Thursday, 14 February 2013

BILA AKU MULA BERFALSAFAH...

Kononnya aku ni nak jadi ahli falsafah la kan, tapi salah ambik kursus, gi ambik bisnes. Tapi, xkisahlah, bukannya aku ni xboleh berfalsafah, mengeluarkan teori- teori aku sendiri, cuma teori tu x diiktiraf oleh dunia la. Ala, aku bukannya nak anugerah nobel pun...

Macam mana aku boleh berfalsafah? Sebenarnya, aku sendiri tak tahu. Kadang- kadang pengalaman hidup yang memberikan aku idea untuk mengeluarkan falsafah aku sendiri. Semakin menginjak dewasa, aku mula sedar, hidup bukan seindah yang dibayangkan, tidak semudah yang disangkakan. Berada jauh daripada keluarga menyedarkan aku bahawa keluarga amat penting semasa kita dalam kesusahan, menyedarkan aku bahawa hidup di perantauan tanpa mengenali sesiapa amat sukar. Ya, aku mengaku. Pada mulanya aku takut untuk hadapi semua ini, rasa down sangat dan rasa tidak bermaya serta kurang bersedia untuk hadapi apa yang telah aku alami di sini sekarang. 

Namun, aku perlukan kekuatan dan hati yang cekal untuk terus hidup di Shah Alam ini. Aku tabahkan hati, kuatkan iman, tawakal kepada Allah SWT, semoga aku mampu menempuhinya. Berdasarkan perjalanan hidup yang aku lalui ini, aku mula berfalsafah. Apa yang difikirkan, lantas aku tuliskan di laman FB. 








Itu la antara luahan hati aku yang diluahkan secara berfalsafah. Mungkin ada yang faham, mungkin ada yang kurang faham. Depends tafsiran korang. 

Until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment