Pernah tak aku mention kat sini aku ni minat Naruto? Maksud ak kat blog ni la?? Sebenarnya aku ni kira kaki komik + anime. Xtaw anime, search kat google ye.. Kalau dulu, aku salu tengok anime, smpai berangan nak jadi hebat macam anime tu. Contohnya mcm Dragon Ball, Sailormoon, Slam Dunk, dan macam- macam lagi la sampai aku lupa nama anime tu. Dan, minat tu xpernah hilang, tetapi pudar la sedikit ekoran kerana usia dan kesibukan aku sebagai pelajar. Aku xsempat nk baca komik on9. Tapi, kalau ada masa, aku baca je. Al maklulmlah, aku minat kan.
Dan, salah satunya Naruto. Aku ase aku minat Naruto ni dekat 7 tahun da, dari aku ni umo 15 tahun pada 2005, dan skang da umo 22 tahun, 2012. Law dulu, aku salu je layan Naruto ni, skang kurang dah sikit pasal busy sangat. Memang aku gila Naruto, sampai kalau orang tanya,
"Da ada bf ke?"
aku jawab, " Ada, Naruto..hehe"
Bagi aku pada masa tu, masa dulu2 la.. belasan tahun, Narutolah hidup dan mati aku. Xtaw la apa specialnya Naruto. Thanks to Naruto, sebab, aku bermotivasi untuk belajar dulu pun sebab Naruto. Aku fikir, aku ni banyak nak beli barang Naruto, macam dia nye figura, towel, baju, movie die, mug dan mcm2 la lagi. So, benda- benda alah tu bukan murah, mahal, law x belajar, xdapat keje elok. So, aku kena belajar. Bagi masuk U, then kerja. Masa tu, leh la beli barang Naruto tu. Beginilah pemikiran aku masa tu dan terbawa- bawa sampailah aku Form 6. Bila aku stress, malas belajar, aku akan ingat Naruto. So, aku jadi semangat balik. Kalau Naruto boleh tabah, nape aku xleh?? hehehehe..
Ngeng kan aku?? Orang ingat tuhan, aku ingat Naruto. Haha.. Masa tu iman kurang sikit. Hehehe.. tapi, apa pun, bagi aku Naruto tetap beri kesan yang amat besar pada diri aku. Dan, skang kan, Naruto dah besar da, dah jadi kuat, semua orang berharap kat dia. Tetiba je, aku rasa bangga sangat ngan Naruto. Pasal, dulu kan, masa dia kecik salu je kena buli kan.. pastu orang salu anggap dia lemah, tapi Naruto tak pernah putus asa, dia tetap berusaha, hadapi banyak cabaran, dan jadilah Naruto sekarang.
Tak kisahlah Naruto kuat ke, lemah ke, yang penting, dia Naruto. Aku suka sebab dia adalah Naruto. Tak perlu aku nak suka watak lain sebab Naruto adalah sumber inspirasi aku.
Hehe.. ya, memang umo aku da tua, 22 tahun da, tapi minat tu tetap ada la walaupun aku pernah cuba buang. Tapi, bila datang rindu pada Naruto ni.. isshh.. memang xsanggup aku pendam. So, aku layan je la cite dia.. hehehe
So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment