Seperti post sis sebelum ini, sis dah bertunang.
Orang cakap, bila bertunang ni banyak dugaan kan., masa bertunanglah kita akan lebih mengenali tunangan kita tu.
Well pada sis, sis mengaku bertunang banyak dugaan. Kenapa dugaan? Sebab sebenarnya kita dan pasangan dah betul2 serius untuk nak hidup bersama, membina kehidupan yang baru. Banyak komitmen, wang ringgit utk merealisasikan perkahwinan, dan, ya, itulah dugaan.
Bagi sis dan tunang sis, kami bersyukur kerana kami mampu menghadapi ujian demi ujian, terutamanye dari segi wang ringgit. Ya Allah, itulah ujian terbesar kami. Rasa macam mustahil je untuk kahwin. Tapi, Alhamdulillah, Allah itu Maha Besar, Maha Pemberi.
Dari segi perkenalan, Alhamdulillah, kami rasa hati kami semakin dekat, semakin sayang dan semakin mengenali satu sama lain. Tunang sis bekerja lebih kuat sekarang, dan sangat bertangunggjawab dengan setiap yang dilakukan. Sangat menepati ciri-ciri idaman sis.
Sekarang, kami dalam proses persediaan untuk perkahwinan. Tanggal 27 Disember 2019, InshaAllah kami akan disatukan. Tahun ini, InshaAllah, tahun bujang sis yang terakhir dan pembuka 2020 sebagai seorang isteri dengan pelbagai tangunggjawab. Juga tahun tunang sis digelar suami yang pelbagai amanah dang tangunggjawab yang perlu dijalankan.
Bersediakah kami?
Bersediakah kami?
InshaAllah, kami bersedia dan harapnya kami mampu bertolak ansur dan berkomunikasi dengan baik walau dalam apa jua keadaan. Semoga kami kuat dalam menghadapi dugaan yang bakal mendatang.
Last but not least, Abang, jadilah suami, teman, rakan, yang terbaik untuk sayang.
Thanks.
No comments:
Post a Comment