Hari ni tengah scroll down up facebook, ternampak tweet PU Azman seperti berikut:
So, tiba-tiba sis terimbau kenangan zaman sekolah sis dahulu.
Sis ni termasuk golongan budak-budak kelas depan dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah kecuali semasa tingkatan 5.
Sis xde la bijak atau pandai sangat.. cuma salunya akan duduk kelas no.2, kadang-kadang markah sis lagi tinggi dari budak kelas no.1. Sis bangga diri sikit, bajet pandai, tapi bodo je.. hahahaha
Alkisahnya sis mmg xsuke budak kelas hujung, bagi sis budak nakal & jahat. Dah la nakal, jahat pastu bodo pulak.. ada hati nak ngorat aku, budak pandai ok, kelas depan.. kau mana layak dgn ak, malu couple ngan budak kelas hujung.. (Maaf ye kepada geng budak hujung, ni masa sekolah dulu, Ya Allah, mmg rasa bodo pulak skang ni)
Tapi apa yang PU Azman cakap tu betul, salunya depa yang kelas hujung nilah yang suka tolong cikgu, senang bagi arahan. Kalau xdak depa ni, xmeriah hari sukan sekolah.. nak harap geng kelas depan, xdenye nak bersorak bagai.. tapi, tulah, sis dulu xnampak benda-benda camni, skang baru boleh nampak... TERIMA KASIH kepada korang yang kelas hujung..
So, sambungan cite sis td, sis bangga kan sis budak pandai (orang cakap, sis xcakap), sis salu pandang rendah budak kelas hujung, law ada 5 kelas, kelas no 4 & 5 tu adalah kelas yang paling sis xsuke... mcm, nt bila dewasa, korang nk kerja apa lah, sbb korang ni bodoh.. tapi masa tu sis xsedar bahawa rezeki tu Allah yang bagi, Maaf ye korang.. skang ni, kelas depan ke, belakang ke, sume keje elok, rezeki masing-masing. Masa interview, xde pun tanya:
"AWAK KELAS DEPAN KE KELAS BELAKANG?"
Kemudian, masa tahun 2007, sis tingkatan 5.. awal tahun buka sekolah kan.. sis terus ke papan kenyataan yang menunjukkan senarai nama pelajar dan kelas. Sis cari nama sis dalam senarai nama kelas no.2. TAK ADA. So, sis macam gabra la, awat xdak kan.. cari punya cari..
Rupanya nama sis dalam senarai kelas no.4.
Sis turun kelas
Masa tingkatan 4, sis kelas no 2.. bila tingkatan 5, kelas no.4. Sekolah sis ada 5 kelas ja.. dan sis kelas no 4/5. Jadi paham-paham la ye...
Masa tu tamparan hebat bagi sis. Sis fikir macam-macam, contohnya:
- Alamak, dok 1 kelas dgn budak-budak bodoh pulak
- Nanti cikgu benci
- Mesti budak kelas depan xsuke aku
- Mesti budak kelas depan pandang rendah kat aku
- Mesti budak kelas depan cakap aku bodoh
Masa tu, sis rasa maruah sis jatuh gedebok, bergolek-golek atas lantai, dan rasa xnak pi sekolah sebab malu jadi budak kelas hujung.
Sis menangis, siap kol mama lagi, cakap xnak dok kelas tu.. turun kelas, dulu kelas 2, skang kelas 4.. tu kelas budak bodoh.
Mama kol mak cik. Masa tu mak cik kerja kat PPD (Pejabat Pendidikan Daerah). Mak cik kol kaunselor.
Kaunselor panggil.
Kaunselor: Aqeela tak suka duduk kelas tu ke?
Sis: Tak suka. Kelas hujung
Kaunselor: Jadi, Aqeela nak masuk kelas depan, kelas 2?
Sis senyap. Berfikir.
Kaunselor: Pasti?
Masa tu, buat pertama kali dalam hidup sis, sis berfikir dan buat keputusan yang matang, dan sis sedar, bukan semua yang duduk kelas hujung bodoh dan suka dilabel bodoh. Mereka tak minta untuk berada di situ, macam sis. Sis je yang anggap dorang bodoh.
Sis fikir,
Walau duk kelas depan atau hujung, kalau kita usaha, pasti berjaya. Kedudukan kelas xpenting, yang penting diri sendiri yang berusaha.
Sis jawab kat kaunselor.
Sis: X ape la cikgu. Saya xnak tukar. Duduk kelas mana xpenting. Kalau berusaha, pasti berjaya jugak. Tak perlu tukar kelas.
Mula dari situ sampai skang, sis dah xpandang rendah dengan kelas hujung. Bagi sis sama ja dan sis bangga taw bila markah sis lebih tinggi dari budak kelas depan. Budak kelas depan cemburu. Dorang fitnah sis meniru dalam exams. Sis sedih, tapi dalam masa yang sama bangga sebab dorang cemburu.
Sis suka sebab sis dah buktikan BUDAK KELAS HUJUNG TAK BODOH OK!!
Masa TRIAL SPM, sis dapat 4A, dan budak kelas depan pandang-pandang dan sis dengar dorang ngumpat dalam toilet,
"Kila meniru exam la tu.. law x, xkan dapat 4A"
Masa dapat result SPM, sis dapat 4A gak. Tapi sis puas hati sebab ade budak kelas depan dpt 1A, 2A dan ada yang xdpt A langsung. Dorang terkejut sis dapat 4A dan Mama sis belanja KFC hari tu.. Sis bangga ok dgn 4A tu.. bersyukur sgt.. sbb SIS KAN BUDAK KELAS HUJUNG..
Sekarang sume dah keje elok. Alhamdulillah.
Tak kira la duk kelas mana, yang penting usaha. Status kelas tu xpenting pun....
Skang, sis lebih suka bercakap dengan budak hujung, bagi nasihat dan motivasi.. (Mama cikgu sekolah menengah., dan sis salu jugak ikot Mama ke sekolah.. dan sis jupa budak-budak kat sana)
Bila borak dengan dorang, dorang salu cakap,
"Kite kelas hujung, xpandai, ada cakap kite bodo"..
Sis pesan, awak kelas hujung, xbermakna awak bodoh yang penting awak usaha, kejayaan pasti akan datang., cepat atau lambat. Pekakkan telinga, dan buktikan awak boleh berjaya!
Jadi turning point sis adalah semasa sis berumur 17 tahun, tahun 2007...
Ok, tu je bebelan hari ni.
Terima kasih
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment