Adakah anda gembira?
Hidup ini ada warna- warninya.. Ada gembira, ada sedih, ada luka, ada yang terluka, ada yang diluka, ada meluat dan sebagainya.
Namun semua perasaan yang kita alami itulah telah mencorakkan kehidupan kita. Hidup tanpa perasaan seakan hidup tanpa jiwa. Dalam banyak- banyak perasaan yang ada, kenapa perlu sentiasa ada gembira?
KENAPA PERLU KITA GEMBIRA?
- Bila kita gembira, hati pun senang...
- Muka kita secara automatiknya ceria...
- Bibir kita pula xlekang dek senyuman..
- Tingkah laku kita akan menyenangkan orang lain, seperti rakan- rakan atau orang sekeliling..
- Mata kita galak dan nampak lawa..
- Hati kita penuh dengan taman, taman bunga, rama- rama, ada buaian lagi..
- Awet muda..
- Hidup kita akan sentiasa bersemangat..
- Fikiran kita ke arah positif
- Walau beribu masalah bertimpa, kita masih boleh tenang dan berfikiran rasional..
Apa lagi ye? Renungkan sendiri...
Sebenarnya, banyak sebab kita perlu rasa gembira, tapi, kadang- kadang kita sendiri akan berfikiran negatif menyebabkan kita turut sama merasai perasaan yang negatif.
Kenapa perlu berperasaan begitu, sedangkan kita patut gembira kerana kita sentiasa dijaga dan ditemani oleh 2 Malaikat Allah SWT di kanan dan kiri kita. Kita juga sentiasa diperhatikan oleh Allah SWT. Jika rasa negatif itu menjelma, cepat- cepatlah ingat dan kembali kepada yang Maha Esa. Kita pasti akan beroleh ketenangan dan kegembiraan di dunia.
So,
until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment