Hari ni, aku chating ngan sorang mamat ni. Well, kenal dalam FB je. Ngah borak- borak tu, aku bgtaw die aku sebenarnya tak bersedia nak jadi dewasa. Dia cakap, masa tak akan tanya aku, sedia atau tak. Masa tetap akan datang, umur pun tetap akan meningkat. Ya, aku faham. Aku tahu. Tapi, aku sukar untuk menghadapinya. Pabila mata ini dibuka pada keesokan harinya, aku sedar, umurku semakin meningkat.
Kadang- kadang, terfikir, apakah pencapaian terbaik dalam hidup aku dari aku kecil hingga sekarang? Apakah ia? Aku tidak tahu, aku tidak pasti. Jadi, sia- siakah hidup aku selama ni?
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara. Salah satunya, lapang sebelum sempit. Aku rasa sangat tersempit sekarang. Dulu, aku punya banyak waktu, banyak aktiviti aku buat, aktiviti yang xberguna. Tengok wayang, shoping, mengumpat, borak kosong... banyak la lagi, sampai kerja aku tak siap. Sekarang, nak siapkan kerja sangatlah terseksa, sebab masa dah tak ada, masa yang lepas tak akan kembali. Benarlah orang kata, masa itu emas. Dulu, aku xfaham kenapa orang tua membuat pepatah itu. Kini, aku faham. Masa yang berlalu tak akan kembali, renungkan apa yang telah kita buat dengan masa kita tu. Sekarang, aku rasa masa mengejar aku dengan cepat. Sangat cepat. Aku bingung... Kalaulah aku boleh berhentikan masa... Hargailah masa yang ada.
Aku menyesal dengan apa yang berlaku sekarang. Sangat menyesal. Andai aku mampu balik ke masa dulu, aku akan ubah diri ini. Tapi, apakan daya, masa tak akan kembali. Yang berlalu tetap akan berlalu. Yang ada cuma hari esok dan masa depan. Gunakan masa dengan sebaik mungkin. Masa akan terus datang dan datang, dan tak akan berhenti walau sesaat. Betapa masa itu sangat berharga. Cintailah masa, hayatilah ia, gunakan sebaik mungkin.
So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
No comments:
Post a Comment