Sunday, 10 December 2017

KERJA BARU

Assalamualaikum & selamat sejahtera.

Dah lama xmenulis blog, rasa macam bertahun-tahun. Di pengakhiran tahun 2017 ni, biarlah saya mencoret sedikit untuk ingatan dan memori hidup saya.

Tanggal 17.09.2017, saya telah melapor diri di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menggalas tugas baru, Penolong Pegawai Tadbir (PPT) gred N29. Selepas lapor diri dan menghantar dokumen-dokumen yang diperlukan, saya dan pegawai-pegawai lain telah ke IKWAS, Kluang, Johor bagi menghadiri kursus PPT. Kursus tersebut berlangsung selama seminggu (17~21.09.2017).

Kursus tersebut agak meletihkan memandangkan jadual yang sangat padat. Macam-macam yang diterangkan, berkenaan pengurusan aset kerajaan, cuti, tugas-tugas PPT dan lain-lain. Dalam seminggu tu juga, kami tidak diberitahu penempatan kami sehinggalah hari akhir. Punyalah berdebar-debar di hati, risau juga jika ditempatkan di Sabah atau Sarawak. Banyaklah habis duit beli tiket balik Kelantan.

Tapi, Alhamdulillah, saya di tempatkan di Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), di Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM). Bertempat di Putrajaya.

Perasaan masa tu,  gembira pun ada, sedih pun ada sebab akan tinggalkan keluarga di Kelantan. Masa nak bergerak ke Putrajaya, Allah SWT saja tahu perasaan masa tu, sangat berat hati. Yalah, dah 3 tahun kerja di Rohm Wako, Kelantan, tiba-tiba kena keluar ke Putrajaya.. sangat berat hati. Seminggu pertama di Putrajaya, saya asyik menangis siang malam, mata bengkak.

Tapi, sekarang dah nak masuk bulan ke3 di MOSTI, semuanya ok sahaja. Dah xnanges sebab dah biasa. Dapat housemate yang sangat baik dan sekepala, walaupun dorang lagi muda, pangkat adik-adik. Dorang baru 21 & 22 tahun, sedangkan saya sudah 27 tahun, tahun depan nak masuk 28. Officemate pula, Alhamdulillah ok dan sangat membantu. Saya boleh bergaul dengan baik. Bos pula sporting dan kelakar. Orang kata, everything goes smoothly. Terima kasih dan syukur pada kurniaan nikmat dan rezeki Allah SWT.

Lupa pula nak beritahu, saya dah RESIGN kerja Rohm-Wako ya. Harap maklum. Tapi, sayang tu masih ada di sana. Orang kata cinta pertama ni susah nk lupakan, begitu juga dengan kerja pertama, tempat kerja pertama, rakan-rakan sejawat di sana.. memang susah nak lupakan dan sentiasa berada di dalam hati. 3 tahun di sana bukan tempoh yang singkat. Macam-macam saya belajar. Dari zero to hero. Situlah tempat saya belajar dan mengenal dunia sebenar pekerjaan. Sangat menghargai apa yang dipelajari dan tunjuk ajar rakan sejawat.


Ok lah, itu sahaja untuk hari ini.
Semoga saya menjadi penjawat awam yang berjaya, berdedikasi dan berintegriti.


Wednesday, 10 May 2017

Ujian

Ujian itu ada pelbagai. Orang kata, kesusahan itu ujian, tapi kesenangan juga ujian. 

Melangkau usia 27 tahun, diri ini masih lagi bujang. Rakan-rakan ramai yang sudah kawen. Ada anak 2,3 orang. Bohong la kalu cakap hati ini tidak terusik. Memang dari jauh nampak gembira, dalam hati tiada perkataan yang boleh dikata. 

Melihat rakan-rakan kawen memang aku gembira. Tapi ak juga ingin merasa begitu. Tapi, apa kan daya, mungkin jodoh itu belum tiba, mungkin tersesat ke planet marikh. 

Dalam mengenang nasib, aku cuba bertenang dan melihat sekeliling. Ya, aku diuji. Allah itu penentu segala. Aku mula sedar sesuatu. Allah sedang memberi impian aku.

Dulu, aku selalu berangan mahu jalan-jalan ke luar negara. Mahu kerja yang baik. Aku rasa aku sudah mula mendapat apa yang aku mahukan. Alhamdulillah.  

Jadi, mungkin Allah tangguhkan soal jodoh pada diriku, dan mengurniakan aku impian-impian aku dahulu.