Gadis kosong.
Itulah diri ku yang dulu.
Kenapa?
Entahlah, kekosongan di dalam hati. Walaupun sis tahu, hidup sis sempurna. Sis punya keluarga, punya kerjaya, punya rakan-rakan, dan masa tu, sis boleh shopping smpai lebam.. gaji sis dapat sis joli puas-puas. Dan, sis rasa, sampai bila?
Hati rasa xsempurna, rasa kosong yang teramat.
Pindah Putrajaya. Sis bertambah kosong. Apa yang sis xbuat untuk mengisi kekosongan hati sis? Sis hiking, berjalan2 kt pantai, keluar dengan kawan-kawan, sis dekatkan diri pada Allah SWT. Untuk seketika, terasa hidup sis sudah sempurna.
Dan, sis balik rumah, pandang, tengok sekeliling sis. Bilik tidur, TV, sis tidur, bangun, kerja, makan dan begitulah setiap hari. Bila sis kembali kepada dunia, kepada realiti, sis kecewa. Sis bertanya pada diri, sampai bila harus begini? Sis penat dengan cycle kehidupan sis. Walaupun terasa hidup sis sempurna, kekosongan itu tetap menerjah. Buat seketika, sis kembali kepada Allah SWT untuk mensyukuri nikmat yang diberi.
Dan, bila sis teringat pada kehidupan sis, sis tahu, hati sis masih lagi kosong, entah di mana kurangnya. Bila difikirkan, xperlu rasa begitu dan sis yakinkan hati, semuanya ok. Semuanya hanya mainan perasaan. Xperlu rasa begini, kehidupan sis sempurna bagi sis, dan sis patut gembira, bahagia dengan kehidupan sis.
Tapi, mulut boleh membohongi, dan tidak pada hati.
Pada detik perkenalan sis dengan tunang sis, itulah saat yang merubah segala. Perkenalan kami membawa sis kepada dimensi baru.
Dengan adanya tunang sis, hati yang kosong sis mula terisi. Walaupun sekarang, hdup sis xsesempurna sebelum ni, yalah, banyak komitmen sis, kadang2 rasa berat sangat hidup sis dengan sume komitmen tu. Tapi, hidup sis terasa sempurna, complete.
Walaupun, sis dengan tunang jarang keluar bersama, jarang berjumpa atas sebab komitmen kerja, hati kami masih kuat untuk satu sama lain.
Dulu, bila ada pasangan, sis ingat mungkin sis akan salu jumpa pasangan, keluar bersama. Tapi, rupanya x. Hidup sis masih sama. Cycle masih sama. Sis tidur, bangun, kerja, makan, balik kerja, terperap di rumah. Hujung minggu pun terperap di rumah jugak. Tngok TV. Tapi, hati sis dah terisi, dah x kosong mcm dulu.
Sis punya masa untuk beribadat, ingat Allah SWT, dan juga sis punya tunang yang sentiasa dalam ingatan dan hati sis.
X lama lagi kami bakal berkahwin, dengan izin Allah SWT.
Hati sis terasa, manisnya hidup sis sekarang. Sis bakal mempunyai keluarga sendiri dan juga sis tidak pernah lupa pada Allah SWT. Sis dapat kedua-duanya. Sis dapat pertolongan, perlindungan dari Maha Pencipta, dan sis juga dapat kasih sayang daripada keluarga, tunang, dan bakal keluarga sis (keluarga tunang).
Sis harap, kemanisan ni akan kekal selamanya, walaupun pelbagai ujian yang pahit bakal dilalui sis. Tapi, selagi sis berpegang, percaya pada Allah SWT, dan selagi sis menjaga hubungan sis dan tunang, InshaAllah, bakal suami sis, pasti kemanisan ni akan selalu ada untuk sis.
Sekian.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment