh ak apply gomen, tapi aku mmg xmo.. ak nk kerja kt Rohm Wako tu dlu.. ambil pengalaman. Sebab aku taw, aku ade potential bila kerja kt Rohm Wako. Potential to develop. Aku lebih puas macam ni. So, buat masa sekarang, biarlah aku cari rezeki di Rohm Wako. Mungkin aku akan ke gomen, tapi bukan buat masa sekarang. 

Until next time,
~May be peace upon you ~

Thursday 6 February 2014

MENGANGGUR

First, aku nak ucapkan HAPPY NEW YEAR, even dah masok bulan February.. Rasenya belom terlambat ag kot kan..

After abes belajar, cari keje... dan xdapat2... :(
 Kiranya aku ni menganggur la sekarang... Apa itu PENGANGGUR? Sama tak dengan suri rumah sepenuh masa?

MENGIKUT BUKU EKONOMI TINGKATAN 6, PENGANGGUR ITU ADALAH INDIVIDU YANG TIDAK BEKERJA DAN SEDANG AKTIF MENCARI PEKERJAAN. 

So, aku salah sorang dari insan yang sedang aktif mencari pekerjaan la.

Tapi, alang2 cari keje dan xdapat2 tu, aku wat la biz sikit, jual kosmetik.. HIKHIKHIK..

Bab kosmetik ni mmg suka sangat sbb mmg antara kesukaan aku.. So far ni, Alhamdulillah... tapi, esok lusa, tak taw la cane... :(

Semoga rezeki itu milik aku. Ini bumi Allah SWT, rezeki di mana2 shj asalkan berusaha... Ya dak??

ok, 
until next time 
~ May be peace upon you~