Thursday 12 November 2020

KUARTERS KERAJAAN

 Assalamualaikum

Hari ni nak cerita pasal kuarters kerajaan.

Alhamdulillah, genap 3 tahun kerja kerajaan, akhirnya sis dapat jugak kuarters.

Macam mana nk dapat kuarters kerajaan?

1. Kerja kerajaan. Pastikan dah dapat surat pelantikan daripada JPA.

2. Mohon kuarters sesuai dengan kelayakan. Permohonan boleh dibuat di website BPH. Setiap gred akan akan dapat kelas kuaters yang berbeza. Contoh, macam sis, sis gred 29, kelas kelayakan kuarters adalah kelas E. Kelas E ni adalah rumah teres. Tp, que panjang, so, sis downgrade ke kelas F. Kelas F ni adalah apartment. Kalau gred 41, kuarters kelas lain pulak. 

3. Dah mohon tu, lengkapkan maklumat diri dan submit.

4. Tunggu lah no que sehingga dapat tawaran. Sis mula mohon betul-betul lepas masuk kerajaan. So, tahun ketiga baru dapat. Alhamdulillah.

Dah dapat kuarters tu, bukan terus masuk taw. Banyak urusan nk settlekan sebelum dapat kunci rumah.

1. Mula-mula, nanti pihak BPH akan call untuk tanya sama ada kita masih berminat lagi x utk duduk kuarters. 

2. Lps tu, tunggu email daripada pihak BPH. Dia akan email minta sediakan dokumen. Dokumen pengesahan kerja dan tempat bekerja. Nanti follow je apa yang di email.

3. Lps tu, hantar dokumen ke BPH. BPH terletak di Parcel F, Blok F6, Putrajaya. Lps hantar, nanti dorang akan bagi surat tawaran dan dokumen-dokumen untuk masuk kuarters. Dan beberapa dokumen yang perlu kita sediakan.

4. Mengikut list bersama surat tawaran, basically, kita kene wat berikut:

        - Buka akaun TNB untuk elektrik. Tahun 2020, deposit elektrik RM 263, incl stamping dan cas pemasangan

        - Buka akaun Air Selangor untuk bekalan air. Deposit bil air RM 132, incl stamping, cas                            pemasangan dan lain-lain.

        - Bayar deposit rumah. Kalau kelas F, deposit RM300. Bayar di kaunter BPH, Blok F6 atau Pusat Perkhidmatan BPH di presint 11. Sis prefer presint 11, senang.. law parcel F tu penat nak jalan.

        - Pergi stamping kontrak di LHDN. Yang ni, sis xpi lagi. Tapi bajet dalam RM 40 untuk stamping kontrak.

5. Selesai semua, kene bawa sume dokumen, salinan setiap resit, ke BPH, Blok F6. 

6. Kunci? InshaAllah dapat. Sis x selesai lagi. Dah selesai sis cerita lagi. 

Jadi, tu je lah.

Doakan sis dipermudahkan urusan pemindahan ke kuarters ya.

Terima kasih.

  

12 comments:

  1. Replies
    1. bph akan email berapa lama ye lepas nombor queue tu habis?

      Delete
    2. busy, lupa nk sambung.. nt kita sambung ya

      Delete
  2. Kalau syabas salak tinggi dan kajang tutup sbb pkpd ni..boleh ke pegi dekat syabas selangor yg lain..

    ReplyDelete
  3. Saya tgh menunggu bph email,no giliran dh hilang,doa kan semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. bape lama tempoh menunggu email selepas no dh hilang tuan

      Delete
  4. owh.nombor giliran 8 saya sekarang ni

    ReplyDelete
  5. saya no giliran 3987...agak2 berapa tahun nak kena tunggu

    ReplyDelete
  6. saya mohon pada Okt 2019, baru dapat offer letter.Lebih kurang 2 tahun, saya fikir tempoh menunggu lebih singkat sebab ramai yang berpindah masuk ke PPAM sekitar Putrajaya

    ReplyDelete
  7. Mcm mana nk downgrade ke F ye?

    ReplyDelete