Thursday 28 March 2013

JIKA AWAK UNTUK SAYA..

Awak, saya dah buat keputusan. Walaupun hati saya disakiti, saya sudah bersedia untuk menghadapinya. Awak xsalah, saya yang salah kerana saya mula menyukai awak. So, bila saya mula sedar benda ni, saya sudah bersedia untuk hadapi risikonya. Saya gembira kenal awak. Dengan awak, saya rasa saya jadi diri sendiri dan saya xpernah berpura. 

So, setelah berfikir, saya buat keputudan untuk tunggu awak. Saya akan berdoa. Jika awak dicipta sebagai jodoh saya, saya mohon, hati kita didekatkan, dan jika awak bukan dicipta sebagai jodoh saya, saya juga terima dan memohon hati kita dijauhkan. Semoga saya boleh lupakan awak. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Mengetahui segala- galanya. 

Jika awak terbaca entri kali ni, saya memohon maaf. Saya terima apa jua keputusan awak. Cuma 1 je saya nak tanya,

" Macam mana awak tahu, orang yang saya maksudkan ini adalah awak?"

Hehehehe..

Until next time,
TQ, 
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment