Wednesday, 27 February 2013

I AM NOT PROUD TO BE UKM!!

Assalam... 

First, secara jujur, aku sebenarnya bangga menjadi warga UKM. Menjadi pelajar UKM merupakan satu peluang yang amat berharga bagi aku. Sebab, bila teringatkan siapa diri aku ni sebenarnya, rasanya belum tentu aku dapat masuk UKM. Tapi, alhamdulillah... Allah itu maha kuasa.. maha pemurah. Aku diberi peluang untuk menjadi warga UKM dan bakal alumni UKM bermula 2014. Hehehehe..

Tapi, bila terbaca berita student UKM buat protes dekat depan dectar UKM menyambut kedatangan Datin Seri Rosmah, aku terdiam seketika.. Inikah etika pelajar UKM?? Memalukan!!!


Beginikah etika pelajar UKM? Memalukan? Adakah anda berbangga berbuat begini? Taksub politik, so, apa yang anda dapat? Aku betol2 xfaham, apa motif dorang wat camni? 


Apa yang mahu diperjuangkan sebenarnya? Atau sekadar mahu memalukan Datin Rosmah Mansor? 

Sedarlah, anda semua pelajar UKM dan Islam. Jika begini etikanya, memalukan Islam. Adakah ini contoh yang baik kepada yang bukan Islam? Kita sering berkata, Islam agama yang sempurna, yang menjaga adab dan tatasusila, tapi, inikah adab dan tatasusila yang mahu ditunjukkan? Tolonglah sedar diri. 

Ya, DS Rosmah mungkin ada berbuat kesilapan dan khabar angin mengenainya mungkin betul dan mungkin tidak. Tetapi, aku berpendapat, pelajar- pelajar ini tidak patut membuat protes begini. Andainya mereka dibuang universiti, adakah politik yang diperjuangkan ini mampu memberi masa depan kepada mereka?

Bagi aku, keadaan ini menunjukkan kecetekan akal para pelajar- pelajar ini. Menjaga aurat, hidup berlandaskan agama Islam, tetapi menjatuhkan maruah pemimpin kini, adakah ini pernah disarankan oleh Islam? Mahu menegur, ada caranya, mahu bersuara juga ada caranya, bukan dengan protes begini. 

Kita bukannya diserang oleh US.. mahu berprotes begini. Kekadang aku rasa, protes2 beginilah menyebabkan kejatuhan sesebuah negara. Lihat Thailand, sampai sekarang xaman sebab banyak sangat demonstrasi. Kita nak hidup dalam keadan begitu? Keadaan yang tidak aman.. Aku gembira hidup di Malaysia  sekarang, sebab aman dan banyak makanan halal. Korang xakan hargai Malaysia, selagi korang tak pergi tempat orang, betapa bertuahnya dilahirkan di Malaysia. 

Ini hanyalah pendapat aku semata- mata. Mungkin ada baik dan buruknya. Masing- masing ada pendapat sendiri. 

Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment