Tuesday, 8 May 2012

JODOH

Ada seorang rakanku yang sering kali berbicara tentang jodoh. Aku sendiri tidak tahu bagaimana mahu mentafsirkan erti jodoh, yang aku tahu, jodoh itu pastinya datang daripada yang Maha Kuasa.

Seorang rakanku itu sering bertanyakan aku, mengapa dia masih lagi single sehingga sekarang? Aku hanya mampu gelak sahaja. Dengan nada bergurau, aku katakan, apa punya soalan la... dan tawaku bersambung lagi.

Namun, jauh di sudut hati ini, dan seikhlas mungkin aku menjawab, mengapa perlu bimbang tentang perkara itu? Allah SWT telah berjanji, dan janjiNya bukan seperti janji manusia yang sering kali dimungkiri. JanjiNya pasti akan ditunaikan, cuma mungkin agak lamnbat.

Aku juga menjawab, mungkin kita termasuk golongan orang yang dilindungi hatinya daripada menjadi teduhan hati orang lain yang belum tentu sah buat kita.

Aku juga turut meyakinkannya bahawa perancangan Allah SWT itulah yang terbaik. Setiap yang berlaku dalam hidup kita ini telah pun dirancang sebaik- baiknya oleh Allah SWT. Jadi, mengapa perlu bimbang??

Aku sendiri tidak tahu kebenaran pendapatku ini, tapi inilah aku.

Aku rasa, aku tidak perlu untuk ada 'couple' seperti orang lain, selagi aku gembira menjadi diri aku. Dan, terus terang aku katakan, aku gembira hidup begini, berkawan dengan semua orang. Tidak perlu aku fikirkan pasal teman lelaki yang mugkin akan cemburu. Aku sangat gembira hidup SINGLE!!

SINGLE IS THE BEST!!

So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~

No comments:

Post a Comment