Sunday, 30 December 2012

BILA BIBIR TIDAK MAMPU BERBICARA, JARI JEMARI MENARI DI KEYBOARD KOMPUTER



Aku manusia biase, punya hati dan perasaan, punya akal untuk menilai, punya iman untuk menahan (Insyallah), punya kelemahan milik sendiri, punya kelebihan pemberianNya. Walau sekuat mana pun keinginan itu, aku cuba menahan, mindset minda perlu dipertahankan. Kenapa ada sesetengah orang yang dikata lain, kononnya imannya lebih kuat berbanding aku, kononnya, aku ini punya iman yang lemah, kononnya aku ini berfikiran tidak matang, tapi tidak mampu melawan godaan yang datang? Walaupun begitu, aku masih punya akal untuk menilai baik buruk sesuatu perkara.

Ya, aku mengaku, aku bukannya insan yang kuat pendiriannya, tidak teguh imannya. Tiap kali nafsu cuba menguasai diri, aku cuba menghalangnya. Akal warasku menidakkan perkara yang tidak benar. Nafsu tidak boleh dilayan, tidak boleh dituruti kerana ia membinasakan diri.

Adakah sekadar solat mampu menghalang kita daripada perkara tidak baik? Daripada pemerhatianku, jawapannya TIDAK. Kita masih solat, kita mengadap Illahi, tapi, hati kita dikuasai oleh hawa nafsu, mana perginya perasaan malu kite terhadap Allah SWT? Kita solat, tapi, mulut dan hati kita tidak suci kerana dicemari oleh kata- kata yang tidak bermoral.

Perasaan disayangi oleh lawan jantina sememangnya bahagia. Aku memahaminya, wahai teman. Dapatku lihat dari sinar matamu, dapatku lihat dari pertuturanmu, setiap kali bibirmu mula berbicara, namanya pasti disebut. Aku tidak kisah, aku tidak cemburu denganmu. Namun, persoalan ini terbenam di benakku, teman, adakah dia lelaki yang baik untukmu? Adakah dia mampu menjagamu? Adakah dia boleh menjadi imammu? Duit bukan persoalannya teman, tapi, hatinya.. adakah dia betul- betul ikhlas denganmu? Sesungguhnya, aku bimbang terhadap dirimu, jika dirimu dipermainkan. 

Wahai temanku yang disayangi, adakah dirimu tahu bahawa dirimu terlalu banyak berubah? Kenapa dirimu jadi begitu lemah bila berkaitan dengan dirinya? Bila dirimu terasa bosan, dirimu mula mencarinya, mula bercakap di telefon. Aku pada mulanya menganggapnya biasa- biasa sahaja kerana percaya dirimu boleh melawan godaan darinya. Ternyata percaturanku silap. Telingamu sentiasa mendambakan suaranya, matamu, jarimu, hatimu sentiasa mahukan layanan SMSnya. Jika dulu dirimu mampu hidup tanpa semua itu, kenapa sekarang tidak boleh? 

Teman, aku risau dengan dirimu. Pohonku, jangan sampai mahkotamu pula kecundang. Dia, lelaki yang berpengalaman, setiap baris ayat, setiap butir perkataannya, setiap perbuatannya, kita tidak tahu betul atau tidak. Adakah boleh dipercayai atau tidak, adakah ikhlas atau tidak. Kadang- kadang, ia boleh jadi mainan kehidupan. Mainan hidup, sakitnya bukan sedikit, pedihnya pun bukan sedikit. Sekali terasa, pasti perit. Ia tidak mampu terluah oleh perkataan, hati ini bagai disiat- siat, pedih sangat wahai teman. 

Temanku, janganlah diikut hawa nafsumu, janganlah berterusan kalah dengan godaannya. Ingatlah, syaitan itu licik. Pelbagai cara boleh dibuat untuk menyesatkan kita. Jika dirimu terasa kuat imannya, fikirlah sekali lagi. Sedangkan dirimu tidak mampu untuk menahan daripada terus berhubungan dengannya, adakah imanmu masih di situ? Solat, bukan pengukur. Jika solat, tapi masih melakukannya, adakah boleh dikira sebagai imanmu masih teguh? Fikirkan wahai teman. Aku menyanyangimu, semoga dirimu sentiasa dilindungi olehNya daripada manusia bertopengkan iblis. Amin.


So, until next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment