Wednesday, 16 May 2018

RAMADHAN 2018

Assalamualaikum,

Sis nak mengucapkan Selamat Berpuasa kepada umat Islam.

Selalunya, kita kalut dengan azam tahun baru je kan? Macam mana dengan azam Ramadhan? Why not kita set up azam Ramadhan juga sebab bukan selalu jumpa Ramadhan ni. Ramadhan bulan penuh keberkatan.

Marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadat kita.

Dalam bulan Ramadhan nilah kita boleh muhasabah diri kita dan kita sedar bahawa Allah SWT itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana amal ibadat di bulan Ramadhan kita akan digandakan, doa-doa akan dimakbulkan, dosa-dosa digugurkan dan DOSA KITA TIDAK AKAN DIGANDAKAN!

Allah menggandakan PAHALA amalan kita, tapi tidak menggandakan dosa kita. Masya Allah.. betapa Allah menyanyangi kita semua dengan memberi peluang kepada kita sebaik mungkin untuk melakukan amal ibadat dan mengumpul pahala agar mampu membantu kita di hari akhirat kelak! Agar timbangan Pahala kita lebih berat berbanding Dosa. 

Jadi, rebutlah peluang ini untuk melakukan ibadat sebaik mungkin, dan berdoalah semoga kita akan bertemu lagi Ramadhan tahun hadapan.

Sekian, terima kasih!

No comments:

Post a Comment