Thursday, 15 March 2012

AKU SEDANG KELAPARAN...


Aku rasa lapar sangat...
Aku makan nasi + telur masin + dalca + ayam masak pedas tadi dekat Fakulti Sains dan Teknologi. Tadi aku tu, maksudnya pada jam 12.30 tengah hari tadi..

Dan, bila beberapa jam sudah berlalu pergi, sepantas masa terbuang begitu sahaja, di mana saat aku sedang syok tido atas katil aku yang empuk ini, memeluk bantal pelukku, aku disedarkan dengan hujan yang turun dengan lebatnya, disamping guruh yang berdentum menakutkan aku. Aku bangan, " Arrrgghhh!! Sejuknya.. Nyaman sungguh aku rasa.. Rasa malas untuk bangun..". Lantas aku segera memejamkan mataku semula. Sejenak kemudian, aku teringat seruan Illahi yang belum kutunaikan.. Astagfirullahalazim... Dengan malas, aku bangun dengan niat untuk menuju ke bilik air. Untuk ambil wudhuk, menunaikan kewajipanku sebagai umat Islam.

Aku menunnggu teman sebilik kesayanganku pulang. Ayu namanya.. namun tidak seayu tuannya. Kesian, nama Ayu, tapi, tidak dapat menonjolkan keayuannya. Aku hampa, walau menunggu sehingga maghrib menjengah pun dia masih belum pulang. Perutku ini sudah berkeroncong minta diisi. " AARRGGHH!! Laparnya..", kata hatiku. Aku tertenya- tanya, di manakan Ayu menghilang? Bagaimana dengan makan malam? Tidak perlukan? Perlukah aku menunggu Ayu pulang?

Tiba- tiba, ingatanku teringatkan sesuatu, " Ayu ke Masjid India la.. Kan dia nak wat kajian pasal tudung... Poorahh la Qeela.. Tunggu, tunggu.. memang balik lambat la minah tu.."

Adoii.. Ayu pergi ke Masjid India rupanya. Lalu fikiranku ligat memikirkan apa yang harus aku makan malam ini. Lagipun, perutku ini sudah begitu lapar. Rasa sudah kebuluran. Apa sahaja yang terhidang di hadapanku pasti membuatkan air liurku meleleh. Gara- gara kelaparan yang amat, aku cuba mengurangkannya dengan melihat gambar- gambar makanan yang enak di internet.. Nasi Ayam Penyet, Siakap tiga rasa, Sambal Sotong, Sambal Udang, Ketutuk daging, gulai ayam, Ayam masak kicap.. perrghh!! Bukan makin kurang lapar aku, tapi makin bertambah... Adoii...!!

Kemudian, aku terfikir, "PIZZA HUT!!"

Pantas sahaja tanganku mahu menelefon Pizza Hut. Kemudian aku teingat, aku sedang dalam keadaan yang belum bersih lagi. Jam sudah menginjak kepada 7.22 petang. Cepat sahaja kakiku melangkah, menukar pakaian untuk mandi. Selesai mandi, aku tanpa berlengah menunaikan tuntutan Illahi.

Selepas selesai, perutku makin berkeroncong, masih belum terisi. " Ya Allah, laparnya.."
Aku dengan pantas menefon Pizza Hut. Lagu- lagu berbunyi.. Iklan- iklan Pizza Hut memenuhi telingaku.
Selepas menunggu beberapa minit, akhirnya operatornya menjawab. Aku memesan personal set pizza.
Pizza Hawaiian Chicken, mushroom soup, garlic bread dan setin Pepsi. Semuanya RM 20.80.
Melayang lagi duit aku gara- gara lapar. Tapi tidak mengapa, nak makan punya pasal, semuanya boleh la.

Setelah menunggu hampir 1 jam, walaupun sebenarnya dikatakan akan sampai dalam masa 30 minit, akhirnya makan malam aku pun tiba. Aku tersenyum sendirian. Kini, pada jam 9 .06 minit malam, aku sedang menikmati pizzaku. Dan Ayu masih lagi belum pulang.

Aku menikmatinya seorang diri. "Hurmm.. sedihnya.. tiada teman di sisi.."

Tapi, tidak mengapa, asalkan aku kenyang. Lagipun, aku beli pakai duit aku kan..

arrhhh!!! Boleh makan pizza akhirnya...

so, until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Tuesday, 13 March 2012

KERANA AKU WANITA


Tajuk kali ni adalah " KERANA AKU WANITA "

Kerana aku seorang wanita,
Aku perlu menjaga tingkah lakuku,
Perlu menjaga tiap kata tuturku,
Perlu menjaga auratku..

Kerana aku seorang wanita,
Hatiku lembut,
Mudah tersentuh juga disentuh,
Mudah terbuai dek kata- kata manis,
Kata manis dari seorang insan bernama lelaki


Kerana aku seorang wanita,
Air mata teman setia,
Itulah yang sering dikata,
Tapi,
kerana air itu,
lahirnya pemimpin yang mampu menggoncang dunia,
justeru itu,
adakah air mata itu tanda kelemahan atau kekuatan?


Kerana aku seorang wanita,
naluriku sememangnya memerlukan perhatian,
Tingkahku sering mengundang salah erti teman- teman,
Kerana itu wahai teman,
Ketahuilah,
Aku sememangnya sukakan perhatian,
Kerana aku seorang wanita,

Namun,
Aku tahu,
Perhatian itu perlu berlandaskan agama dan akal waras fikiran,
Mengapa perlu menurut kata nafsu?
Dedah paha,
Tunjukkan dada,
Berikan hiasan kita dipandang mata,

Aku berdiri di sini,
Memang mahukan perhatian,
tapi,
aku mahu diriku dikenali kerana ilmu di dada,
Aku mahu menjadi kebanggaan kedua ibu bapaku,
Mahu jadi contoh adik- adikku,
Menjadi teman setia rakan- rakanku,
Menjadi idola anak- anak generasi akan datang,
Kerana itu,
aku mahukan perhatian.

Kerana aku seorang wanita,
Aku masih lagi perlukan pelindung dari kaummu, Adam,
Aku mohon,
Semoga Adamku adalah seorang Adam yang terhebat dalam hidupku,
Semoga hadirmu mampu membimbingku ke arah jalan yang benar,
Aku menunggu teguran darimu,
Aku menunggu kata nasihat darimu,
Jadi,
wahai Adamku,
Aku akan sentiasa menunggu kehadiranmu

So,
until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Wednesday, 7 March 2012

SEDIH



Pernah alami kesedihan?
Xpernah??
Bohong la...
Mesti pernah kan??

Well, kalau xpernah sedih, memang penipu namanya.. Kita semua, mesti pernah rasa sedih. Tak kira la sedih tu di sebabkan oleh apa.. tapi, for sure, mesti pernah sedih kan??

Apa itu sedih? Sedih itu adalah satu tindak balas perasaan kita apabila kita kehilangan atau kerugian sesuatu.

Saya pun pernah sedih...

Apa sebab sedih?


  1. Ditinggalkan oleh aweks dan pakwe..
  2. Dompet kena curi, duit pun abes xde.. tinggal sehelai sepinggan..
  3. Laptop telah disedekahkan secara tidak sengaja..
  4. Fail exam atau, tidak mendapat keputusan yang memuaskan..
  5. Apabila mendapat tahu bahawa diri sendiri telah menghidap penyakit berbahaya.. peluang untuk hidup agak tipis.. - cakap doktor..
  6. Hajat atau impian tidak tercapai..
  7. Dimarahi oleh mama dan abah..- waktu kecik dulu.. sedih sebab ingat mama dah tak sayang kite lagi..
  8. Bergaduh dengan orang tersayang..
  9. Sedih bila kelas feveret cancel... tak dapat nak tunjuk bakat prensentation dan keyakinan diri yang terpendam tuh.. :(
  10. Bila diri ini yang sempurna bentuk ini, tiba- tiba kurang sesuatu sebab accident.. Sedih sangat...

Jadi, apa yang menyebabkan anda sedih?
Banyak sebab anda sedih.. saya juga begitu..
Tapi, bila rasa sedih itu menjelma, cepat- cepatlah ingat bahawa anda tidak pernah keseorangan.. Dia yang Maha Esa masih ada untuk membantu..

Jadi, cepat-cepatlah kembali kepada Sang Pencipta Langit dan bumi serta sekalian makhluk...

Sesungguhnya, Yang Maha Esa tidak akan meninggalkan kita, tapi kita yang sering meninggalkanNya..
Tapi Dia masih lagi baik, masih sudi mendengar rintihan hati hambanya.. Betapa bertuahnya kita kan??

So,
Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday, 6 March 2012

MELUAT


Pernah x anda rasa begini?

" Eerrgghhh!! YOU ARE SO ANNOYING!! PLEASE LA.. "



Entri sebelum ni, saya cakap xbaik berperasaan negatif.. Tapi, for sure, dalam seminggu or 2 minggu, kita pernah rasa begini.


ANNOYED @ MELUAT



So, kenapa rasa meluat? Kenapa kita perlu rasa meluat?

Sebab- sebab kita meluat apabila:::


  1. Tengok mamat berlagak macho
  2. Tengok aweks menggedik kiri kanan atas bawah depan belakang
  3. Tengok mamat- mamat naik superbike, bawa laju.. then, SWWOOSHH!! habis baju kita kena air..
  4. Tengok pasangan couple sedang peluk- peluk @ a.k.a beromance dalam KTM.. tambah pula dekat couch wanita.. memang meluat sangat!!
  5. Terpaksa tunggu bas lama sangat kat bus stop.. almost 1 hour.. bas still xdatang.. meluatnye..
  6. Tengok awek- awek yang perasan nak jadi model, posing sane, posing sini..
  7. Buka TV, tengok artis tu cakap, "kalau nak jadi protege saya, suara mesti power., xpower, xpayah datang.." .. Hurmmm.. suara dia best sangat ke?? Meluatnye aku..
  8. Kita kenal sorang kawan ni.. satu group assignment dgn dia.. asyik kena ikut cakap dia je.. xke meluat.. gila kuasa ke ape..
  9. Meluat sangat bila kita kenal orang ni.. cakap je banyak.. ini la, itu la, begini la, begitu la.. tapi, hasil tarak.. belagak pandai.. PuuuIIIhhh!!
  10. Meluat sangat bila jumpa orang yang satu negeri, tapi nak jugak cakap KL.. xmaw cakap dialek daerah.. Memang meluat la.. belagak jadi orang KL.. pe da...

Hurmm.. itu antara 10 sebab mengapa kita perlu rasa meluat.. ~ berdasarkan pengalaman ~

Apa sebab anda meluat.. Rasa macam.... 

" OMG.. This guy @ girl is so annoying... When will he @ she be gone??.. EErrggHHH!! "

Bila??
~ Hehehe (^_^) ~

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

GEMBIRA


Adakah anda gembira?

 Hidup ini ada warna- warninya.. Ada gembira, ada sedih, ada luka, ada yang terluka, ada yang diluka, ada meluat dan sebagainya. 

Namun semua perasaan yang kita alami itulah telah mencorakkan kehidupan kita. Hidup tanpa perasaan seakan hidup tanpa jiwa. Dalam banyak- banyak perasaan yang ada, kenapa perlu sentiasa ada gembira?
KENAPA PERLU KITA GEMBIRA?

  1. Bila kita gembira, hati pun senang... 
  2. Muka kita secara automatiknya ceria...
  3. Bibir kita pula xlekang dek senyuman..
  4. Tingkah laku kita akan menyenangkan orang lain, seperti rakan- rakan atau orang sekeliling..
  5. Mata kita galak dan nampak lawa..
  6. Hati kita penuh dengan taman, taman bunga, rama- rama, ada buaian lagi..
  7. Awet muda..
  8. Hidup kita akan sentiasa bersemangat..
  9. Fikiran kita ke arah positif
  10. Walau beribu masalah bertimpa, kita masih boleh tenang dan berfikiran rasional..
Apa lagi ye? Renungkan sendiri...
Sebenarnya, banyak sebab kita perlu rasa gembira, tapi, kadang- kadang kita sendiri akan berfikiran negatif menyebabkan kita turut sama merasai perasaan yang negatif. 

Kenapa perlu berperasaan begitu, sedangkan kita patut gembira kerana kita sentiasa dijaga dan ditemani oleh 2 Malaikat Allah SWT di kanan dan kiri kita. Kita juga sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Jika rasa negatif itu menjelma, cepat- cepatlah ingat dan kembali kepada yang Maha Esa. Kita pasti akan beroleh ketenangan dan kegembiraan di dunia. 

So, 
until next time,
TQ, 
~ May be peace upon you ~

Saturday, 3 March 2012

Kisah Akal dan Hati

Momo, i got something to say....


Momo, bohonglah saya tidak pernah rasa cemburu melihat rakan- rakan yang punya kekasih. Saya juga manusia biasa, punya perasaan dan naluri untuk disayangi dan dihargai oleh si dia. Namun, apabila rasa cemburu itu hadir, cepat- cepat akal saya mengusirnya pergi. Hati ini tekad mengatakan bahawa ALLAH SWT PUNYA SATU SURPRISE BUAT DIRIKU...



SURPRISE?? YA, Surprise.. Akal saya berkata, 

" Hai, Hati.. Janganlah kau berasa cemburu hanya kerana sebab itu.."
" Wahai Akal, aku adalah hati, aku berhak untuk berasa begitu!!", jawab hatiku
" Memang engkau berhak Hati, tapi, ingatlah.. Allah punya perancangan yang lebih baik keatas Aqeela ini, sebab itu, tak usahlah engkau punya perasaan begitu", jawab akal
" Perancangan?", hatiku tertanya- tanya

Lalu, akalku menjawab, cuba untuk memujuk hatiku ini.

" Ya, perancangan. Allah SWT telah merencanakan semuanya pasal Aqeela ini sejak dia dalam kandungan ibunya lagi. Mengapa Aqeela lambat bercakap semasa kecik dulu,  mengapa Aqeela lambat membaca, sukar mengingat? Mengapa Aqeela jadi anak yang nakal? Mengapa Aqeela ke SMK Raja Sakti, kemudian ke SM Teknik Bachok, kemudian ke SMK Puteri, dan kini di UKM? Mengapa semua ini terjadi? Ingatlah wahai Hati, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan Aqeela ini. Pasti ada hikmahnya di sebalik semua ini. Ingatlah wahai Hati. Jadi, tak perlulah engkau cemburu andai engkau melihat ada rakan- rakan Aqeela yang sedang hangta bercinta itu. Mungkin Allah SWT telah pun menemukan jodoh untuk mereka. Mungkin jodoh Aqeela lambat sikit atas sebab- sebab tertentu yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Ingatlah begitu wahai hati, mugkin selepas ini rasa cemburu itu akan hilang. Insyallah.. "

Panjang lebar akalku ini berkata- kata, memujuk hatiku.

" Mungkin benar katamu, Akal. Allah SWT lebih mengetahuinya. Maka, bersabarlah Aqeela. Mungkin ada SURPRISE untukmu. Siapa yang tahu kan? Jadi, Akal, apa yang patut aku buat sekarang?"

Hatiku kebingungan.. Serta merta akalku menjawab,

" Alahai wahai Hati, tugasmu, peliharalah dirimu daripada perkara yang tidak baik, pujuklah dirimu ke arah kebaikan, sesungguhnya Allah SWT pasti akan menolongmu. Dan, jangan lupa untuk memberi kata- kata perangsang kepada Aqeela supaya belajar bersungguh- sungguh, capai impian untuk sambung master lepas degree ni, dan yang penting jangan lupa pesan kepada Aqeela untuk jangan lupakan Allah SWT dan mama serta abahnya. Sesungguhnya, hidup Aqeela pasti aman serta diberkati"

Hatiku berbunga riang, itulah jawapan yang mendamaikan dan mententeramkan.

" Baiklah Akal. Terima kasih atas nasihatmu itu. Aku akan sentiasa pahatnya di sini supaya Aqeela akan sentiasa ingat pesanan mu itu."


Semoga saya menjadi manusia yang baik. Wahai AKAL dan HATI, terima kasih kerana sentiasa ada di sisiku.

Jika PERASAAN YANG TERBIT DARI HATI MELEBIHI AKAL, BINASALAH HIDUP. Jika AKAL MELEBIHI HATI, PASTI PEROLEH SESUATU KEBAIKAN KERANA AKAL ITU PEMIMPIN ANGGOTA TUBUH MANUSIA.

So, until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~

Menyesal atau tidak? Itu bukan satu Persoalan..

Dear, Momo.. I miss u.. Dah lama saya xupdate Momo kan? So sorry.. ~ MUKE GEDIK ~

Sebenarnya kan Momo, saya nak luah perasaan saya ni.. Hurmm.. Orang kata, kalau kita tak ada pakwe zaman sekarang ni, memang pelik, jual mahal la, perasan ramai laki nak kat dia la, bajet cun la, dan macam- macam lagi.. So, Momo, salah ke kalau memang ada perempuan yang berusia lebih kurang 22 tahun ni tak ada pakwe, or teman lelaki? Salah ke Momo?


Momo, saya bukan jual mahal or bajet cun.. Cuma hati saya belum terbuka untuk sesiapa lagi. Saya xnak hati saya menjadi labuhan sebarangan lelaki..

 Hati saya cuma milik MY HUSBAND TO BE je.. 
Hati saya milik TUAN TULANG RUSUK KIRI TU je..

 Siapa? Hurm.. saya xtaw.. Semoga hati saya dilindungi daripada jatuh cinta dengan lelaki yang bukan akan menjadi suami saya.
SEMOGA CINTA SAYA YANG UTAMA HANYALAH KEPADA YANG MAHA ESA..

Saya bersyukur sebab Allah masih belum temukan saya dengan si dia. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahuinya.

Ketahuilah Momo,

Saya tak pernah menyesal jika tidak bercinta sekarang,
Saya tidak pernah menyesal tidak mengenali si dia sekarang,
dan,
Saya akan menyesal jika saya tidak mempersiapkan diri saya sebaik mungkin semasa saya bergelar isteri kepada si dia.


Momo, saya cuma mahu mempersiapkan diri saya sebaik mungkin untuk si dia, dan bila tiba masanya, saya akan bertemu dengan si dia. Semoga si dia juga sedang mempersiapkan dirinya sebaik mungkin untuk saya.
so, until next time..
TQ
~ May be peace upon you ~