Kita semakin hari, semakin tua, semakin berumur dan berusia. Jika suatu masa dahulu, kita pernah belajar bertatih, kita pernah berusia 5 tahun, kita pergi belajar tadika. Kita juga pernah berusia 7 tahun, tahun 1 sekolah rendah, hari di mana kita mula kenal alam persekolahan dan guru yang garang. Masa sekolah rendah, kita salu gaduh, antara kelas la, dan berpuak2 (Pengalaman sendiri). Kita menjadi semakin dewasa, iaitu menuju ke alam remaja. Kita berusia belasan tahun. Masa ni, ciri2 yang paling ketara, kita mula tertarik kepada berlainan jantina. Ada yang sanggup buat apa sahaja untuk menarik perhatian gadis/ jejaka yang disukai. Masa ni, kita mahu kelihatan menarik dan cantik, macam, CANTIK, TERTARIK, KAU MMG THE BOMB!
Bila berada di akhir remaja, usia dalam lingkungan 18-20, kita mula fikir tentang masa depan. Apa yang mahu dibuat, dimana mahu further study, untuk apa study, macam mana nak cari duit. Sedar x sedar, kita akhirnya meninggalkan alam yang penuh glamour itu. Kita sudah berada dalam alam dewasa, di mana pemikiran dan cara hidup kita mula berubah, kita banyak berfikir sebelum bertindak, di mana emosi mampu diatasi dengan pemikiran yang rasional.
Usia dalam lingkungan 20-an, kita mula berfikir untuk hidup berkeluarga. Ada yang kahwin, seawal usia 20 tahun. Dari berkeluarga, kita semakin matang dalam menilai diri sendiri. Punya keluarga bukan satu beban yang mudah untuk dipikul. Nafkah isteri, anak2 dan keluarga perlu diambil kira. Dalam hal ini, kita sekali lagi, cara pemikiran dan kematangan kita diuji dan kita telah melangkah 1 langkah ke hadapan. Memang saya sendiri akui, kawan- kawan yang seusia saya yang sudah berkahwin @ bakal berkahwin, cara percakapan dan pemikiran mereka lebih matang daripada saya. Sekurang- kurangnya saya masih memikirkan diri sendiri, dan mereka sebaliknya.
Dalam meniti kehidupan ini, sedar atau x, masa telah mematangkan diri kita. Apabila melihat kanak2 sekolah rendah, pernah x, kita tersenyum sendiri? Kerana kita seperti melihat diri sendiri. Apabila melihat kanak2 bergaduh, kita secara tidak sedar, tersenyum kerana kejadian itu menjadi 1 memori indah buat kita. Pernah x, kita juga tersenyum apabila teringatkan zaman cinta monyet sekolah menengah? Pernah x, kita merasakan diri kita "alangkah tidak matangnya aku?". Dan, pernah x, kita terasa ingin kembali ke zaman itu?
Masa terus berdetik, dan kita punya pelbagai pengalaman yang mampu mematangkan kita. Cara kita berpakaian, bertutur, akhlak, berjalan, senyum, ketawa, pergaulan, itu semua lambang kematangan dan personaliti diri. Lihat sekeliling, siapakah insan yang menyumbang kepada kematangan kita? Bukan sahaja ibu bapa atau keluarga atau rakan atau jiran tetangga, tetapi juga termasuklah pemandu bas atau seorang cashier di restoran atau tukang kebun atau seorang pensyarah atau pemandu teksi atau sesiapa sahaja.
Sebenarnya, itulah warna kehidupan kita. Insan yang tidak kita kenali, atau yang dikenali, mereka inilah juga mewarnakan dan mencoretkan kisah hidup kita. Sedar atau tidak? Lihat sekeliling dan imbas kembali.Anda pasti tersenyum dan bersyukur. Nikmatilah kehidupan dan jadilah watak utama di dalam cerita anda.
Until next time,
TQ,
~May be peace upon you ~