Sedar xsedar, usia aku menginjak ke angka yang lagi satu, 22+ 1= 23. Hurmm, sebenarnya xsampai pun lagi 23, tp, menjelang November, akan genaplah umur aku ni. Sedar xsedar juga, aku masih lagi begini, langsung xada perubahan. Single, semangat nk belajar tu masih lagi tinggi. Well, inilah aku.
Kekadang, hidup single ni bosan, sunyi. Kekadang, gembira pun ada sebab xyah fikir pasal teman laki. Hurm.. sebenarnya, single ke, couple ke, dah berumah tangga ke, masing- masing ada pros dan cons. Susah aku nak cakap.
Memandangkan usia yang menginjak lagi ni, aku sedar, aku bukan lagi remaja seperti dahulu. Aku merupakan seorang yang sudah dewasa, perlu mempunyai fikiran yang matang dan waras serta rasional. Namun, itu bukan aku. Rasanya diri ini belum cukup matang lagi, belum mampu untuk membuat keputusan sendiri. Agak sukar untuk menjadi dewasa rupanya.
Perkara utama dalam minda aku adalah JODOH. Umur makin meningkat, jodoh masih belum ditemui. Takutnya jika aku akan menjadi andartu. Kawan aku sudah mula berpesan, carilah jodoh. Jadi aku fikir, adakah sudah tiba masanya aku mencari jodoh? Sedangkan aku rasa diri ini belum bersedia? Sapa yang tak mahu berkahwin, punya keluarga? Aku mahu semua tu, tapi, untuk mencari jodoh, aku rasakan agak sukar. Aku belum lagi bersedia. Takut untuk hadapi itu. Sukar aku mengerti bisikan hatiku sendiri.
Tahun depan akan masuk 24, seterusnya 25, 26, 27 dan ++++. Adakah aku akan masih sendiri? Aku juga takut menghadapi keadaan seperti itu. Aku juga takut untuk mencari jodoh yang sesuai untuk diri ku.
Aku sendiri tak suka untuk mencari jodoh untuk diri sendiri. Sekadar berkawan, apa salahnya. Tapi, mahukan hubungan yang lebih dari itu, rasanya, aku sendiri belom dapat menerimanya. Biarlah masa itu berlalu, aku doakan semoga hati ini mampu untuk kuat untuk mencari jodoh yang terbaik buat diriku.
So, until next time,
TQ,
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment