Aku rasa lapar sangat...
Aku makan nasi + telur masin + dalca + ayam masak pedas tadi dekat Fakulti Sains dan Teknologi. Tadi aku tu, maksudnya pada jam 12.30 tengah hari tadi..
Dan, bila beberapa jam sudah berlalu pergi, sepantas masa terbuang begitu sahaja, di mana saat aku sedang syok tido atas katil aku yang empuk ini, memeluk bantal pelukku, aku disedarkan dengan hujan yang turun dengan lebatnya, disamping guruh yang berdentum menakutkan aku. Aku bangan, " Arrrgghhh!! Sejuknya.. Nyaman sungguh aku rasa.. Rasa malas untuk bangun..". Lantas aku segera memejamkan mataku semula. Sejenak kemudian, aku teringat seruan Illahi yang belum kutunaikan.. Astagfirullahalazim... Dengan malas, aku bangun dengan niat untuk menuju ke bilik air. Untuk ambil wudhuk, menunaikan kewajipanku sebagai umat Islam.
Aku menunnggu teman sebilik kesayanganku pulang. Ayu namanya.. namun tidak seayu tuannya. Kesian, nama Ayu, tapi, tidak dapat menonjolkan keayuannya. Aku hampa, walau menunggu sehingga maghrib menjengah pun dia masih belum pulang. Perutku ini sudah berkeroncong minta diisi. " AARRGGHH!! Laparnya..", kata hatiku. Aku tertenya- tanya, di manakan Ayu menghilang? Bagaimana dengan makan malam? Tidak perlukan? Perlukah aku menunggu Ayu pulang?
Tiba- tiba, ingatanku teringatkan sesuatu, " Ayu ke Masjid India la.. Kan dia nak wat kajian pasal tudung... Poorahh la Qeela.. Tunggu, tunggu.. memang balik lambat la minah tu.."
Adoii.. Ayu pergi ke Masjid India rupanya. Lalu fikiranku ligat memikirkan apa yang harus aku makan malam ini. Lagipun, perutku ini sudah begitu lapar. Rasa sudah kebuluran. Apa sahaja yang terhidang di hadapanku pasti membuatkan air liurku meleleh. Gara- gara kelaparan yang amat, aku cuba mengurangkannya dengan melihat gambar- gambar makanan yang enak di internet.. Nasi Ayam Penyet, Siakap tiga rasa, Sambal Sotong, Sambal Udang, Ketutuk daging, gulai ayam, Ayam masak kicap.. perrghh!! Bukan makin kurang lapar aku, tapi makin bertambah... Adoii...!!
Kemudian, aku terfikir, "PIZZA HUT!!"
Pantas sahaja tanganku mahu menelefon Pizza Hut. Kemudian aku teingat, aku sedang dalam keadaan yang belum bersih lagi. Jam sudah menginjak kepada 7.22 petang. Cepat sahaja kakiku melangkah, menukar pakaian untuk mandi. Selesai mandi, aku tanpa berlengah menunaikan tuntutan Illahi.
Selepas selesai, perutku makin berkeroncong, masih belum terisi. " Ya Allah, laparnya.."
Aku dengan pantas menefon Pizza Hut. Lagu- lagu berbunyi.. Iklan- iklan Pizza Hut memenuhi telingaku.
Selepas menunggu beberapa minit, akhirnya operatornya menjawab. Aku memesan personal set pizza.
Pizza Hawaiian Chicken, mushroom soup, garlic bread dan setin Pepsi. Semuanya RM 20.80.
Melayang lagi duit aku gara- gara lapar. Tapi tidak mengapa, nak makan punya pasal, semuanya boleh la.
Setelah menunggu hampir 1 jam, walaupun sebenarnya dikatakan akan sampai dalam masa 30 minit, akhirnya makan malam aku pun tiba. Aku tersenyum sendirian. Kini, pada jam 9 .06 minit malam, aku sedang menikmati pizzaku. Dan Ayu masih lagi belum pulang.
Aku menikmatinya seorang diri. "Hurmm.. sedihnya.. tiada teman di sisi.."
Tapi, tidak mengapa, asalkan aku kenyang. Lagipun, aku beli pakai duit aku kan..
arrhhh!!! Boleh makan pizza akhirnya... |
so, until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment