Selamat pagi. Rasanya dah lama aku tak update blog ni, tapi xpenting pun, no one ever waits for my entry. Semua yang ditulis dalam ni sekadar luahan perasaan sahaja, bila hati terasa sunyi, perlu tempat meluahkan, tapi xtaw pada sape, blog ni lah tempatnya.
Terkadang terasa aku sendiri keliru dengan diri aku, perasaan aku, apa yang aku nak dalam hidup. Rasanya baru semalam aku bersekolah rendah, sekarang sudah 23 tahun. Cepat masa berlalu. Bila difikir, apa yang aku dah buat selama 23 tahun ni? Apa achievements aku? Rasanya aku sudah tidak mengenali diri sendiri. Apa matlamat hidup aku? Terasa aku sudah hilang matlamat itu. Kekadang, aku faham kenapa orang bunuh diri... bila rasa hidup sudah tidak bermakna, bila masalah terlalu banyak, bila hati terasa kosong, untuk apa diteruskan hidup ini?? Jika bunuh diri itu bukan 1 dosa, jika kosong iman di dada, sememangnya, jalan itu yang akan aku pilih.
Apa yang aku rasa tika ini, saat ini? Aku sendiri tidak tahu, tidak mengerti. Kekecewaan, marah, rindu, benci, sayang, harapan... rasanya semua ada di situ. Bila difikir, tika aku mengambil keputusan untuk melupakannya, tika aku berasa diri ini tidak dihargai, tika aku disingkirkan dari hidupnya, tidak setitis air mata ini menitik. Pada aku, tidak berbaloi untuk menangis deminya. Tapi, kini, aku bertanya pada diri aku, hati aku, adakah aku betul menyukainya? Jika suka, kenapa tidak menangis? Adakah kerana kekecewaan dalam hati menyebabkan aku tidak mampu menangis? Aku keliru. Terkadang, terlintas nama dan wajahnya di fikiran... dan saat itulah aku cuba menghalau bayangannya..
Entah kenapa, aku rasa tiba masanya aku menutup pintu hati ini selamanya. Jika sebelum ini, aku mengharapkan seorang lelaki untuk hadir mewarnai hidupku, tapi, kini tidak lagi. Aku tidak mahu lagi. Seeloknya aku hidup sendiri. Biarlah apa yang rakanku bakal kata nanti, yang pasti, hati ini akan ku tutup selamanya. No more man in my life. Cukup sekadar berkawan. Adakah aku takut untuk menerima lelaki lain lagi? Aku sendiri tidak tahu. Apa yang aku tahu, men, they should not be trusted!!
Bila menonton cerita cinta di televisyen, feveret aku, Istanbul Aku Datang.. rasa sweet sangat!! Tapi, entah bila nak jumpa lelaki macam tu.. Aku suka menonton, tapi aku mula fed up dengan cinta!! Sangat- sangat!! Everything was so annoying!! Tahniah pada korang yang jumpa jodoh, you find the perfect man for you... ya.. xsemua lelaki tidak boleh dipercayai.. but, I have to choose between two options right... untuk mempercayai, atau tidak.. so, i choose untuk tidak mempercayai.. except for certain guys... aku juga punya pilihan untuk mencintai atau tidak.. so, aku pilih tidak.. dan aku juga pilih untuk tidak dicintai. Perfect!!
Rasanya aku belom matang lagi dalam menjalani hidup aku sebagai gadis dewasa. Banyak lagi pengalaman yang perlu aku dipelajari, ramai lagi individu yang menarik untuk dikenali, pelbagai tempat yang belom aku terokai. So, rasanya aku perlu hadapi the adventure first... untuk mematangkan aku.. So, doesn't matter la apa yang orang nak fikir, as long as hidup aku gembira.. Aku lebih rela hiudp seorang diri daripada kena tipu dan diperguna oleh lelaki.. So ridiculous!!
May be, kalau aku xkawen pun.. aku akan ambik anak angkat kot.. untuk gembirakan hati aku, at least, ade yang teman aku daripada xde langsung.
Last but not least, aku dah wat keputusan.. TUTUP HATI AKU UNTUK FOR NOW UNTIL .........??? Entah lah sampai bila.. may be forever??
So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~