Assalamualaikum.
Sis xtahu nak tulis apa sebenarnya tapi sis rasa nak menulis.
Sebenarnya sis rasa kosong. Sekosong-kosongnya. Sis pergi kerja, balik kerja, dengar lagu.. tu je. Well, adalah jumpa kawan-kawan, borak-borak. Tapi end up, terasa kosong. Lost, xde arah tuju. Cuma sis tahu malam tido, esok bangun pergi kerja, wat kerja sikit, membawang sikit, tup tup dah pukul 5 petang, sis balik. Kat umah, sis buka lagu, menyanyi, layan FB, Instagram dan tido.
Tapi, jujur la kan, FB & Insta sis tak menarik pun. So, xada apa yang boleh ditunjukkan.
Kenapa agaknya sis rasa macam tu? Hidup single memang camtu ke? Atau sis je yang rasa camtu? Kalo sis nak gelak kan, sis buka lah you tube, layan JKK kampung kalut tu.. boleh la tergelak sorang gak kan, dari xada apa-apa.
Kadang-kadang sis fikir, macam mana hidup berumah tangga? Ada x orang yang boleh cerita kat sis how are the marriage life?
Dan kadang-kadang terfikir, macam mana orang yang hidup single like forever tu? Apa mereka buat supaya hati tu terisi dengan something?
Time belajar dulu semua nampak mudah. Tapi, bila dah hadapi sendiri, sakit tu Allah je yang tahu.
Tapi, itulah kehidupan. Ada senang, ada susah. Macam-macam dugaan. Setiap orang dugaan tu lain-lain, macam-macam yang terfikir logik akal pun ada. Tapi, itulah cara untuk Allah uji kita kan? Allah tak akan uji hambanya melebihi kebolehan hambanya sendiri. Maknanya, walau seberat mana ujian, kita pasti boleh hanrunginya, yang penting kita percaya dengan Allah SWT.
Bunyi macam budak baik kan sis ni? Sis xdelah baik pun, biasa ja. Tapi sis berusaha untuk jadi seorang yang baik dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. Bila kita ikhlas, niat kita baik, kebaikan akan sentiasa bersama kita dan sebaliknya.
Kadang-kadang, apa yang kita buat orang tak hargai, tapi jangan pernah berhenti, sebab walau orang tak nampak, tapi Allah tahu dan Allah menghargai kebaikan kita. Mungkin kita akan diberi balasan dalam bentuk yang lain. Contoh, anak yang soleh, pandai dan tahu hormat orang tua. Kita sentiasa dimurahkan rezeki, walau di mana kita pergi, sentiasa ada rezeki.
Jadi, susah ke nak buat baik dengan orang? Kalau susah, cuba berbuat baik. Semuanya bermula dengan senyuman. Dengan senyum itu, hati yang panas pun boleh sejuk. (Jangan senyum sinis pulak ye, makin sakit hati pulak nanti).
Selain senyum, jangan lokek dengan ucapan terima kasih. Sentiasa ucapkan terima kasih. Kalau perlu bantuan, boleh mulakan dengan perkataan tolong, dan diakhiri dengan terima kasih. Jadikan sebagi satu habit bagi kita, dan it will come naturally.
Okey, setakat nilah nk bebel.
TQ
No comments:
Post a Comment