Penyatuan dua hati sememamgnya menjadi satu impian buat semua individu, termasuklah aku sendiri. Bohonglah aku jika aku mengatakan aku tidak berkeinginan untuk berkahwin. Bukan bermaksud aku ini gatal, tapi, sememangnya ia adalah satu kewajiban buat kita kerana berkahwin seolah- olah kita telah melengkapkan separuh daripada iman kita. Jadi, kenapa tidak mahu berkahwin bukan?
Hati aku tergerak untuk menulis isu kahwin muda setelah melihat video pasangan adik Syafiq dan pasangannya, Yana. Tahniah diucapkan dan semoga berkekalan selamanya. Kahwin muda ni, bagus, dapat mengelakkan mereka daripada melakukan maksiat, maklumlah jiwa remaja.. Aku pun pernah menjadi remaja berusia belasan tahun, dan kini sudah mencecah 22 tahun, sudah masuk katogeri golongan dewasa la kot. Alhamdulillah, aku sentiasa dilindungi Allah SWT. Mungkin ada juga masa aku mempunyai kekasih hati, 2, 3 orang, tapi, ianya tidak bertahan lama. Hati aku rasa kosong. Seringkali hati aku bertanya, kenapa aku berasa sedemikian, sedamgkan kawan- kawan yang lain gembira apabila punya kekasih hati. Aku langsung tidak gembira. Kini, apabila aku cuba untuk mengenali yang Maha Kuasa, cuba untuk mendekatkan diri padaNya, aku sedar, betapa aku telah dijaga olehNya, aku bersyukur.
Hati aku tidak lagi terasa kosong, malah aku gembira dengan diri aku kini. Aku tidak perlu kekasih hati, cukup sekadar perhatian yang Allah berikan padaku. Hati aku sentiasa tenang apabila mengingatiNya. Ya, aku bukanlah orang yang berpewatakan baik dan alim, aku masih lagi dalam golongan jahil agama. Tapi, aku berusaha untuk mengenali agamaku, Islam Ad- Din. Aku mahu berubah lagi, menjadi insan yang sempurna di mata bakal suamiku bila tiba saatnya.
Aku mengetahui kini, betapa sukarnya untuk seseorang melangkah ke gerbang rumah tangga. Bukan sahaja perlu bersedia fizikal dan mental, malah perlu bersedia dari sudut kerohaniah juga. Menjadi seorang isteri bukanlah sesuatu yang remeh. Salah kata dan perbuatan, dosa yang diperolehi. Menyedari hakikat tersebut, aku sedar, aku belum bersedia ke arah itu walaupun sebenarnya aku masih tiada calon. Aku tidak mahu terburu- buru untuk mengejar semua itu kerana menyedari diri ini masih lagi daif agama. Aku mahu mengejar agamaku dahulu, menuntut ilmu seberapa yang boleh, dan mencintai Allah, Rasul dan Ibu bapaku dahulu sebelum aku belajar mencintai insan yang bernama lelaki dalam hidupku. Semoga cintaku padanya tidak akan melebihi cintaku padaNya.
Biarlah aku mendapat gelaran andartu atau jual mahal, atau punya taste yang tinggi. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. Bukan aku mahu begitu, tapi, hati aku tidak kuat untuk berhadapan dengan insan bernama lelaki sebelum aku betul- betul mengenali Allah SWT.
Biarlah walimatul urusku dengan tuhanku selesai, barulah aku memikirkan walimatul urusku dengan duniawi.
So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~