Momo, bohonglah saya tidak pernah rasa cemburu melihat rakan- rakan yang punya kekasih. Saya juga manusia biasa, punya perasaan dan naluri untuk disayangi dan dihargai oleh si dia. Namun, apabila rasa cemburu itu hadir, cepat- cepat akal saya mengusirnya pergi. Hati ini tekad mengatakan bahawa ALLAH SWT PUNYA SATU SURPRISE BUAT DIRIKU...
SURPRISE?? YA, Surprise.. Akal saya berkata,
" Hai, Hati.. Janganlah kau berasa cemburu hanya kerana sebab itu.."
" Wahai Akal, aku adalah hati, aku berhak untuk berasa begitu!!", jawab hatiku
" Memang engkau berhak Hati, tapi, ingatlah.. Allah punya perancangan yang lebih baik keatas Aqeela ini, sebab itu, tak usahlah engkau punya perasaan begitu", jawab akal
" Perancangan?", hatiku tertanya- tanya
Lalu, akalku menjawab, cuba untuk memujuk hatiku ini.
" Ya, perancangan. Allah SWT telah merencanakan semuanya pasal Aqeela ini sejak dia dalam kandungan ibunya lagi. Mengapa Aqeela lambat bercakap semasa kecik dulu, mengapa Aqeela lambat membaca, sukar mengingat? Mengapa Aqeela jadi anak yang nakal? Mengapa Aqeela ke SMK Raja Sakti, kemudian ke SM Teknik Bachok, kemudian ke SMK Puteri, dan kini di UKM? Mengapa semua ini terjadi? Ingatlah wahai Hati, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan Aqeela ini. Pasti ada hikmahnya di sebalik semua ini. Ingatlah wahai Hati. Jadi, tak perlulah engkau cemburu andai engkau melihat ada rakan- rakan Aqeela yang sedang hangta bercinta itu. Mungkin Allah SWT telah pun menemukan jodoh untuk mereka. Mungkin jodoh Aqeela lambat sikit atas sebab- sebab tertentu yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Ingatlah begitu wahai hati, mugkin selepas ini rasa cemburu itu akan hilang. Insyallah.. "
Panjang lebar akalku ini berkata- kata, memujuk hatiku.
" Mungkin benar katamu, Akal. Allah SWT lebih mengetahuinya. Maka, bersabarlah Aqeela. Mungkin ada SURPRISE untukmu. Siapa yang tahu kan? Jadi, Akal, apa yang patut aku buat sekarang?"
Hatiku kebingungan.. Serta merta akalku menjawab,
" Alahai wahai Hati, tugasmu, peliharalah dirimu daripada perkara yang tidak baik, pujuklah dirimu ke arah kebaikan, sesungguhnya Allah SWT pasti akan menolongmu. Dan, jangan lupa untuk memberi kata- kata perangsang kepada Aqeela supaya belajar bersungguh- sungguh, capai impian untuk sambung master lepas degree ni, dan yang penting jangan lupa pesan kepada Aqeela untuk jangan lupakan Allah SWT dan mama serta abahnya. Sesungguhnya, hidup Aqeela pasti aman serta diberkati"
Hatiku berbunga riang, itulah jawapan yang mendamaikan dan mententeramkan.
" Baiklah Akal. Terima kasih atas nasihatmu itu. Aku akan sentiasa pahatnya di sini supaya Aqeela akan sentiasa ingat pesanan mu itu."
Semoga saya menjadi manusia yang baik. Wahai AKAL dan HATI, terima kasih kerana sentiasa ada di sisiku.
Jika PERASAAN YANG TERBIT DARI HATI MELEBIHI AKAL, BINASALAH HIDUP. Jika AKAL MELEBIHI HATI, PASTI PEROLEH SESUATU KEBAIKAN KERANA AKAL ITU PEMIMPIN ANGGOTA TUBUH MANUSIA.
TQ
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment