Tuesday, 5 November 2019

KAHWINI LELAKI YANG LEBIH MUDA. SALAH KE?

Assalamualaikum.

Isu kali ni adalah mengenai mengahwini lelaki yang lebih muda. Salah ke kita jika kita mengahwini pasangan yang lebih muda dari kita?

Kita sering kali dimomokkan oleh orang tua kita seperti mak ayah, datuk nenek, pak cik mak cik, supaya mencari pasangan yang lebih tua dari kita, iaitu, lelaki perlulah lebih tua dari wanita. Paling elok, katanya 2 tahun lebih tua dan ke atas. Sebabnya, katanya, lelaki lebih matang dan dan boleh diharap untuk menjaga si isteri, pandai handle masalah dan lain-lain. Justeru, kita sebagai perempuan sememangnya terdorong untuk memilih lelaki yang lebih tua dari kita kan? 

Bagaimana pula jika pasangan kita lebih muda dari kita? 

Salah ke?
Tak boleh ke?

Bagi pendapat sis, jika pasangan lebih muda dari kita, ianya bukan satu kesalahan. Dari segi hukum Islam dan rukun nikah, x ada pun menyebutkan, syarat wajib untuk berkahwin adalah lelaki mestilah lebih tua dari perempuan. Tak ada ye adik kakak sume. Kemudian, dari segi undang-undang Malaysia pun, tak ada pula akta khusus atau dalam mana2 perenggan yang mengatakan untuk bernikah, lelaki  wajib perlu lebih tua dari perempuan. Kalau x, kene bayar denda atau penjara. Tak ada pun ye.

Pandangan bahawa perempuan perlulah mencari pasangan yang lebih tua ni hanyalah pandangan masyarakat kita je. Ianya hadir dengan mentaliti lelaki lebih tua ni lebih matang pemikirannya dan mampu menjadi ketua keluarga yang baik memandangkan perempuan bersikap kebudakan dan lambat matang dari segi pemikiran. 

Bila diajukan kepada perempuan, kenapa tak suka lelaki yang lebih muda?

Ramai yang rata-rata menjawab, lelaki yang lebih muda ni x matang, beremosi, cemburu buta, dan tak pandai dalam handle masalah. Persoalannye, betul ke begitu?

Bagi sis, kematangan seseorang tiada kaitan dengan umur pun. Ya, tak dinafikan, lelaki yang lebih muda ni agak beremosi, bersikap kebudakan. Dan, tak dinafikan juga bahawa ada juga lelaki yang lebih tua masih tidak matang. Ada yang masih tiada hala tuju kehidupan, ada yang sekadar berkahwin, tetapi tidak mampu membimbing keluarga. 

Dan, ada juga, lelaki yang lebih muda mampu memberi pendapat atau idea yang bernas, mampu mengawal situasi, mampu berfikir dengan tenang dalam menghadapi masalah.

Sebenarya, soal kematangan tiada kaitan dengan usia, tua atau muda. Selagi seseorang ada usaha untuk majukan diri, untuk tidak lari dari masalah, untuk menjadi pembimbing kepada keluarga, bersikap terbuka dengan sesiapa sekali pun, punya pelbagai pengalaman hidup, pahit manis kehidupan, pastinya dia mampu menjadi seorang yang matang.

Jadi, selagi seseorang lelaki mampu memimpin kita ke arah yang lebih positif, lebih baik, menjaga kita dengan baik, mampu bertangunggjawab dengan setiap yang dilakukan, sama ada tua atau muda, bagi sis, tak ada salahnya. Tak ada salahnya kita mengahwini lelaki yang lebih muda. Dan tiada salahnya juga jika kita mengahwini lelaki yang lebih tua. 

Tua atau muda, jodoh pertemuan, ajal maut, bukan milik kita yang tentukan. 

Hari ini, dah ramai perempuan mengahwini lelaki yang lebih muda. Hal ini bukan sesuatu yang aneh di zaman sekarang. Kahwin, anak pun dah ramai, elok je. Yang penting, tua atau muda pasangan kita, perlulah berkomunikasi dan sentiasa pertahankan rumah tangga walau apa jua dugaan yang datang menimpa.
Ujian rumah tangga itu pasti ada, setiap saat, setiap minit, setiap hari.. berganti minggu, bulan dan tahun. Sabarlah, kerana selepas turunnya hujan, pasti akan munculnya pelangi. 

Berdoalah semoga kita, wanita, isteri akan menjadi ketua bidadari kepada suami kita di Sana nanti.

InshaAllah.

Sekian.

Terima kasih.

Sunday, 13 October 2019

LUAHAN SEORANG GADIS KOSONG

Assalamualaikum

Gadis kosong.

Itulah diri ku yang dulu.

Kenapa?

Entahlah, kekosongan di dalam hati. Walaupun sis tahu, hidup sis sempurna. Sis punya keluarga, punya kerjaya, punya rakan-rakan, dan masa tu, sis boleh shopping smpai lebam.. gaji sis dapat sis joli puas-puas. Dan, sis rasa, sampai bila?

Hati rasa xsempurna, rasa kosong yang teramat.

Pindah Putrajaya. Sis bertambah kosong. Apa yang sis xbuat untuk mengisi kekosongan hati sis? Sis hiking, berjalan2 kt pantai, keluar dengan kawan-kawan, sis dekatkan diri pada Allah SWT. Untuk seketika, terasa hidup sis sudah sempurna. 

Dan, sis balik rumah, pandang, tengok sekeliling sis. Bilik tidur, TV, sis tidur, bangun, kerja, makan dan begitulah setiap hari. Bila sis kembali kepada dunia, kepada realiti, sis kecewa. Sis bertanya pada diri, sampai bila harus begini? Sis penat dengan cycle kehidupan sis. Walaupun terasa hidup sis sempurna, kekosongan itu tetap menerjah. Buat seketika, sis kembali kepada Allah SWT untuk mensyukuri nikmat yang diberi.

Dan, bila sis teringat pada kehidupan sis, sis tahu, hati sis masih lagi kosong, entah di mana kurangnya. Bila difikirkan, xperlu rasa begitu dan sis yakinkan hati, semuanya ok. Semuanya hanya mainan perasaan. Xperlu rasa begini, kehidupan sis sempurna bagi sis, dan sis patut gembira, bahagia dengan kehidupan sis. 

Tapi, mulut boleh membohongi, dan tidak pada hati.

Pada detik perkenalan sis dengan tunang sis, itulah saat yang merubah segala. Perkenalan kami membawa sis kepada dimensi baru. 

Dengan adanya tunang sis, hati yang kosong sis mula terisi. Walaupun sekarang, hdup sis xsesempurna sebelum ni, yalah, banyak komitmen sis, kadang2 rasa berat sangat hidup sis dengan sume komitmen tu. Tapi, hidup sis terasa sempurna, complete. 

Walaupun, sis dengan tunang jarang keluar bersama, jarang berjumpa atas sebab komitmen kerja, hati kami masih kuat untuk satu sama lain.

Dulu, bila ada pasangan, sis ingat mungkin sis akan salu jumpa pasangan, keluar bersama. Tapi, rupanya x. Hidup sis masih sama. Cycle masih sama. Sis tidur, bangun, kerja, makan, balik kerja, terperap di rumah. Hujung minggu pun terperap di rumah jugak. Tngok TV. Tapi, hati sis dah terisi, dah x kosong mcm dulu.

Sis punya masa untuk beribadat, ingat Allah SWT, dan juga sis punya tunang yang sentiasa dalam ingatan dan hati sis. 

X lama lagi kami bakal berkahwin, dengan izin Allah SWT. 

Hati sis terasa, manisnya hidup sis sekarang. Sis bakal mempunyai keluarga sendiri dan juga sis tidak pernah lupa pada Allah SWT. Sis dapat kedua-duanya. Sis dapat pertolongan, perlindungan dari Maha Pencipta, dan sis juga dapat kasih sayang daripada keluarga, tunang, dan bakal keluarga sis (keluarga tunang). 

Sis harap, kemanisan ni akan kekal selamanya, walaupun pelbagai ujian yang pahit bakal dilalui sis. Tapi, selagi sis berpegang, percaya pada Allah SWT, dan selagi sis menjaga hubungan sis dan tunang, InshaAllah, bakal suami sis, pasti kemanisan ni akan selalu ada untuk sis.

Sekian.

Terima kasih.

Saturday, 12 October 2019

ROAD TO WEDDING

Assalamualaikum

Seperti post sis sebelum ini, sis dah bertunang.

Orang cakap, bila bertunang ni banyak dugaan kan., masa bertunanglah kita akan lebih mengenali tunangan kita tu. 

Well pada sis, sis mengaku bertunang banyak dugaan. Kenapa dugaan? Sebab sebenarnya kita dan pasangan dah betul2 serius untuk nak hidup bersama, membina kehidupan yang baru. Banyak komitmen, wang ringgit utk merealisasikan perkahwinan, dan, ya, itulah dugaan.

Bagi sis dan tunang sis, kami bersyukur kerana kami mampu menghadapi ujian demi ujian, terutamanye dari segi wang ringgit. Ya Allah, itulah ujian terbesar kami. Rasa macam mustahil je untuk kahwin. Tapi, Alhamdulillah, Allah itu Maha Besar, Maha Pemberi. 

Dari segi perkenalan, Alhamdulillah, kami rasa hati kami semakin dekat, semakin sayang dan semakin mengenali satu sama lain. Tunang sis bekerja lebih kuat sekarang, dan sangat bertangunggjawab dengan setiap yang dilakukan. Sangat menepati ciri-ciri idaman sis. 

Sekarang, kami dalam proses persediaan untuk perkahwinan. Tanggal 27 Disember 2019, InshaAllah kami akan disatukan. Tahun ini, InshaAllah, tahun bujang sis yang terakhir dan pembuka 2020 sebagai seorang isteri dengan pelbagai tangunggjawab. Juga tahun tunang sis digelar suami yang pelbagai amanah dang tangunggjawab yang perlu dijalankan.

Bersediakah kami? 

InshaAllah, kami bersedia dan harapnya kami mampu bertolak ansur dan berkomunikasi dengan baik walau dalam apa jua keadaan. Semoga kami kuat dalam menghadapi dugaan yang bakal mendatang.

Last but not least, Abang, jadilah suami, teman, rakan, yang terbaik untuk sayang. 

Thanks.

Saturday, 17 August 2019

HARI MENJADI TUNANGAN SI DIA

Assalamualaikum semua.

Tiada apa yang ingin diperkatakan saat ini, selain ucapan syukur dan Alhamdulillah.

Selama 28 tahun sis menunggu seorang lelaki yang sanggup menerima sis dan serius dengan sis.
Ya, 28 tahun sis menunggu lelaki tersebut, 28 tahun sis meunggu hari sis akan dipinang oleh seseorang.

Dan, Ya, hari tersebut telah tiba. Tiada apa lagi yang sis mahu kan selain dilamar oleh seorang lelaki yang sangat sis sayangi.

Tanggal 12 Ogos 2019 bersamaan 11 Zulhijjah 1440H. Si dia datang membawa rombongan, meminang diriku untuknya. Semua berjalan lancar dan sis bersyukur sangat.


Pada tarikh ini, secara rasminya, sis dah jadi tunangan org.. hehehe.. kini, terasa jakun jugak lah bila sis teringat yang sis dah jadi tunangan org, dan dah ade tunang. Rasa macam mimpi... Tiada hari yang paling menggembirakan sis sekarang, selain 12 Ogos ni.. gembira sangat...


Kenapa sis sayang sangat dgn tunang sis ni? Sebab dia tinggi dr sis... dan sis nampak muda bila berdiri tepi dia.. hahahaha...


Alhamdulillah.. syukur dengan apa yang dilalui saat ini..

Sekarang, kami nak fokus untuk Our Big Day pulak.. The wedding day!!

Bile wedding kan? Sekarang ni dalam usaha untuk kumpul duit kawen.. Goal wedding adalah pada Februari 2020. Xlama dah kan? Well, itu lah cabarannye.. Kalau cukup semua, diizinkan Allah swt, bulan 2 2020, InshaAllah bersatulah kami dengan ijab dan kabul.

If korang terbaca ni, mohon doakan urusan kami berdua dipermudahkan. Semoga kami berkahwin secepat mungkin. Sis xsabar nk pregnant, nk lahirkan our babies yang comel2 nt.

Geli? Ya, geli bila korang xrasa apa yang sis rasa. Sis dulu pun geli... tp, sekarang ni, sis suka sangat bila sis ingat sis akan kawen dengan Kesayangan sis ni, dan build our own family. In our small house called HOME. 

Sis mahu susah senang dengan Kesayangan sis ni.. terlalu banyak dia korbankan utk sis. Terlalu banyak usaha dia untuk sis.. and still counting... 

So, boleh la kot sis panggil dia Incik Tunang kan.. hehehe

I love u, Incik Tunang!!!

Sekian,
Terima kasih

Assalamualaikum....

Thursday, 27 June 2019

KISAH SI DIA

Assalamualaikum

Malam ni, sis nak cerita berkenaan FH (Future husband) sis. InshaAllah akan jadi husband tahun depan. Korang yang terbaca, mohon doakan urusan kami dipermudahkan, dan kami kuat dalam menempuhi cabaran dan ujian. Amin..

Sis kenal FH sis secara xsengaja. Seriously, memang xdisangka. Masa tu sis boleh dikatakan heart broken kene tipu oleh suami orang, yang mengaku bujang dan nk guna sis utk mendapatkan duit. Jahat sungguh mamat tu. Cane lah bini die ye?

So, masa tu, sis heart broken. Masa kenal dgn laki orang ni, sis namakan dia, Penipu. Masa kenal penipu, I thought i was already finally met my soulmate la kan.. ye, masa tu dah umur 28. What do you expect? Of course, kite nk hubungan yang real dan finally get married kan. Then, something happened, Alhamdulillah, Allah mendengar doa sis memberi petunjuk dan I knew he is somebody's husband. Dan, I am so glad, I was saved from him. Tapi dalam masa yang sama, sis kecewa dan heart broken. Sis rasa, lelaki cannot be trusted. Sume nak amik kesempatan. My heart full with hatred for men. Sis benci dan annoying.. can't say by words. But, really benci lelaki.

Then, few weeks after heart broken, I found a post at FB regarding, anak dara tua. The post says,

SILALAH KAHWIN WAHAI WANITA... DALAM SIBUK MENGEJAR KARIER,CARILAH JUGA SUAMI.  AKU DAH NAIK MENYAMPAH DENGAN PEREMPUAN BERKARIER YANG MEMBUJANG SAMPAI TUA NI. EMOSI SANGAT SAMPAI SUKA SAKITKAN HATI ORANG. TOLONGLAH WANITA DI LUAR SANA. JANGAN TAK KAHWIN, KAHWIN!!

So, I tgh heart broken plus, benci dengan lelaki. I found this post and I comment. Honestly, I xsangka comment I dapat byk like.. hahaha.. and, there you are, FH reply my comment. And, that was the beginning of everything. He PM me personally, and we borak and borak.. dia xnampak cam nk ngorat I pun.. dan, dalam masa seminggu kenal, suddenly, he tell me, that he is falling for me. And I masa tu, just nak memain. Xserius pun.. Pada I, selama mane je seorang lelaki nak serius kan... puihhh... So, I pun cam, Ok, let us play. The game on baby!

But, I was wrong. He took me very seriously. A lot of things happened. I made up lot of troubles for him. I asking for break up, 3 to 4 times. And, he still there for me. Still sabar, pujuk and, he never give up on me. Time flies, I don't know how, I don't know when, but, I know, my heart belongs to him. I was falling for him like crazy... really fall for him. HEI, MY KESAYANGAN, I KNOW U READ THIS,SO, I WANT U TO KNOW, I REALLY, REALLY, REALLY LOVE U!

Now, he is working like crazy just to make sure, I will be HALAL for him. Sedih sgt I tgk dia. Start keje xtentu, kadang2, kul 7.30 dah kene kuar.. balik kul 11 malam.. Kadang2 masuk kul 10 pagi, dan balik kul 11.. He set up his own kedai makan, which is really make me proud of him. I want to remember his hardwork, commitment and desire, along the road to make me belongs to him. Thanks abang! Let us collect the money together, ya!!

Ya, hubungan ni masih muda, bulan 8 ni, baru nk cukup setahun. But, never mind.. I hope it last forever.. I hope we can stand together no matter what will come along this journey.

InshaAllah, kita kahwin tahun depan ye abang!

Rezeki lebih, kita cepatkan tahun ni...

InshaAllah.

Let us face all the good or bad time together no matter what.

Last but always, I LOVE U

Tu sajelah KISAH SI DIA.

Kepada yang pernah senasib dengan sis, jodoh xkunjung tiba.. keep praying, never give up on Allah. Know yourself, know your weakness and seek for Allah's help.

Sis cite sikit, sis jenis pemalu and awkward dengan laki. Bole kire jari berapa je kwn lelaki sis. Sis xtaw nk mula perbualan.. and sis 100% awkward bila borak ngan laki. So, sis doa, sis cerita problem sis ni dengan Allah. Bukan sis xnak usaha kenal dgn lelaki, but sis awkward. Sis minta, Allah temukan sis dengan seorang lelaki yang pandai bercakap, berborak, pandai mula perbualan.

Alhamdulillah, I found him.

So, merayu, berdoa dan seek for Allah's help, with all your heart.

Dan, InshaAllah, jodoh awk akan hadir dalam keadaan yang xdisangka-sangka. InshaAllah.

Sis doakan kita semua ditemukan jodoh yang baik.

Amin.

Assalamualaikum.


Monday, 15 April 2019

ANAK DARA TUA

Assalamualaikum

Hari ni Isnin, 15 April 2019.

Sis amik cuti, sis penat sangat dalam 2 minggu ni, rasa macam xde rehat langsung. Xde masa untuk santai-santai. So, hari ni sis amik keputusan untuk releks, duk umah, tgk tv, lyn internet dan tulis blog ni sikit.

Hari ni, nak tulis pasal anak dara tua A.K.A andartu.

Anak dara tua ni pada pandangan sis la kan, merujuk kepada seseorang perempuan yang berusia 28 tahun dan ke atas, tetapi masih lagi belum berkahwin atas beberapa faktor. Contohnya, terlalu sibuk bekerja sehingga xde masa nk cari jodoh atau mempunyai pangkat yang terlalu tinggi sehingga menakutkan lelaki-lelaki untuk berkenalan.

Sis pun sebenarnya dah termasuk dalam golongan andartu ni. Umur sis tahun ni dah 29. Law ikotkan, patutnye dah ade anak 2 orang dah. Tapi tu lah.. sis ni xkawen lagi.

Sebenarnya, sis terfikir gak kenapa sis ni xkawen lagi? Sis yakin sis ada rupa, ada kerja yang bagus, berkeyakinan, pandai jaga diri dll, yang pada fikiran sis, mampu menarik perhatian lelaki. Tapi, entah kenapa sis xmampu menarik perhatian laki-laki.

Rupanya, bila sis kenal dengan FH (Future husband) sis, baru sis tahu, sis ni memilih. Bila orang ckp sis memilih, sis marah dan mati-mati cakap sis ni xmemilih.

Bila fikir balik, yes, sis memilih.

Sis ada degree dan kerja yang elok. Syarat nak jadi suami sis, mestilah seorang yang stabil kewangan, stabil pekerjaan, punya rupa paras yang sedap mata memandang dan seorang yang mampu membanggakan mama sis. Pendek kata, orang tu mampu memberi keselesaan dan kesenangan kpd sis dan sis xperlu bersusah payah dengan dia. Semua telah disediakan kepada sis. Bagi sis itulah ciri-ciri suami yang ideal.

So, everytime ade lelaki yang nk kenal sis dulu, jika xmemenuhi syarat atau sis fikir dia xmampu untuk memenuhi syarat tersebut, sis tolak mentah-mentah dengan berlagaknya. Masa tu, sis pandang rendah pada orang yang xade apa-apa. Bagi sis, dorang ni, xlayak dgn sis yang bijak, ada rupa ni.

Berlagak kan?

Dan, bila semakin dewasa, bila sis kenal FH sis, bila sis memandang rakan-rakan sekeliling.. sis seakan tersedar dari satu mimpi yang panjang. Mana ada orang bujang yang punya segalanya? Mane ada orang bujang yang punya kestabilan yang tinggi? Melainkan suami-suami orang yang punya isteri disampingnya untuk membantu mereka dan akhirnya, mereka punya rumah, kereta, perabut dll yang menjadi idaman wanita.

So, sis fikir, memilih untuk hidup selesa dengan seorang lelaki yang telah punya segalanya, sis bukan masuk dan membina kehidupan dengan lelaki itu, tetapi sis menumpang kesenangan dan maintain kesenangan tersebut.

Sis xmahu begitu. Sis mahu membina kehidupan. Macam bina rumah. Mula2, kene ada tapak, kene ada plan, pastu, korek tanah nak bina tiang, sehinggalah terbinanya sebuah rumah yang selesa. Dalam rumah tu di isi dengan keindahan-keindahan mengikut keperluan kita. Di situlah kehidupan kita.

Sis xmahu masuk ke rumah yang telah sedia siap kerana di situ kita akan jadi manusia yang kurang menghargai kesusahan orang lain. Tapi, jika kita bina sendiri, kita akan lebih menghargai diri sendiri dan pasangan kita.

Sis seakan menemui jawapan dalam pencarian sis, kenapa sis xjupe jodoh.. Sis dah temui jawapan. Allah seakan menghantar pentunjuk dan sis perlu fikirkan sendiri, dan buat pilihan.

Sis juga memandang orang sekeliling sis, rakan-rakan sis yang juga andartu. Mereka mula berkira-kira untuk menerima suami orang, sanggup menjadi isteri no2, sanggup bermadu jika isteri pertama bersetuju. Ya Allah.. sis xsanggup.. sis xsanggup menumpang di rumah yang telah siap segalanya.

Sebab apa?

Sebab, suami orang telah punya kehidupan yang stabil yang diingini dan diidam oleh semua wanita. Berapa kerat wanita yang mahu hidup susah dahulu? dengan keadaan sekarang? TAK RAMAI.

Sis baca page2 blog pengakuan, berapa ramai wanita yang menjalin hubungan dengan suami orang. Alasan, lelaki tersebut punya ciri-ciri idaman mereka. YA, siapa yang xnak lelaki yang kerja stabil, hebat, punya wang ribu riban, punya kereta H, even Proton sekalipun, it's OK., punya simpanan tetap, pandai melayan kemanjaan gadis-gadis? Berapa ramai lelaki bujang yang sebegitu? Berapa ramai suami orang yang sebegitu? Fikir-fikirkan...

Dan sis juga bersyukur di temukan seorang bujang walaupun usianya 5 tahun lebih muda dari sis. Tapi, pemikirsnnya 5 tahun lagi tua dari sis.

Akhir kata, menjadi andartu bukan salah takdir, tetapi salah kita sendiri yang terlalu mengejar kesempurnaan kehidupan.

Sis nk gerak lu.

Assalamualaikum.

Sunday, 31 March 2019

DIA

Assalamualaikum..

Ni post pertama untuk tahun 2019.

Dah lama sis xupdate blog ni, since Aug 2018 lagi kan.. wow, almost 7 months la jugak kan.

Bukan apa, xde topik yang nk dikongsikan di sini.

Well, sis rasa sis dah jumpa orang yang tepat untuk sis. Guess what? Sis kenal dia since Aug la.. tu pasal x update blog. Masa sis banyak dihabeskan bermesej2 dengan dia.

Hurm, well, of course sis xkawen lagi dengan dia, but, we will. We will get married as soon as possible. He can't wait to be my husband and I also can't wait to be his wife.

Cakap pasal dia kan.. Hurm, betol la.. Orang cakap jodoh kita ni bukan orang yang kita suka.

Bukan sis xsuka dia.. sis suka sangat dengan dia ni. Tapi, ade beberapa ciri (secara material dan fizikal) tidak menepati citarasa sis. Hurm.., tapi he has such a big heart, that melts me away...

Dia gemuk (Gemuk la jugak). Tak hensem sangat. Tidak punya apa-apa, melainkan sebiji motor. Yatim piatu. Have step sister and brothers. Ada bapa tiri dan bapa tiri dia kawen lain after kemtian ibu dia. Dan beberapa lagi. Low education. Keje tukang masak. So, not glemer kan..

At first, all those thing sangat bother me. Sis cuba tolak die. Sis cuba menafikan perasaan sis pada dia. Sis fikirkan semua ketidaksempurnaan die tu, sis cari satu alasan kukuh untuk tolak die, utk tawarkan hati sis pada die.

Dan, ternyata sis tak berjaya. Sis tak mampu untuk membenci dia. Sis amat terpikat dengan personaliti dia, hati dia, pemikiran dia.

Benarlah, Allah swt tak akan memberikan kita seseorang yang sempurna untuk kita. Hadirnya dia dengan serba kekurangan tetapi kaya dengan hati yang ikhlas.

Dia tidak sempurna dari segi material, tetapi bagi sis dia sempurna dari segi personaliti. Pelik tapi benar. Setiap personaliti yang sis impikan dalam seorang lelaki, ada pada dia.

Dengan serba kekurangan, dia berusaha untuk adik-adik dia. Cuba memenuhi keperluan adik2 dengan susah payah. Memahami sis. Bertanggungjawab. Baik. Selalu mengalah.

Dan, yang paling sis suka pasal dia, he is a family-man type. Sis borak dengan adik dia. Dan sis dapat lihat dia dalam diri adik dia. Terasa kasih sayang dia kpd adik2. Mcm, My brother is my hero.

Dan, sis rasa bersyukur sangat dapat mengenali dia. Dan, Ya, sis sangat menyayangi lelaki ini.

Dan, selalunye sis tengok dalam cite je,

"SAYA TAK DAPAT HIDUP TANPA AWAK"
"HIDUP SAYA TAK BERMAKNA TANPA AWAK"
"SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN HIDUP DENGAN ORANG LAIN SELAIN AWK"
"HIDUP SAYA KOSONG TANPA AWAK"

Ya, itulah yang sis rasai sekarang. Bunyi cam gedik kan? Cam la sis xde parents, adik beradik, kawan-kawan, sampai rasa camtu kan?

Ya, mereka semua ade. Tapi, berbeza dengan pasangan kita.

Sis harap, hubungan ni kekal sampai bila-bila. Dan, harapnya sis kuat dalam menempuhi dugaan mendatang. Dugaan rumah tangga, InshaAllah.

Apa yang sis taw, sis sangat ready untuk menjadi isteri kepada lelaki ini dan ibu kepada anak-anak kami. InshaAllah. Semoga sis kuat. Dan sis tahu dia juga akan kuat untuk sis.

Sekian.

Terima kasih.

I LOVE U, LOVE