Sesi pengajian 2012/2013 sudah pun bermula. Sedar xsedar, sudah hampir 3 tahun aku berada di UKM sebagai pelajar. Kini, aku sudah berada di tahun senior. Orang kata senior year. Semester 2 aku akan berada entah di mana menjalani latihan industri. Aku pasti, aku akan merindui UKM bila tiba masa itu. Mungkin sekarang, aku berharap agar aku cepat2 habis belajar, puas sudah berada di UKM, tapi, bila tiba saat suatu hari nanti, aku akan merindui UKM seperti mana aku merindui zaman persekolahanku.
Semester ini, aku tidak punya banyak kelas seperti semester2 yang lepas. Banyak masa lapang aku. Tapi, boleh kata tidaklah lapang sangat bila aku perlu menyiapkan projek akhir aku iaitu tesis. Xsiap tesis, xgaraduate la aku. Aku juga sibuk dengan beberapa projek dan kerja part time. Aduuhhhh.... tengok, mane ada free sgt pun. Law orang kenal aku, mesti dia cakap, asyik sibuk je Qela ni. Hehehe.. tapi aku agak suka dengan kehidupan aku yang sibuk ini, sebab aku kurang fikirkan masalah yang aku hadapi. Cuma ia agak meletihkan.. :)
Malam, sure aku tidur dengan lena... =)
Setakat ni saja la update baru ye.
Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment