Bicara pada kali ini adalah Ilmu dan akal. Apa ilmu? Apa akal? Bagi diri aku sendiri, ilmu ni pengetahuan kita dari yang kita tak tahu kepada yang tahu. Contohnya, aku tak tahu ada teori Flying Geese sebelum ni sehinggalah aku belajar dalam Ekonomi Pembangunan Antarabangsa. Tapi, ilmu tidak ada had. Kita boleh menuntut ilmu di mana- mana sahaja dalam dunia ni sebab ilmu itu milik Allah SWT. Sebenarnya, pelbagai bidang ilmu wujud dalam dunia ni, contohnya ilmu perbidanan kampung, ilmu kejuruteraan, ilmu alam sekitar, ilmu pengetahuan am seperti siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama? Siapa presiden Amerika sekearang? Ini ilmu am di mana kita memperolehinya melalui pembacaan kita, bukannya belajar di kelas yang formal. Well, law nak cakap pasal ilmu ni, memang xakan habis la. So, depends la pada korang nk takrifkan apa itu ilmu..
Berbalik kepada akal pula. Apa itu akal? Secara personal, aku takrifkan akal itu salah satu organ/ anggota badan manusia yang sebenarnya tidak nampak, di mana ia digunakan untuk kita berfikir. Contohnya, kalau kita nak buat jahat, kita gunakan akal untuk berfikir baik buruk kesannya.
Imu dan akal. Kalau kita gunakan kedua- duanya sekali, Insyallah, kita akan menjadi insan yang berjaya. Apa guna ilmu yang ada kalau tidak digunakan? Apa guna akal kalau kita juga tidak gunakan? Ada ilmu, gunalah akal untuk mempraktikkan ilmu yang ada. Ada akal, fikirlah bagaimana untuk menambah ilmu yang ada.
Nafsu. Ada akal, ada ilmu, tapi janganlah terlalu mengikut nafsu. Kita punya ilmu dan akal untuk membezakan baik buruk sesuatu, tapi kerana nafsu, kita kalah dengan diri sendiri. Contohnya, rasuah. Kita tahu ia salah, kita tahu padah rasuah, tapi, kerana terlalu mengikut nafsu, kita lupa semua tu. Nafsu mengusai diri. Jika terlalu mengikut nafsu, memang binasa diri sendiri.
Jadi, fikir- fikirkan antara ilmu, akal dan nafsu.
So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you ~