Aku sendiri di bumi Shah Alam ini. Aku xkenal sapa2 pun. Kawan- kawan apatah lagi. Sungguh perit pada mulanya. Rasa keseorangan, nak makan xlalu, hati ini pedih bila memikirkan berjauhan daripada keluarga dan rakan- rakan. Tapi, inilah realiti kehidupan aku. Aku yang memilih jalan ini, aku yang mahu belajar berdikari, mahu mencuba untuk hidup sendiri. Aku bertangunggjawab atas pilihan hidup aku.
Bila masa berlalu, aku mula menyesuaikan diri. Tapi, semestinya sukar. Aku fikir, apa nak buat ni?? Aku sorang, jalan sekitar sini, bukan aku kenal. Aku rasa sangat stress, rasa sangat down. Then, aku mula mendekatkan diri pada Allah SWT. Secara perlahan- lahan, rasa sedih itu pergi, aku peroleh ketenangan hati dan jiwa. Alhamdulillah.
Benarlah kata orang, setiap ujian yang Allah berikan kepada hambanya untuk mendekatkan diri hambaNya denganNya, yang Maha Esa. Aku percaya, Allah tak akan bagi ujian ini jika aku tidak mampu menghadapinya. Allah Maha Mengetahui segala- galanya. Bila hati aku xkuat, aku segera akan mendekatkan diri pada Allah.. dan aku percaya, Allah akan menjagaku. Aku sebenarnya bukan keseorangan, aku punya Allah dan Malaikat di kiri dan kananku. Alhamdulillah. Terima kasih dan syukur dengan ujian yang diberikan.
So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~