Sunday, 30 December 2012

BILA BIBIR TIDAK MAMPU BERBICARA, JARI JEMARI MENARI DI KEYBOARD KOMPUTER



Aku manusia biase, punya hati dan perasaan, punya akal untuk menilai, punya iman untuk menahan (Insyallah), punya kelemahan milik sendiri, punya kelebihan pemberianNya. Walau sekuat mana pun keinginan itu, aku cuba menahan, mindset minda perlu dipertahankan. Kenapa ada sesetengah orang yang dikata lain, kononnya imannya lebih kuat berbanding aku, kononnya, aku ini punya iman yang lemah, kononnya aku ini berfikiran tidak matang, tapi tidak mampu melawan godaan yang datang? Walaupun begitu, aku masih punya akal untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.

Ya, aku mengaku, aku bukannya insan yang kuat pendiriannya, tidak teguh imannya. Tiap kali nafsu cuba menguasai diri, aku cuba menghalangnya. Akal warasku menidakkan perkara yang tidak benar. Nafsu tidak boleh dilayan, tidak boleh dituruti kerana ia membinasakan diri.

Adakah sekadar solat mampu menghalang kita daripada perkara tidak baik? Daripada pemerhatianku, jawapannya TIDAK. Kita masih solat, kita mengadap Illahi, tapi, hati kita dikuasai oleh hawa nafsu, mana perginya perasaan malu kite terhadap Allah SWT? Kita solat, tapi, mulut dan hati kita tidak suci kerana dicemari oleh kata- kata yang tidak bermoral.

Perasaan disayangi oleh lawan jantina sememangnya bahagia. Aku memahaminya, wahai teman. Dapatku lihat dari sinar matamu, dapatku lihat dari pertuturanmu, setiap kali bibirmu mula berbicara, namanya pasti disebut. Aku tidak kisah, aku tidak cemburu denganmu. Namun, persoalan ini terbenam di benakku, teman, adakah dia lelaki yang baik untukmu? Adakah dia mampu menjagamu? Adakah dia boleh menjadi imammu? Duit bukan persoalannya teman, tapi, hatinya.. adakah dia betul- betul ikhlas denganmu? Sesungguhnya, aku bimbang terhadap dirimu, jika dirimu dipermainkan. 

Wahai temanku yang disayangi, adakah dirimu tahu bahawa dirimu terlalu banyak berubah? Kenapa dirimu jadi begitu lemah bila berkaitan dengan dirinya? Bila dirimu terasa bosan, dirimu mula mencarinya, mula bercakap di telefon. Aku pada mulanya menganggapnya biasa- biasa sahaja kerana percaya dirimu boleh melawan godaan darinya. Ternyata percaturanku silap. Telingamu sentiasa mendambakan suaranya, matamu, jarimu, hatimu sentiasa mahukan layanan SMSnya. Jika dulu dirimu mampu hidup tanpa semua itu, kenapa sekarang tidak boleh? 

Teman, aku risau dengan dirimu. Pohonku, jangan sampai mahkotamu pula kecundang. Dia, lelaki yang berpengalaman, setiap baris ayat, setiap butir perkataannya, setiap perbuatannya, kita tidak tahu betul atau tidak. Adakah boleh dipercayai atau tidak, adakah ikhlas atau tidak. Kadang- kadang, ia boleh jadi mainan kehidupan. Mainan hidup, sakitnya bukan sedikit, pedihnya pun bukan sedikit. Sekali terasa, pasti perit. Ia tidak mampu terluah oleh perkataan, hati ini bagai disiat- siat, pedih sangat wahai teman. 

Temanku, janganlah diikut hawa nafsumu, janganlah berterusan kalah dengan godaannya. Ingatlah, syaitan itu licik. Pelbagai cara boleh dibuat untuk menyesatkan kita. Jika dirimu terasa kuat imannya, fikirlah sekali lagi. Sedangkan dirimu tidak mampu untuk menahan daripada terus berhubungan dengannya, adakah imanmu masih di situ? Solat, bukan pengukur. Jika solat, tapi masih melakukannya, adakah boleh dikira sebagai imanmu masih teguh? Fikirkan wahai teman. Aku menyanyangimu, semoga dirimu sentiasa dilindungi olehNya daripada manusia bertopengkan iblis. Amin.


So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

HATI AKU NI SUNYI SEBENARNYA

Entri kali ni pasal hati dan perasaan aku. Secara jujurla kan, aku cemburu bila tgk kawan- kawan aku punya kekasih, dah bertunang, dah berkahwin dan yang ada anak pun ada. Memang cemburu sangatla. Tipu la lau ak cakap aku ni xde perasaan nak belaki kan..

Kekadang kan, hidup aku ni terasa agak sunyi bila xde teman nak borak. Maksud aku teman lawan jantina. Law kawan- kawan sama jantina, ramai je. Tapi, perasaan masa borak tu lain, xsama. Memang sunyi. Seriously. 


Umur aku bukan makin muda, makin tua ada la. Tahun ni 22, tahun depan 23. Tapi, calon pasangan hidup, pengarang jantung hati aku ni xde lagi. Aku pun xtaw la nape, aku ni memilih sgt ke, atau hati aku ni sebenarnya dah tawar dengan perhubungan lelaki dan perempuan. Aku xsure. 

Setiap kali aku cuba mengenali lelaki kan, aku rasa xtahan. Rasa bosan dan membebankan. Mungkin aku tak terhibur kot dengan dia. Entah lah. So, lastly, aku diam gitu je. Aku rasa hubungan tu xkan ke mana pun, so, don't waste times anymore. 

Tapi yang peliknya, aku suka teman member2 aku p kuar datim ngan pakwe dorang. Aku xkisah pun. Dorang datim, aku jalan sesorang, makan sesorang, tgk wyg sesorang. Aku xrasa membebankan pun. Rasa seronok ada la pasal, nt dorang akan cite la kat aku apa mereka buat sepnjg dorang datim td. Hehehe.

Namun begitu, bila aku sesorang, tgk kwn2 sibuk msj pakwe, borak ngan pakwe, memang hati aku rasa sunyi sgt. Kekadang, I wish I have someone special in my heart. Yang salu berada di samping aku, yang salu rindu aku supaya aku boleh borak ngan dia. Life would be wonderful. ~angan- angan je kot~ sbb, yang pasti, aku memang xde someone special. Xde sape pun yang nak kt aku ni. Seriously. Kira xlaku la. Hohoho

See.. betapa kesiannya aku. Entah kawen bila la aku ni pasal xde yang menggedik nak kat aku. Hurmmm... Sedih gak jadi aku ni.

So, azam aku kan, aku janji pada diri aku ni, IF THERE IS SOMEONE YANG BETUL- BETUL SERIUS YANG NAK JADIKAN AKU NI TEMAN HIDUP DIA, OR ADA JE YANG TETIBA MASUK MINANG AKU, ADA GAJI, ADA KERJA TETAP, LEH JAGA DAN BIMBING AKU, AKU AKAN TERIMA JE. SEROIUSLY... xyah la nak couple sgt!!

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you~


Friday, 28 December 2012

MINGGU EXAM

Minggu ni minggu exam.. huhuhu.. 'HAPPY' gila bila da msk minggu exam ni.. kakakka


ni la jadual exam aku.. huhuhu

So, until next time,
TQ,
~May be peace upon you~

Saturday, 15 December 2012

MINGGU AKHIR

Mulai hari esok (Isnin, 17.12.2012), masuklah minggu akhir sesi pembelajaran aku di UKM. Maknanya, semua esaimen nak kene anta da. Dan yang paling aku tabik la kan menjadi student ni, sume esaimen akan disiapkan pada minggu- minggu terakhir ni. Law ada 10 esaimen, semua 10 esaimen buleh siap. Yang paling dasyatnya, masa tu la idea mencurah- curah keluar. Law lecturer nak 10 pages je, dah jadi 20 pages pasal byk sgt nak tulis. hahahaha

keje jadi lbh cepat dan bersemnagat!!!


Pelik kan? tapi itulah kenyataan. Law minggu- minggu awal, xdenye kuar idea mencurah- curah xputus cam air tu. Contohnya, aku!! hahahaha.. Semalam aku siapkan esaimen aku dengan jayanya. Sebelum ni, haram nak buat. Xde idea la katakan. Tapi, semalam, tetibanya ada idea. Pasal ak nak anta esaimen tu pada pagi esok.. kuakuakua.. 


mcm ni la otak aku masa ujung- ujung sem.. tetibe ada mentol yang menyala kan.. maklum la.. mentol tu la bantu aku mendapat idea. Sebelum ni, mentol tu terpadam je.. ne ada menyala gini.. huhuhu..

So, tunggu pe ag.. jom pulun esaimen!!!

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~



Wednesday, 12 December 2012

12.12.12

Sebenarnya kan, disebabkan ketakberapa betul aku ni kan, aku ase nak tanya la ngan sume orang, ADA APA NGAN 12.12.12? Kat FB kemain ramai yang update status ni.. Well, aku dengan bijaknya tahu la bahawa tarikh ni ada 1 dan 2 sahaja di mana nombor ni agak lawa la.. Tapi kan, lau kite tulis, 12.12.2012, lawa ag x? Apa pendapat korang?

Xkisah la apa pun, bagi aku, tarikh ni nothing special, sebab tarikh yang paling special bagi aku adalah 21.11.2012.. hehehe... 

So, di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sesiapa yang kawin pada tarikh ni, HAPPY BESDAY kepada yang telah lahir pada tarikh ni, SELAMAT SAMBUT BABY BARU kepada yang baru dapat baby pada tarikh ni. Semoga baby tu membesar menjadi insan yang baik. Amin..

Pastu, aku xtaw la nk ucap apa lagi. Maybe nak ucap TAHNIAH PADA DIRI SENDIRI SEBAB MASIH DIBERI PELUANG HIDUP DI MUKA BUMI NI kot.. hehehe.. Alhamdulillah..

Oh ya, sempena tarikh ni kan, aku nak tanya la sikit kepada sesiapa yang terbaca blog aku yang xberapa nak femes ni, korang dah kawen ke belom? Aku kan, stress gila tgk ramai member yang dah kawen ngan tunang.. Tetiba rasa aku ni da tua, rasanya baru tahun lepas aku SPM.. hahahaha...

Ok la, 
so, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday, 11 December 2012

DIE DA POTONG RAMBUT!!

Buka FB tadi kan, pastu usha la satu mamat ni. Aku salu gak r chat ngan dia. Pastu, aku stalk dia nye wall jap, pastu, dengan tekejutnya aku, asal la aku tengok die len macam je.. upenye da POTONG RAMBUT... puyoo... cam xcaye aku... wahahaha... BTW, tahniah!!!

Aku gembira tengok rambut dia da pendek. Law x, sakit mata aku ni dok tengok rambut dia yang panjang. Dah la, kepala tu da macam nak botak. Tak sesuai langsung la ngan muka dia. Nak je aku tegur lu kan, tapi, siapa la aku ni.. sekadar kawan yang dikenali dalam FB... huhuhu..

Well, nak kata dia hensem?? Urmm.. I don't think so. Tapi, law takat nak cuci mata tu OK kot.. huhuhu... Biasa la dia kan.. hehehe
Tapi, seriously, aku suka tengok dia yang berambut pendek ni, xde la serabut sgt nampak. Lebih kemas. Bagusla.. 

Nak tengok gambar x?? hahaha

Xde la.. aku xgila lagi nak letak gambar orang kat blog ni.. melainkan orang tu penting dalam idup aku.. hahahaha..

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Monday, 10 December 2012

MINGGU KRITIKAL!


Minggu ni minggu ke 13.. Minggu depan da nak masuk minggu ke14. Patutnya kan, aku gembira gila pasal da nak abes minggu belajar.. tapi, x.. aku makin stress!!! Sebab, aku akan terfikir keje aku yang berlambak xsiap ag.. Ngan tesis aku xtaw ke mana lagi.. Aduii.. Xjd nak grad la aku nampaknya.. Aduii...

Ewh.. keje banyak pun, sempat aku ak update blog ni kan.. bahalul sungguh.. hahahhaa

Xkisah la.. aku stress.. ase cam nak koma je.. baru la xde keje sikit.. kuikuikui.. - inilah pemikiran orang yang pengecut.. huhuhuhu...

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Sunday, 9 December 2012

JOM CHAT!

Bukan chat ngan aku la, chat ngan Cleverbot!! Kalau kepada sesapa yang rasa boring, xde tempat nk luah pasaan, leh la sembang ngan Cleverbot ni. Sekadar nak ceriakan idup, boleh la.. tapi, law ade sampai nk ngorat Cleverbot ni, ko jangan!!! Kejadahnya nk p ngorat mesin? Manusia dalam muka bumi ni berlambak lagi.. P la cari sorang.. hahahaha


Tadi aku chat la ngan si Cleverbot ni.. pandai die menjawab. Seronok gak. Leh la aku gelak sorang sorang di masa kebosanan melanda. Bijak sungguh Cleverbot ni. 

Oh ya, law korang nak tambah ilmu pun leh gak guna Cleverbot ni. Syaratnya, cube korang chat ngan die dalam BI. Confirm korang xwape yakin ngan jawapan korang. Aku da pena.. teragak2 gak r. Susah aku perah otak pk jawapan taw. Siap serach tenet ag.. huhuhu


So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Saturday, 8 December 2012

MINYAK KETE PUNYE CITE

Alkisahnya, kemarin, 8/12/12, aku pi teman pijah interview usahawan, pastu, nk senang cite, aku pun plan la nk p tgk company yang aku bakal LI nanti. Pastu, sesat punya pasal, minyak kete pun da sikit, tp, xde la smpai nak empty.. tp, aku punya bangang ri tu, xtaw la nape.. aku g bubuh RM 30 tuk kete kancil, pastu, sekali tengok... MINYAK FULL!!!!! Da la tu kete sewa.. bangang sungguh!!!

So, nak abeskan minyak nye pasal, p jalan PUTRAJAYA.. tapi, haram.. minyak xjejas pun... Balik UKM, malam kuar lagi sekali.. Jumpa lak jalan jem.. + sesat.. salah masuk jalan nk p Gombak.. Aduii.. tapi, OK gak.. pasal minyak kete da jejas. Da salah jalan tu, kitorang p Down Town Serdang. Ok la tu

Sampai kat Downtown, tgk, tayar lak bocor.. da la kitorang xreti nk tukar tayar.. naseb bek la ade brader botak tolong.. Alhamdulillah.. hahahhaaha... ^^
Pastu, kitorang jalan ngan keboringan kat downtown tu. Pape pun xbeli. Dekat kul 3 gak r, smpai bilik. Naseb la isyak da solat. Huhuhu.. 

Sampai bilik tu.. terus tido... ZZZZZZZZZZZZ

So, until next time, 
TQ,
~ May be peace upon you ~

Wednesday, 5 December 2012

DAPAT GAK OFFER LAIN

Berkaitan internship ni, aku sebenarnya dapat gak offer lain, offer untuk interview. Tapi, entahlah, aku dalam dilema. 1 kat Kedah, so konfem aku xpi la, 1 lgi kat PJ. Yang kat PJ tu la aku xsure nk pi ke x. Asyik kene tukar tarikh je. Sebab aku xde masa nk pi sane, aku salu ade aktiviti kat fakulti. Aktiviti tu kirenya aktiviti yag xdapat aku elakkan. 


ni email dari company kt PJ tu..


ni email dr company kat Kedah tu..

Aku pun naik bengong gak aku ase... Yang kt PJ tu, aku ase nak p, try my luck.. tp, mcm banyak lak halangannya.. adehh... 

Sekarang, aku akan cuba tukar tarikh lagi la.. nak tgk mcm mane. Sebab, aku percaya, company kat PJ tu boleh bagi aku experience yang lebih baik.

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Tuesday, 4 December 2012

4 FEBRUARY 2013

Tarikh ni merupakan tarikh keramat aku. Bukanlah sebabnya pada tarikh ni aku dilahirkan, bukan juga sebab ulangtahun perkahwinan ma dan abah aku, dan bukan juga sebab kucing betina aku nak beranak, tetapi tak lain dan tak bukan sebab aku akan lapor diri untuk latihan industri.

Tak taw?

Baca yang niklik la.. apa lagi???

Aku dengan tergopoh gapahnya pagi tadi, lepas kelas, berbaju kurung, kain da la sempit, nak langkah over sangat memang xleh la pasai buruk gila kot nanti.. aku kene la jaga air muka aku ni gak kan.. Da la gemuk, pastu jalan macam biawak idup, memang sesuai la.. aduii... hahahah.. ok, sambung balik.. aku pergi ke tingkat 6 FEP, nak gi amik surat jwapan organisasi. Alhamdulillah, ada.. gembira aku.. 

Tengok, renung, baca kat borang tu, aku akan lapor diri pada 4. 2. 2013. Dapat elaun RM 300. Cukuplah nak wat makan org cakap. Ade student yang lain, xdpt elaun taw. Kira aku ni bersyukur da. Xdapat yang westport hari tu pun xpe la. Xnaknye aku kawan ngan mat bangla kat sana. Mintak jauh.. huhuhu

Dalam perancangan terkini.. aku akan beli kasut nak gi kerja, nak bawak bju kurung banyak2, stok utk 4 bulan, then, nak beli baju kemeja gak byk2, stok tuk 2 bulan suda la.. hahaha.. dan yang paling penting!!

AKU NAK CARI RUMAH SEWA AREA SHAH ALAM!!!

Kalau korang yang terbaca blog aku ni kan, taw area2 rumah sewa murah2, leh la komen kat blog aku. Nanti kite contact ye!! huhuhu

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

Sunday, 2 December 2012

FRIENDSHIP

Aku sekarang sedang menghitung hari untuk meninggalkan UKM. Banyak memori pahit manis semasa berada di UKM ni. Sayangnya untuk aku meninggalkan Friendship di UKM ni. Aku terfikir, adakah aku akan bertemu kawan- kawan lagi selepas tamat belajar? Sedih hati ini mengenangkannya. Bila da abes belajar, bermakna, semua mengikut haluan masing- masing. Dah keje, dah berkeluarga.. so, bila agaknya nk buat reunion?

Doa aku, semoga saat2 gembira tidak akan dilupakan begitu sahaja. Sayangnya dengan ikatan persahabatan yangt terjalin ini. Semoga kami akan selalu contact satu sama lain nanti ye. ^^


Ni masa p Singapore, tahun 3, sem 1.. nk msuk negara FAR FAR AWAY, SHREK.. huhu


Ni pun masa kat Singapore, USS


Ni masa kat Bangkok... huhu... 


Ni kat Bangkok gak, di Mahidol University..


Masa ngah letak gambar Singapore td, baru pasan, Lee xde.. so, letak la gamabr Singapore kat sini lagi 1, Lee pun da ade.. Lee tu yang pakai spek, baju itam putih... 


Ni masa aktiviti dalam kelas IHRM, play role.. mmg best sgt... pi main je, xblajar.. huhuhu


Alololo.. comeynye anak dara pingitan ni.. semua belum berpunya.. sape nak?? angkat tangan!!!


Ni masa event IHRM Day.. Sume kene pakai costume.. aku pun sama.. huhuhu


Cunnye aku!! Awww... hahahaha


Ewh.. nape En. Radzuan mata kuyu tu??
BTW, En. Radzuan adalah lecturer paling sporting.. nak p jalan, ajak die.. hehehe


Ni masa persiapan IHRM Day... aku pakai baju angry bird!! xmalu betol!! huhuhu


Well.. bergambar beramai2..huhuhu


Ni masa boring2.. p posing kat belakang kolej.. huhu


Ni aku ngan my ex- rumet, Ayu Sweet bucuk... Love you, Ayu!! muaaahh.. oppss.. lupe, Ayu da berpunya.. nt jeles lak Pok Kih


Puyoo.... control nampak sume!!!


Time dinner 1st year... ^^


Posing je lebih!!! Ewh.. gemuk gile aku masa ni!!


Ni dinner 2nd year..


wOW.. SUME lawa dan cun.. n handsome.. pewwiitt!!


Ni masa event kolej lu.. aku memerangkap Timbalan Pengarah Dekorasi.. tu yan over tu.. hehee
Lawa x, dekorasi yang belakang tu? Sume plan kitorang.. cewahh!!



Ni bergambar ngan Irma Hasmie.. sebelum die pakai tudung.. hehe.. die lembut je.. n cun..


Basikal free.. pkai letrik.. pe ag... nek je la.. nk beli xmampu!!


HAi awk2 sume!!


So.. itu antara kenangan aku dan kekawan aku di UKM.. Semoga semuanya kekal dalam ingatan..

So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~