Wednesday, 7 March 2018

TIPS INTERVIEW KERAJAAN (SEKADAR PERKONGSIAN)- PENOLONG PEGAWAI TADBIR

Assalamualaikum,

So, hari ni, sebab sangat xsibuk since ramai pegawai yang ada pergi event Majlis Apresiasi Mosti (08.03.2018), ada masa terluang untuk mencoret sedikit perkongsian.

Nak kata, saya ni hebat, I am not, cuma manusia biasa, tapi boleh berkongsi sedikit tips untuk temuduga kerajaan. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya ye. Sebab, setiap orang punya pengalaman yang berbeza-beza.

So, here we go:

1. Soalan yang salu orang awam tanya, macam mana nak kerja kerajaan?
 Jawapan:
         Saya mohon melalui website SPA. Kat situ, isilah apa yang diminta dan kita apply jawatan                   yang  kita nak. Tapi, perlu banyak bersabar kerana tak semua jawatan ada kekosongan. Kena               selalu check dan update. Selain SPA, boleh mohon di SPP (yang ni bahagian pendidikan) dan             boleh mohon di Job Malaysia.

         Let say, ada kekosongan jawatan, SPA akan hantar e-mail dan SMS kepada kita mengatakan               kita berjaya dan diminta untuk menduduki peperiksaan online. Yang online ni ada 3 bahagian:

      1. Pengetahuan am
      2. Matematik
      3. Personaliti
         Tips nak jawab yang ni? Senang je, untuk pengetahuan am tu, korang p baca buku pengajian               am tingkatan 6 (I know since i bekas tingkatan 6). Matematik? Yang ni, xboleh nak cakap apa             melainkan korang ada otak yang cergas dan sangat pick up dengan trick soalan (In my case, my           mom duduk sebelah, dia yang tolong kira since i bukan ada otak yang cergas dan cerdas.                     Alhamdulillah berjaya. Thanks mama). Personaliti, korang jwb dengan jujur. Tu je..

Well, jika berjaya peperiksaan online, korang kemudian dipanggil untuk temuduga. Jeng jeng jeng.. ini tips base pada pengalaman ye.

2. Soalan yang korang salu tanya, apa soalan yang ditanya semasa temuduga?
Jawapan:

Base pada pengalaman kan, soalan-soalan selalunya akan berbeza bergantung kepada penemuduga. Orang salu cakap kita kena tahu dasar-dasar kerajaan, maksud gagasan 1 Malaysia, rukun negara dan lain-lain. Tapi, masa saya kena interview dulu, LANGSUNG TIDAK DITANYA. serius, penat weh aku google cari semua tu. Dasar ekonomi baru, dasae wawasan 2020, transformasi nasional 2050 (TN50) dan lain-lain. Ini mungkin sebab jawatan saya tu adalah PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29. Kalau pegawai tadbir diplomatik mungkin akan ditanya. So, jaga-jaga la ye.

So, apa soalan WAJIB yang ditanya? Get ready jawapan ye!

1. Kenapa nak kerja kerajaan? Adakah kerana elaun dan kelebihan-kelebihan yang diberikan kepada penjawat awam? 

- Ni soalan tricky. So, macam mana nak jawab? Sebab mmg betul pun penjawat awam banyak kelebihan. Law jawab, 'YA, KERANA TERTARIK DENGAN KELEBIHAN-KELEBIHAN TERSEBUT' atau 'TIDAK, BUKAN KERANA KELEBIHAN-KELEBIHAN ITU' (nampak sangat pembohong)- matilakonak.. JANGAN JAWAB BEGINI. 

Masa saya dulu, saya jawab lebih kurang camni, "TIDAK DINAFIKAN PENJAWAT AWAM MEMPUNYAI BANYAK KELEBIHAN. IANYA MERUPAKAN SATU BONUS KEPADA PENJAWAT AWAM. TETAPI, ADAKAH KELEBIHAN-KELEBIHAN ITU YANG PERLU DIKEJAR, SEDANGKAN KERJA UNTUK MEMBERI KHIDMAT YANG TERBAIK KEPADA MASYARAKAT ADALAH LEBIH PENTING? JIKA TIDAK KOMITED DENGAN KERJA, ALANGKAH RUGINYA KERAJAAN MEMBELANJAKAN DUIT KEPADA PENJAWAT AWAM. MASING-MASING TEPUK DADA TANYA SELERA. 

2. Sanggup ke dihantar ke Sabah Sarawak? Duduk di luar, bukan di kampung? (Since saya kerja di kampung for almost 3 years after graduate)

Masa jawab, "SANGGUP SEBAB IA SATU MASA UNTUK KELUAR DARI TEMPURUNG DAN MENGENALI TEMPAT DAN BUDAYA LAIN SELAIN DI KOTA BHARU. MUNGKIN BERAT HATI DAN SEDIH, TAPI IANYA ADALAH TUGAS YANG DIAMANAHKAN, JADI TERPAKSA TERUSKAN."

3. Ada persamaan tak jawatan yang dipohon dengan kerja sekarang?

My answer was "YES, dari segi.... bla bla bla expalain"

4. Jika ada persamaan, kenapa nak berhenti dan kerja ni?

Time ni, saya dah cuak dan stuck sebab xsangkan akan ditanya. But, I do my best. Saya jawab, "YA MEMANG SAMA. TAPI BUKAN EXACTLY 100% SAMA. JAWATAN PENOLONG PEGAWAI TADBIR ITU SENDIRI BESAR BIDANGNYA DAN MEMBERI PELUANG KEPADA SAYA UNTUK MENCEBURI BIDANG BARU SEPERTI...... bla bla bla explain.

5. Ada apa-apa soalan tak nak tanya?

So, gais! Please prepare one ot two question untuk ditanya kepada panel. Selalunya, saya tanya cabaran untuk kerja dan nasihat kepada kami yang baru ni. camtu je. But, please prepare.

Soalan lain? Banyak jugak soalan ditanya, tapi, berkisar kepada kerja lama saya. Not very important. So, i just highlight yang penting je. Yang penting you jawab dengan tepat dan padu , kasi panel puas hati, konfem xtnya dah.

Selain preparation tu, please buat solat hajat selalu, minta dibukakan dan dilembutkan hati panel dan supaya kita xstuck dalam interview. 

Dan, the most important is, you know you do the best and no regret at all. Tawakal dan redha. Kalau berjaya, Alhamdulillah, kalau gagal, you call it GAGAL BERMARUAH, dan don't give up.

Sebagai tambahan, jangan kedekut duit nak beli buku-buku tips interview kerajaan. I bought 2-3 books for this interview. Baca dan fahami. Tak payah nak beli e-book bagai.. p je mana-mana kedai buku, cari dan belilah. Dalam buku ni, ada contoh soalan yang akan ditnya, so, korang boleh prepare jawapan. TOLONG JANGAN KEDEKUT OK. BUKAN MAHAL PUN. SELUAR JEAN LEVIS BOLEH BELI, NI NAK BELI BUKU TAKAT RM25-30. TOLONG YE.

Dan, percaya pada rezeki Allah Taala. Orang salu cakap, ada kabel baru senang masuk kerajaan. 
THIS IS TOTALLY WRONG! Saya sendiri xde kabel pun, and I can enter government sector. Sebab ia bukan isu you ada kabel atau tak, tapi ia mengenai hubungan you dengan Allah. You percaya tak dengan perancangan dan takdir Allah, sejauh mana kebergantungan you dengan Allah and how much you depends on Allah. Allah akan tolong you when you really need HIM. So, don't ever lose hope on HIM. 

Ok, tu je setakat hari ni.

Semoga bermanfaat. 

3 comments:

  1. Nak tnya awak dapat tak jawatan penolong prgawai tadbir n29?

    ReplyDelete
  2. Lantikan secara tetap atau kontrak ye?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih byk2 untuk tips awk. sy punya iv lusa. tgh prepare lg sbb 1st iv ni..

    ReplyDelete