Assalamualaikum
Dekat setahun dah x update blog ni.
So, dekat setahun dah duduk kuarters, baru sambung.. hahaha
Post yang pertama:
Boleh klik kat sini.
Sambungan daripada point no 6.
Basically,
- Pergi stamping kontrak di LHDN. Yang ni, sis xpi lagi. Tapi bajet dalam RM 40 untuk stamping kontrak.
5. Selesai semua, kene bawa sume dokumen, salinan setiap resit, ke BPH, Blok F6.
6. Kunci? InshaAllah dapat. Sis x selesai lagi. Dah selesai sis cerita lagi.
Jadi, kos stamping pun sis dah lupa..dalam RM60 kot., sis pergi buat LHDN Cyberjaya. Kat situ, ada komputer layan diri dan ada staff yang tolong guide utk masukkan input. So, follow saje arahan dia. Kemudian, tunggu giliran kita dipanggil. Bagi dokumen, stamping, bayar, dah siap.. Ok, jom balik!
Settle semua tu, bawa la sume dokumen ke BPH. Dorang check sume, kemudian dorang bagi kunci. BPH akan explain, segala dokumen berkaitan hendaklah disimpan untuk kegunaan keluar kuarters nanti. Bayaran bulan RM400 + RM2 (Penyelenggaraan), so total dalam RM402 sebulan.
Waahhh... eksaited dapat kunci, terus pecut ke kuarters.
Dah msk kuarters, check elektrik apa sume, lampu, kipas, air.. sume ok..
Yang paling excited, tgk dapur... suka sgt dengan dapur... haih.. mmg pompuan suka dapur kot kan.. Dapur besar, dah ade build-in kabinet. Bilik tidur utama pun sama. Bilik tidur 2 dan 3, kosong.
Alhamdulillah, sekarang dah duduk kuarters, happy sgt, dekat dgn tempat kerja dan sewa bulanan sgt murah.
Nikmat apa lagi yang engkau dustakan?
Ok lah, itu sahaja utk hari ni.
Terima kasih.