Inilah cover page novel tu, Momo.. Macam mana saya tertarik nak baca novel ni..?? Well, first, masa sem lepas, saya masuk website kaki novel, dan masa tu, novel ni adalah novel terbaru.. Jadi, boring- boring, saya baca dia punya review cerita.. So, saya cakap,
" Leh tahan jugak novel ni, nampak xbest, bila baca agak best.."
Dan saya terus baca dan baca review itu.. dan... sampai satu part, die terhenti.. Untuk tahu lebih lanjut, milikilah novel Angel in The Devil's Suit. Dan, saya terus niat nak beli... tapi, masa cuti hari tu, saya xsempat nak pi beli kat popular KB MALL, sebab berlaku masalah peribadi a.k.a family sikit..
Bila datang UKM, ada buat pc fair la, book fair la, then ada jual novel ni, dengan potongan 10%. So, saya terus beli.. dan baca...
Begini cerita dia::
________________________________________________________________________________
Camie mempunyai kekasih bernama Jeremy, yang dah pun mendiang. Lepas kematian Jeremy, dia berpindah ke Riveria Hook, dan belajar kat kolej di sana. Kat sana, dia berkenalan dengan sorang lagi Jeremy, Dew Jeremy. Muka sebijik macam Jeremy mendiang tu.. cuma, Dew ni hantu sikit, kaki buli, mudah baran, Taiko, The Devil kat kolej tu, tapi mendiang Jeremy ni mcm Angel.
So, as new student, Camie dibuli oleh Dew. Tapi lama- lama kena buli, mereka ni dah macam fall in love, tapi Dew xnak mengaku sebab dia takut tuk menyanyagi orang lagi selepas satu peristiwa pahit. Tingkah laku Camie menghiburkan Dew, muka Camie yang kalut- kalut, nampak comel di mata Dew, lagi comel masa Camie marah. Lagi Camie marah, makin kuatlah si Dew tu buli Camie.
Then, dalam Camie dan Dew gaduh gaduh manja tu, Rosally, kakak mendiang Jeremy datang, dan berkenalan dengan Dew. Mula dari situ, terbongkarlah segala rahsia... Rahsia besar yang hanya ibu dan bapa mereka saja yang tahu.
_________________________________________________________________________________
So, lebih kurang begitulah cerita ni.. Tapi, cerita ni lain dari yang lain, latar belakang bukan bertempatkan Malaysia, budaya juga bukan budaya Malaysia, namun begitu, Kaseh Esmiralda sedaya upaya menulis novel ini dengan baik untuk sesuaikan dengan citarasa peminat Malaysia..
So, kalau mahukan kelainan, boleh la baca novel ni.. Agak best!!
Until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~