Alkisahnya, aku mengenali seorang pelajar lelaki di UKM ini. Baru- baru ini sahaja aku baru berkawan dengannya, sebelum ini, aku seperti tidak pernah mengenalinya. Namanya pun aku tidak tahu, tapi kini, aku mula mengenalinya sebagai seorang rakan.
Namun, bukan sebab itu yang aku kesalkan menyebabkan tajuk entri aku begitu pada hari ini. Aku menyesal, kenapa aku lambat mengenalinya? Sejak berkawan, aku dapat rasakan bahawa dia seorang yang baik, bertanggungjawab, mudah untuk didekati, pendek kata, dia ni seorang yang peramah.
Selain itu, aku juga menyesal lambat mengenalinya kerana aku rasakan diri aku tidak setandingnya. Dia seperti sudah punya banyak pengalaman, tapi dirahsiakan. Tidak mahu menunjuk dan menonjol. Tapi, disebabkan itu juga, dia popular di UKM ni. Sedikit sebanyak, aku mempertikaikan takdir Allah SWT.. teruknya. Aku bertanya, kenapa Allah lambat pertemukan aku dengan dia? Kenapa baru sekarang aku dapat berkawan dengannya?? Soalan- soalan tersebut mula bermain di minda. Tapi, itulah rahsia Illahi. Tiada siapa yang tahu.
Terus- terang aku katakan, aku senang berkawan dengannya. Walaupun perangai yang agak kalut, dan pelupa la jugak.. tapi, aku boleh menerimanya. Lawak sungguh, aku berasa sangat senang berkawan dengannya. Teramat senang. Kadang- kadang, terselit rasa bersyukur kerana aku diberi peluang untuk berkawan dengannya.
Entah mengapa, aku rasa aku dapat bersabar dengan kerenahnya. Mungkin kerenahnya hampir sama dengan kerenah Deela. Sebab tu, aku dapat menerima kerenahnya dengan sabar. Bila berdepan dengannya, aku tidak boleh berkata- kata kasar, hilang sifat kasarku. Aku rasa seperti aku perlu bersopan dengannya, mungkin atas dasar hormat.
Apa yang pasti, dia sememangnya berbeza dengan lelaki lain. Bertuah siapa yang dapat memilikinya. Semoga *** menemui jodoh dan cinta sejati. Doaku sebagai sahabatmu, semoga hidupmu sentiasa dirahmati selamanya.
So, untill next time,
TQ,
~ May be peace upon you ~
woott woott.. who? (=
ReplyDeleteaikkk!!
Deletemane ko jupe blog aku ni wei????
AAARRRGGGHHHH!!! da xleh umpat mimi...
hahaha. aku rajin gak nak baca blog2 orang nie. lg2 kalau yg aku kenal. :p silalah mengumpat aku. aku tau rahsia ko. hahahaha.
ReplyDeleteapa rahsia aku??? hahaha..
Deletemimi tipu2x.. hehehe