Assalamualaikum
Setelah sekian lama tak update blog.
Selalunya aku hanya share story yang amat bermakna buat aku.
Tanggal 27 Disember 2019, Alhamdulillah, aku telah akhiri zaman bujang. Dengan skali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada kekasih hatiku, Mohamad Syafiq Syazwan bin Mat Azmi.
Perjalanan untuk menjadi halal ni, seriously memamg sangat mencabar. Mostly, kami hadapi masalah kewangan yang agak teruk. Allah swt je yang tahu cabaran tu. Hati kene kuat, dan percayalah, kuat mana ujian tu, jangan pernah mengalah. Ujian dari Allah utk melihat kekuatan kita, keimanan kita dan ujian dengan bisikan syaitan untuk membatalkan majlis dan ujian dari hati kita sendiri untuk terus percaya antara satu sama lain.
Aku xank la share berapa bajet majlis aku tu, yang macam budak twitter salu buat. Konon bajet dalam RM6k je, tapi sume orang sponsor. Mmg la dapat bajet RM6k. Law bajet tu.. get ready la dalam RM 20-25k. Siyes makan bajet yang besor. Haih... tapi, Alhamdulillah, sume dah selesai.
Menjadi isteri ni, walaupun usia perkahwinan baru mencecah 3 bulan, penat nak layan kerenah suami. Susah nak tgk bilik tido yang kemas mcm aku zaman bujang dulu. Suami suke letak towel merata, baju sepah., sampah xreti nak masuk dlam bakul sampah dan lain-lain. Tapi, ada orang nasihat aku, LELAKI AKAN SELALU MENJADI LELAKI. KITA SEBAGAI ISTERI, JANGAN PERNAH RASA TERPAKSA UNTUK MELAYAN SUAMI. LAYANI SUAMI DENGAN RASA GEMBIRA DAN SYUKUR. JIKA TIADA SUAMI, SENYAPLAH RUMAH KITA. NANTI KITA NAK BEBEL KAT SAPE LAGI KAN?
Sungguh, bila difikirkan, betapa ajaibnya ciptaan Allah SWT menjadikan Adam dan Hawa. Lelaki dan perempuan saling mlengkapi. Masing-masing ade kelebihan dan kelemahan. Lelaki dijadikan untuk mendengar, dan perempuan dijadikan untuk meluah. Perempuan pandai mengemas, hebat dalam lembut tutur kata, menjadi pnawar hati lelaki. Lelaki pandai dalam membaiki, menjadi tempat bergantung perempuan.
Mengenali suamiku, baru ku faham erti kesempurnaan. Suami bukanlah seorang yang sempurna, dan aku juga bukan seorang yang sempurna. Tetapi, apabila bersama, kami tahu, kami sempurna. Saling memerlukan satu sama lain. Saling melengkapi sesama kami. Kami tidak perlukan kemewahan untuk menjadi sempurna, cukuplah dengan apa yang kami ada dan kami usaha untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Kepada korang yang terbaca, aku mohon, doakan kami menimang cahaya mata secepat mungkin. Tak sabar rasanya untuk melihat bagaimana muka dan perangai anak kami nanti. Mohon doa rezeki kami dimurahkan dan mendapat baby secepat mungkin ye.
Baju nikah |
Bersanding pada 28 Disember 2019 |
Doaku, semooga perkahwinan ini kekal sampai bila-bila. Izinkan ku menjadi isterimu di dunia di akhirat dan InshaAllah di syurga Allah swt. I LOVE U HUSBAND!!