Tuesday, 13 March 2012
KERANA AKU WANITA
Tajuk kali ni adalah " KERANA AKU WANITA "
Kerana aku seorang wanita,
Aku perlu menjaga tingkah lakuku,
Perlu menjaga tiap kata tuturku,
Perlu menjaga auratku..
Kerana aku seorang wanita,
Hatiku lembut,
Mudah tersentuh juga disentuh,
Mudah terbuai dek kata- kata manis,
Kata manis dari seorang insan bernama lelaki
Kerana aku seorang wanita,
Air mata teman setia,
Itulah yang sering dikata,
Tapi,
kerana air itu,
lahirnya pemimpin yang mampu menggoncang dunia,
justeru itu,
adakah air mata itu tanda kelemahan atau kekuatan?
Kerana aku seorang wanita,
naluriku sememangnya memerlukan perhatian,
Tingkahku sering mengundang salah erti teman- teman,
Kerana itu wahai teman,
Ketahuilah,
Aku sememangnya sukakan perhatian,
Kerana aku seorang wanita,
Namun,
Aku tahu,
Perhatian itu perlu berlandaskan agama dan akal waras fikiran,
Mengapa perlu menurut kata nafsu?
Dedah paha,
Tunjukkan dada,
Berikan hiasan kita dipandang mata,
Aku berdiri di sini,
Memang mahukan perhatian,
tapi,
aku mahu diriku dikenali kerana ilmu di dada,
Aku mahu menjadi kebanggaan kedua ibu bapaku,
Mahu jadi contoh adik- adikku,
Menjadi teman setia rakan- rakanku,
Menjadi idola anak- anak generasi akan datang,
Kerana itu,
aku mahukan perhatian.
Kerana aku seorang wanita,
Aku masih lagi perlukan pelindung dari kaummu, Adam,
Aku mohon,
Semoga Adamku adalah seorang Adam yang terhebat dalam hidupku,
Semoga hadirmu mampu membimbingku ke arah jalan yang benar,
Aku menunggu teguran darimu,
Aku menunggu kata nasihat darimu,
Jadi,
wahai Adamku,
Aku akan sentiasa menunggu kehadiranmu
So,
until next time,
TQ
~ May be peace upon you ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment